Mak Malas VS Mak Rajin

Farah Waheda Wahid
1
MAK MALAS VS MAK RAJIN


Mak-mak ni… ada yang takut sangat dengan pandangan serong masyarakat sekeliling… ada yang sangat menjaga pandangan orang lain… ada yang ambil kisah apa yang orang lain perkatakan. Betul tak? Smile… Disebabkan ketakutkan-ketakutan akan perkara-perkara yang sebegini, ia menjadikan sesetengah mak-mak seolah-olah terpaksa justify themselves to the public apa yang mereka lakukan, apakah effort mereka untuk keluarga dan anak-anak di laman-laman media sosial. Sedangkan kehidupan kita ni, sebenarnya we does not owe anyone any explanation about what we do with our life. Kita sebenarnya yang bertanggungjawab dengan kehidupan seharian kita, tanggungjawab kita sebagai isteri dan juga ibu. Tapi keadaan menjadikan sesetengah ibu sebaliknya. Dah jadi setiap perkara nak kena justify pada orang lain supaya orang tidak tersalah anggap… Hu hu hu… Zaman sekarang ni, trending sindir-menyindir, kecam-mengecam, cari salah orang segala bagai. Sebab, ada ibu-ibu yang tak nak semua benda-benda ni terpaksa justify themselves. Hu hu hu… But so sorry… not me… Cakaplah apa yang korang nak cakap pun… Bukan korang yang beli beras dan suapkan ke makanan ke mulut ni ha… Perjalanan sebagai ibu dan apa yang Farah lalui serta aturkan sebagai isteri dan juga ibu adalah pilihan Farah sendiri serta bukannya atas pengaruh mahupun takut apa yang orang lain katakan terhadap diri ini. Banyak dah kes kecam-mengecam, tunding-menunding dan sindir menyindir berlaku di media sosial seperti susu ibu vs susu formula, tidur buaian vs tidur tilam dan macam-macam lagi. Termasuklah isu mak malas vs mak rajin. Ini pun ada juga! Smile with tongue out.

Secara ironi antara mak malas vs mak rajin, sudah semestinyalah masyarakat akan memperkatakan sesuatu tentang seorang ibu yang pemalas serta memandang serong terhadap seorang ibu yang pemalas. Mak rajin toksah cakaplah oiii… Kalau muat naik di media sosial tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile Beratus-ratus komen pujian yang kau dapat… Beratus-ratus like yang kau dapat… Kembang jer hati mak-mak bila dapat pujian serta komen beratus-ratus tu ha…. Secara mata kasarnya sememangnya adalah suatu perkara yang membanggakan dan serasanya sebagai seorang ibu kita perlu menjadi ibu yang rajin. Iyalah untuk kesenangan anak-anak dan juga sebagai contoh yang baik buat mereka. Cumanya bila selesai membaca satu perkongsian oleh CEO ABS Education, rasanya kadang-kadang elok juga ibu-ibu jadi mak yang malas! Open-mouthed smile. Jangan terkejut ya? Ramai netizen terutamanya kaum ibu-ibu mempunyai pandangan yang sama. Elok jadi mak yang malas… Flirt male

Mak Malas Vs Mak Rajin


Mak Malas

Bangun pagi-pagi, mulutnya sudah becok untuk membangunkan anak-anak solat Subuh berjemaah. Kemudian dikerahkan semua anak-anak menyiapkan sarapan dan makan bersama.

Mak Rajin

Pagi-pagi lagi mak rajin sudah bangun dan siapkan sarapan. Mak rajin akan pastikan sarapan terhidang di atas meja panas-panas. Anak-anak bangun terus menghadap meja makan.

Mak Malas

Mak malas tidak kisah jika anak buat silap, yang penting anak betulkan kesilapan dan buat yang lebih baik. Baginya, anak mesti buat SENDIRI.

Mak Rajin

Mak rajin akan menyiapkan semua keperluan anak. Mak rajin pantang anak-anak buat silap. Ada saja yang tak kena pada mata mereka. Perfectionist.

Mak Malas

Mak malas akan bahagikan semua tugasan kepada anak-anak. Yang kecil tugasnya sentiasa pastikan ruang tamu kemas, bantal kecil tersusun di sofa. Yang lelaki diajarnya sukatan betul untuk membancuh air. Yang besar tugasnya mencuci pinggan dan gelas selepas tetamu selesai pulang.

Mak Rajin

Mak rajin cukup tangkas kemas rumah, layan tetamu, cuci pinggan mangkuk. Mak rajin kasihkan anak, mahu anak happy, bermain puas-puas. Katanya, anak kecil lagi….

“Anak-anak mak malas, sampai berkunjung ke rumah orang pun, basuh pinggan dan cawan sendiri. Ishhhh!,”tulis CEO ABS Education.

Tak perlu jawab atau beritahu sama ada anda adalah seorang mak yang malas ataupun yang rajin. Simpan sendiri jer cukup. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sendiri tahu dan sendiri nilaikan… Setiap orang pasti ada sebab musabab atas pilihan masing-masing dan pasti melihat sesuatu di hadapan atas pilihan masing-masing. Namun jika anda tanya Farah…Apa yang boleh Farah katakan, sebenarnya tidak semestinya jika mak rajin anak tidak boleh berdikari sendiri dan anak tidak boleh jadi rajin. Sama juga sebaliknya, tidak semestinya mak malas anak akan menjadi lebih berdikari dan lebih rajin. Anak berdikari dan rajin itu, yang utamanya berdasarkan didikan dan juga contoh yang mereka lihat di hadapan mata mereka. Bagi Farah lah… Tak semua anak jadi lebih berdikari dan lebih rajin dari sebab yang sama iaitu sama ada mak malas ataupun mak rajin. Just my two cents…. Mungkin juga pendapat kita berbeza-beza kan? Tengoklah, tengok keadaan…Ada yang betul dan ada yang tidak… Bergantung sebenarnya dan ianya adalah subjektif… Susah kot? Nak main label-label sebab tu sebab ni…


Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !