Gambar telah Diubahsuai: Kredit dari Sumber di SINI |
Siap!
… Gigih menyiapkan tools untuk sesi Fun Learning Activity: Tree Play Dough Mat 1 to 10 yang pada awalnya perancangan untuk melakukan aktiviti ini adalah dirancangkan untuk berlaku pada malam esok. Tetapi bila fikir punya fikir, kalau simpan sehingga hujung minggu ni pun macam ok juga ni! Bolehlah dijadikan sebagai pengisian aktiviti hujung minggu ni untuk Iman Firash.
… Yeay.. Dah ada idea baru dah apa nak dilakukan sewaktu masa terluang hujung minggu ni nanti… Sekurang-kurangnya, tidaklah asyik berulang rutin yang sama sahaja untuk dia. Khusus untuk ibu bapa di luar sana juga… Farah kongsikan artikel kali ini untuk kegunaan kita bersama yang mungkin tercari-cari pengisian aktiviti bersama anak-anak. Tak susah… Mudah sahaja… Malah banyak manfaat dapat diperoleh daripada aktiviti ini. Jomlah sama-sama kita rajin-rajinkan diri untuk menyediakan kelengkapan untuk sesi fun learning activity bersama anak-anak yang tidak mengambil masa yang lama ni.
.
Perkara pertama tentulah anda harus cetak terlebih dahulu activity template. Kalau tidak apa pun tak boleh ok? Ha ha ha…
Yang sebenarnya adalah lebih afdal sekiranya anda hantar ke kedai untuk laminate. Keras sedikit dan lebih tahan lama. Untuk Farah, Farah memilih untuk memasukkan ke dalam clear pocket folder untuk jimat kos!
… Muahahaha…
… Konon-kononnya untuk jadi cost effective lah kononnya. Alahaiii…selagi boleh jimat tu kita jimatlah kan? Lagipun boleh diguna banyak kali. Bila dah selesai dengan aktiviti yang satu ini, nanti bolehlah keluarkan dari clear pocket folder tersebut dan masukkan template yang lain pula. Template yang ni, boleh simpan dulu dalam fail dan boleh digunakan kembali untuk learning refresher mode kemudian hari ataupun untuk adik-adik yang akan datang.
Kita buatlah kepelbagaian sedikit ya tak? Anak-anak kecil yang short attention span sememangnya mudah bosan. Mereka memang senantiasa memerlukan kepelbagaian. Jadi kenalah rajin untuk pelbagaikan aktiviti yang boleh menarik minat serta fokus mereka.
Kiranya, bila dah dimasukkan ke dalam clear pocket folder tu, Dah ready lah tu untuk memulakan aktiviti. Cuma perlu ambil play dough sahaja untuk memulakan aktiviti.
Farah memang suka melayan benda-benda macam ni. Ha ha ha… Dah jadi mak pula yang lebih teruja daripada anak. Entah kenapa entah, Farah sendiri tak tau. Tapi memang Farah sangat-sangat sukalah menghabiskan masa bersama Firash untuk aktiviti-aktiviti fun learning yang berbentuk macam ni. Cara aktiviti ini dikendalikan adalah sangat mudah! Di mana, Farah rasa ianya sangat simple. Ringkas seringkas-ringkasnya. Hanya dengan memerhatikan gambar sahaja, anda sudah boleh memahami modus operandi fun learning activity ini.
Gambar: Kredit dari Sumber di SINI |
Gambar: Kredit dari Sumber di SINI |
Haaa… macam tu jer pun cara pengendalian aktiviti ini bersama anak-anak. Mudah sangat-sangat aihhh… Hanya buka mulut dan beri arahan dan mungkin juga sesekali perlu memberikan tunjuk ajar sekiranya anak tersangkut di mana-mana bahagian. Banyak manfaat walaupun aktivitinya adalah ringkas sahaja. Melatih skil motorik anak, melatih IQ anak, melatih anak mengira, melatih anak mengenal nombor, matematik ringkas, skil penyelesaian masalah dan sebagainya. Walaupun bukan aktiviti yang memerlukan kos yang mahal dan juga peralatan yang mahal-mahal serta berjenama belaka, tetapi ianya mampu memberi kepelbagaian manfaat untuk anak-anak kecil. Inilah yang dikatakan less is more.
Mommies… Macam mana? Berminat untuk melakukan aktiviti ini bersama-sama anak-anak kecil anda di rumah atau di mana-mana yang bersesuaian pada waktu terluang? Jika berminat, anda boleh memuat turun activity template ini melalui pautan yang Farah sempat sediakan untuk anda di Google Drive Farah di https://drive.google.com/file/d/0Bz8KlXBGOj1aQVljZmg3Qi1lRHc/view?usp=sharing
Ini bukanlah hasil idea atau ilham Farah secara semulajadi tetapi Farah memberikan kredit kepada Life Over C’s melalui perkongsiannya di pautan di SINI.
*Sedang menambah koleksi printable for fun learning activity Firash. Sibuk tercari-cari lagi apa yang menarik untuk dilakukan serta dikongsikan bersama anda semua. 
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.