Jika Benar Sayang… Ketahui Tanda Isteri MEROYAN

Farah Waheda Wahid
1
JIKA BENAR SAYANG...KETAHUI TANDA ISTERI MEROYAN
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Bukan kali pertama pun, Farah kongsikan topik meroyan ni… Dahulu Farah pernah kongsikan mengenai topik meroyan ni pada tahun 2014 yang bertajuk Jenis-Jenis Sakit Meroyan. Di dalam entri tersebut definisi dan segala jenis sakit meroyan seperti gila meroyan, meroyan api, meroyan kentung (kertung), meroyan urat, meroyan lendir, meroyan tinggal, meroyan bulu, meroyan kulit dan kaedah merawat penyakit meroyan ada Farah kongsikan. Cumanya, tanda apabila seseorang itu meroyan dan peranan khusus dari suami jer Farah rasa Farah belum kongsikan kepada pembaca Bubblynotes.Com. Smile… Orang sekeliling terutamanya suami jika benar sayang… ketahui tanda isteri meroyan di dalam entri Farah pada kali ini.

Sepertimana yang telah diterangkan di dalam entri yang terdahulu meroyan adalah salah satu penyakit mental yang biasanya dialami oleh perempuan yang baru sahaja melahirkan anak. Penyakit meroyan ini boleh juga dikaitkan dengan hilang pertimbangan atau gangguan mental. Di Malaysia, pernah terjadi kes di mana seorang bayi perempuan berusia dua bulan telah dijumpai maut kerana dikelar oleh ibu kandungnya sendiri. Nauzubillahminzalik… Moga-moga dijauhkan perkara seumpama ini dari kaum-kaum ibu semua. Penyakit meroyan ini tidak boleh diambil ringan kerana ia boleh melibatkan nyawa anak dan juga ibu.

Khususnya suamilah yang perlu peka dan ambil tahu tentang penyakit meroyan, tanda-tanda meroyan agar dapat mengelakkan sesuatu  yang buruk berlaku pada keluarga. Keprihatinan suami terhadap seorang isteri adalah amat penting kerana hanya suami orang yang paling dekat dengan isteri. Oleh itu, suami perlu tahu tanda-tanda gila meroyan.

Sepertimana yang dikongsikan oleh sumber di SINI, berikut adalah senarai tanda-tanda isteri gila meroyan yang perlu suami tahu:

Tanda-Tanda Meroyan

1. Gangguan tidur.
2. Keresahan.
3. Sensitif.
4. Rendah diri.
5. Kurang selera makan.
6. Selalu bersedih.
7. Sikap isteri berubah, dari periang menjadi pendiam. Sentuhan dengan dunia realiti akan hilang. Kebiasaannya isteri akan bersikap luar biasa seperti berada di dalam halusinasi dan delusi. Sebagai contoh, melihat lembaga yang menakutkan dan mendengar suara yang menyuruhnya melakukan sesuatu.

Peranan Khusus Suami

Sokongan Emosi

Sokongan daripada seorang suami adalah sangat-sangat penting dan ia juga dikatakan penawar yang paling mujarab dalam membendung penyakit meroyan ini. Sokongan daripada ahli keluarga terdekat juga amat penting. Suami perlu membawa isteri mendapatkan rawatan lanjut di hospital sekiranya penyakit isteri bertambah parah.

Sesi Kaunseling

Selain itu, suami perlu mengambil inisiatif untuk melakukan sesi kaunseling hubungan suami isteri kerana wanita yang mempunyai penyakit ini dikatakan amat membenci hubungan seksual. Kaunseling perlu dilakukan dengan kadar segera demi menyelamatkan rumah tangga.

Membuat Persediaan Untuk Melahirkan Anak

Jangan ingat isteri sebagai mesin membuat anak. Pastikan anda dan isteri anda perlu membuat perancangan terlebih dahulu. Tanya kepada isteri sama ada dia bersedia untuk mendapat anak atau menambah anak. Dapatkan nasihat doktor untuk persediaan menghadapi kelahrian. Pastikan anda mendapatkan ilmu yang mencukupi tentang sebelum dan selepas kelahiran. Jikalau anda dan pasangan anda tidak yakin, pergilah berjumpa kaunselor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

Memperbaiki Hubungan Isteri Dengan Keluarga

Kadang-kala hubungan isteri dan ahli keluarga anda mungkin tidak berapa baik. Pastikan anda sentiasa bertanya kepada isteri sekiranya dia ada mempunyai masalah dengan ahli keluarga. Sebagai seorang suami, anda perlu cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ister anda bersama keluarganya ataupun keluarga anda. Cuba lakukan perbincangan antara isteri dan keluarga. Anda juga perlu memperbaiki hubungan bersama isteri anda, sekiranya anda dengan isteri anda mempunyai masalah.

Ambil Berat Soal Sakit Bersalin

Melahirkan anak bukan senang. Walaupun anak ketiga, keempat atau kelima, kesakitannya tetap tiada tandingan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sentiasa ambil berat pada sakit isteri. Jangan sesekali menganggap isteri sudah biasa dengan sakit bersalin. Isteri sudah berjuang untuk melahirkan zuriat anda jadi anda perlu sentiasa prihatin dan ambil berat akan keadaan isteri.

Menjaga Anak Bersama

Jangan pula lepas tangan dalam bab menjaga anak. Sekiranya, ini bukan anak sulung, anda sebagai suami perlu membantu isteri menjaga anak-anak yang lain agar isteri tidak berasa tertekan. Suami perlu berkongsi tanggungjawab menjaga anak bersama isteri terutama sekali ketika isteri masih dalam berpantang. Berikan masa untuk isteri berehat dan memulihkan badannya. Jangan tahu buat anak sahaja, jaga tak nak.

Peka Dengan Keadaan Isteri

Sentiasa peka dengan keadaan isteri. Sentiasa pantau perubahan isteri anda dan sering bertanya tentang keadaannya. Berikan kasih sayang pada isteri anda dan sentiasa mengucapkan kata-kata romantis buatnya. Sekirannya anda perasan perubahan berlaku pada isteri anda, cepat-cepat dapatkan bantuan dari keluarga dan cuba untuk berbincang dengan isteri anda. Berikan perhatian penuh pada isteri anda. Minta tolong keluarga untuk menjaga anak anda.

Faktor Yang Menyebabkan Meroyan

Di antara faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini ialah:
1. Faktor genetik ataupun baka.
2. Perubahan tahap hormon seperti progesterone dan estrogen secara mendadak.
3. Tekanan emosi ketika di dalam pantang.
4. Kualiti perhubungan suami isteri serta perhubungan dengan bayi yang baru lahir.

Oh ya… Farah juga pernah berkongsi satu entri di mana seorang bapa juga berpotensi terkena penyakit meroyan!!!. Jangan ambil mudah ya… Bila isteri baru sahaja bersalin… Berikanlah perhatian khusus buat isteri anda… Kerana pada waktu dan ketika itu, wanita yang bergelar isteri itu sangat memerlukan perhatian khusus dari anda. Semoga bermanfaat! Smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !