It’s Time For Serious POTTY TRAINING–Sesi Kedua

Farah Waheda Wahid
1
IT'S TIME FOR SERIOUS POTTY TRAINING - SESI KEDUA

Celoteh sambungan mengenai latihan tandas dan bercerai lampin pakai buang Iman Firash. Smile. Entri terdahulu – It’s Time For Serious POTTY TRAINING! – Sesi Pertama. Bukan bertujuan atau bermaksud nak buat semua orang bosan dengan perkongsian mengenai latih tandas ni. Asyik-asyik cerita latih tandas anak dia, asyik-asyik cerita latih tandas anak dia. Open-mouthed smile Muahahaha…. Mungkin pada sesetengah pihak ia adalah satu perkara yang membosankan, mungkin juga pada sesetengah pihak, ianya adalah sesuatu yang amat bermanfaat yang mana ada maklumat-maklumat serta pengalaman tertentu yang boleh digunapakai ketika melatih tandas anak-anak mahupun bakal anak-anak nanti. Makanya… Tanpa mempedulikan apa sahaja buah fikiran dan tanggapan orang lain… Lahirlah perkongsian lagi dan lagi mengenai latih tandas Iman Firash. It’s Time For Serious POTTY TRAINING – Sesi Kedua – .

Macam yang pernah Farah nyatakan di dalam entri yang terdahulu seperti pautan di perenggan pertama di atas, Farah akan menggunakan kesempatan cuti panjang bersempena sambutan Hari Raya 2017 untuk melatih tandas Iman Firash di sesi yang kedua secara serius. Kenapa setelah setengah tahun di tadika dan kenapa setelah 3 tahun 7 bulan baru nak kelam-kabut latih tandas secara serius dan gigih? Kenapa tak mulakan dari Firash seawal 2 tahun ataupun 2 tahun 6 bulan? Smile… Macam nilah nak kongsi sedikit informasi mengenai 5 mitos dan 5 fakta latih tandas kepada anda semua:

5 Mitos Latihan Tandas Kanak-Kanak

Kanak-Kanak Memulakan Latihan Tandas Pada Usia 2 Tahun

Potty training starts when your child says so. Fokus kepada petanda seperti kurangnya kekerapan menyalin lampin atau lampin pakai buang, anak sudah mula rasa tidak selesa dengan lampin pakai buang dan rasa ingin tahu mereka tentang tandas. Bukannya disebabkan umur!

Kanak-Kanak Sepatutnya Tamat Latihan Tandas Di Usia 3 Tahun

Tolonglah ingat seperkara ya? Otak anak-anak tidak memahami apakah maksudnya dan apakah sepatutnya yang mereka lakukan serta tidak lakukan di usia 3 tahun. Jadi tak perlu nak letakkan harapan supaya anak-anak memahami tentang bahagian sulit dan kaitan dengan tandas. Bukankah ianya merupakan satu kebetulan di mana kanak-kanak tamat latihan tandas pada tahun mereka memulakan sesi tadika atau prasekolah?

Once Potty Trained, Always Potty Trained

Ada ibu bapa yang gigih melatih tandas anak-anak mereka sehinggalah anak-anak mereka memahami apakah yang sedang cuba dilakukan oleh ibu bapa mereka. Salah seorangnya Farah lah… Ha ha ha… Open-mouthed smile Gigihlah melatih tandas secara berperingkat pada Iman Firash. Ingat seperkara ini lagi…tidak bermaksud bila anak tidak berjaya mengikut latihan tandas, kita terpaksa melatih tandas anak-anak buat selamanya. Pasti akan ada pengakhirannya.

Kanak-Kanak Memerlukan Ibu Bapa Sama Jantina Sebagai Role-Model Latih Tandas

Ya ke? Muahahaha… Open-mouthed smile Do you think so? I don’t think so! Kanak-kanak lelaki menghabiskan masa seharian di tadika ataupun pusat jagaan yang dikelolakan oleh wanita, kanak-kanak perempuan duduk di rumah bersama bapa mereka… dan kanak-kanak dibesarkan oleh ibu bapa yang sama jantina dengan anak. Tipu jer! Yang latih tandas anak lelaki ke? anak perempuan ke? Majoritinya mak-mak ok… Jantina bukan ukurannya.

Pelekat Adalah Sistem Reward Yang Terbaik

Mitosnya adalah, tiada sistem reward yang terbaik. Itu semua adalah merupakan percubaan. Trial and error berdasarkan personaliti anak-anak masing-masing. Kadang-kadang tu tak perlu pelekat pun! Pelukan atau high five pun dah memadai bagi mereka untuk terus bermotivasi melakukan latihan tandas.

5 Fakta Latihan Tandas

Tekanan Rakan Sebaya Berpengaruh Besar Ke Atas Kanak-Kanak

Bila kanak-kanak melihat rakan-rakan sebaya mereka dilatih tandas, mereka juga ada sikap ingin mencuba dan menjadi seperti rakan-rakan mereka. Kanak-kanak di tadika dan juga pusat asuhan bermain bersama dan juga membuang air bersama (ada kalanya). Jika mereka melihat rakan-rakan sebaya ke tandas, tentu mereka inginkan perkara yang sama juga!

Little Kids Can’t Tell Time (and Neither Can Their Bladders)

Semua manusia mempunyai pundi kencing… Open-mouthed smile akan tetapi bagi kanak-kanak mereka tidak dapat mengingati bilakah kali terakhir mereka mengosongkan pundi kencing mereka. Bantu mereka dengan menetapkan masa untuk ke tandas. Dalam latihan tandas tentulah penat sedikit sebab ibu bapa kena kerap membawa anak-anak ke tandas untuk membuang air.

Semua Penjaga Perlu Berada Di Tahap Latihan Tandas Yang Sama

Ibu bapa melatih tandas anak di rumah. Di mana tahap latihan tandas anak perlu dimaklumkan kepada penjaga mereka semasa ibu bapa keluar bekerja supaya latihan tandas dapat diteruskan dengan konsisten. Sekiranya tiada komunikasi dan penjaga tidak mengetahui di manakah patut mereka mulakan dan apakah yang patut mereka lakukan..makanya… latihan tandas akan menjadi sedikit terganggu.

Latihan Tandas Bagi Membuang Air Besar Akan Mengambil Masa Yang Sedikit Lama Dari Membuang Air Kecil

Bab membuang air kecil nampaknya dah semakin lancar dan menuju pintu kejayaan. Tapi bab membuang air besar, masih ada sedikit hick up dan juga masih terlepas sebelum sempat ke tandas. Apa pun alasannya, kebanyakan kanak-kanak mempunyai sedikit masalah pada bahagian membuang air besar. Jangan risau, jangan kecewa ataupun takut, In Shaa Allah, secara perlahan-lahan pasti boleh. Sabar…

Penat

Sabarlah… kita sedang membentuk anak-anak. Penat tu memang tak akan lari sebagai fakta ketika melatih tandas anak-anak. Penat kerana kerap perlu bawa ke tandas, penat kerana terpaksa mengemop lantai selepas satu sesi kepada sesi lain. Macam tulah… Untuk peringkat permulaan sahaja. Fasa-fasa ni memanglah penat sedikit. Sama konsepnya dengan kita belajar untuk menimba ilmu sewaktu di sekolah atau universiti dulu. Kalau tak penat takkan dapat hasilnya. Nak berhasil kenalah berkorban untuk penat seketika ya tak?

And that’s the bottom line! Status latihan tandas Iman Firash pada ketika dan tahap ini, apa yang boleh Farah katakan adalah:

Tiada Lagi Kebocoran Berlaku

Alhamdulillah, setelah seminggu cuti panjang hari tu… selepas sesi yang pertama, sehingga ke hari ini, tiada sebarang insiden kebocoran di atas lantai – makanya Mommy boleh bentang permaidani balik. Winking smile. Tiada sebarang kebocoran sewaktu tidur malam juga! Yeayyy!

Sepenuhnya Bebas Lampin Pakai Buang Di Rumah

Jika berada di rumah, Iman Firash telah bebas lampin pakai buang sepenuhnya. Alhamdulillah… Jimat sikit duit mak kau beli lampin pakai buang kau nak… Mana taknya… Sepaket lampin pakai buang boleh cecah paling murah RM 39.90 kalau ada promosi, paling tinggi RM 58.90. Tengok nasiblah. Sebulan 4 paket. Firash mana boleh pakai lampin pakai buang lain selain daripada Huggies Ultra Pants. Kalau pakaikan juga, sendirilah menjawab tengok kerengsaan kulit Firash tu. Dia memang alah dengan jenama selain Huggies Ultra dengan bungkusan berwarna hijau tu. High maintenance budak ni hakikatnya! Nerd smile

Masih Dipakaikan Lampin Pakai Buang Jika Keluar Dari Rumah

Sebenarnya, hati ni menjerit-jerit kalau boleh nak Firash bebas lampin pakai buang sepenuhnya… Tapiii… Sabarlah kan? Masih di dalam proses. Jangan paksa sangat. Perlahan-lahan. Nanti lama-kelamaan pastinya akan bebas lampin pakai buang sepenuhnya. He he he… Winking smile. Sebenarnya dah hampir dah tu… Sikit jer lagi, sikit jer… Cuma Mommy dia jer belum berapa nak yakin kalau keluar rumah tak pakaikan dia lampin pakai buang. In Shaa Allah… Beberapa minggu lagi… Mungkin dah boleh dah tu…

Kejayaan melatih tandas anak pasti akan berlaku. Lambat-laun pasti berlaku. Cepat atau lambat jer. What parents really do? Exercise patience, praise beyond belief, jangan bersaing dengan ibu bapa lain dan let your child lead you in being the master of his or her private domain!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !