My First Encounter With ARISYA Daily Moisturising Shampoo

Farah Waheda Wahid
0


Ladies...  Nak tanya sikit boleh tak?  Have you ever stumbled upon this one shampoo brand named ARISYA?  Coincidentally semalam sewaktu Farah sedang nak cari cotton buds Firash,  Farah ternampak syampu ni di salah satu rak yang menempatkan pelbagai jenis toiletries di TESCO.  Entah kenapa macam ada satu willpower yang membuatkan Farah laju jer nak capai syampu ni dan macam dipanggil -panggil pula supaya membeli serta mencuba syampu ni. Ha ha ha...  Maybe because of the packaging yang menarik perhatian Farah kot?  Itulah nak kongsi ni,  my first encounter with ARISYA Daily Moisturising Shampoo.  

Harga sebotol ARISYA Daily Moisturising Shampoo 420ml ni taklah semahal mana pun. Mampu milik sebanyak RM13. 75. Ada sesiapa yang sudah menjadi penggunaan year atau sudah mencuba syampu buatan Malaysia ini?  

Sebabkan dah tertarik dan perasaan ingin mencuba itu mengatasi segalanya, makanya memang Farah dah cuba menggunakan syampu ini sebanyak 2 kali iaitu semalam dan juga hari ini.  Baunya memang lembut jer! Sesuailah dengan taste Farah. 

Hasilnya?  Farah suka!  Syampu yang diperbuat daripada Vitamin E,  Aloe Vera dan juga Vitamin B5 serta tidak diuji ke atas haiwan ini membuatkan rambut menjadi licin terurus dan juga sangat lembut. Macam baru lepas keluar dari saloon pula. He he he...  Bau pun kekal harum walaupun berhijab atau berpeluh dengan banyak. Al-maklumlah sekarang ni kan cuaca sentiasa sahaja panas. 

Farah tak dibayar atau tak diberi produk secara PERCUMA untuk review ataupun apa ya?  Ini perkongsian secara ikhlas sebab Farah betul-betul rasakan yang produk bagus sebegini memang sepatutnya diketengahkan. Masyarakat perlu tahu yang sebenarnya ada produk berkualiti yang bagus sebegini adalah hasil buatan Malaysia sendiri. Bukan jenama yang terkenal tetapi tetap bagus. 

Dari suka-suka nak mencuba, sudah jadi jatuh suka!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !