Ibu Yang Hanya Mempunyai ANAK LELAKI Jangan Sedih!

Farah Waheda Wahid
3
IBU YANG HANYA MEMPUNYAI ANAK LELAKI JANGAN SEDIH!

Ibu yang hanya mempunyai anak lelaki? Surprised smileOpen-mouthed smile ha ha ha… Farah lettew! Kita ada anak lelaki seorang trang tang tang jer wak. Kita ni seorang… bayangkan seorang ibu yang lima anak tetapi kesemuanya lelaki. Boleh bayangkan tak keadaan kami-kami ni di rumah? Nak-nak lagi usia anak-anak kami masih kecil, dalam proses membesar yang pastinya lasak. Hanya ibu yang hanya mempunyai anak lelaki sahaja yang memahami keadaannya. Rasa terkilan ke? Haippp! Jangan pernah sesekali nak rasa terkilan ke apa? Kejadian Allah SWT sesungguhnya yang terbaik untuk kita dan ada hikmahnya. Maka, ibu yang hanya mempunyai anak lelaki jangan sedih!

Bukan tak pernah teringin mahukan anak perempuan. Pernah… Sebelum Iman Firash lahir sebenarnya dok berangan nakkan anak perempuan. Cuma rezekinya anak lelaki, terima dengan penuh keterbukaan dan gembira. Syukurlah. Asalkan sihat, cukup sifat dan dapat membesar dengan baik serta ada zuriat sendiri. Itu dah cukup dah bagi Farah. Ada pasangan di luar sana, bertahun-tahun menantikan kehadiran cahaya mata, berusaha berhempas-pulas sehabis daya ke sana ke mari untuk mencuba mendapat zuriat sendiri di dalam rumahtangga. Apa lagi yang kita hendakkan ya tak? Allah dah beri seorang zuriat untuk Farah pun dah cukup memadai.

Tak apa… zuriat irregardless jantina mereka adalah sesuatu yang istimewa. Merekalah tempat kita mencurah kasih, merekalah peneman tatkala kita di dalam kesunyian mahupun lara, merekalah penghibur yang tiada pengganti. Mereka jugalah yang menghuni rahim kita. Sudah-sudahlah terkenangkan keinginan kita yang mahukan anak perempuan. Jika ada rezeki, dan jika Allah kata kun fa ya kun … Maka dapatlah kita anak perempuan. Jika tidak… tidak mengapa… Jangan sedih, jangan terkilan.

Tidak mengira jantina anak, anak-anak adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka… Mereka permata hati, pengikat kasih sayang , melalui mereka Allah salurkan rezeki. Allah kuatkan semangat dan sabar kita. Allah buatkan kita rajin berusaha dan yakin dengan janji Allah.

Sejujurnya… berdasarkan pengalaman Farah sendiri dari tahun 2013 sehingga kini, sememangnya anak lelaki itu guraunya kasar sehingga terkadang boleh sakit-sakit badan dibuatnya. Tak tahan ooo… Dia punya smack down dan dia punya rumble… Allahu… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Dengan Mommy, Mommy dia sekali masuk WWF & WWE wrestling. Anak lelaki ni memang membuatkan kita berlari tak cukup nafas nak mengawal mereka sewaktu mereka sedang giat berekplorasi. Berani tak fikir sakit ke? Tak fikir takut ke? Tapi ada juga yang anak perempuan yang attitude macam anak lelaki kan? Winking smile. Senang cerita macam nilah, bila anak kita hanya lelaki, kerjanya mungkin lebih sedikit.

Fikir positif dan jangan fikirkan sangat keinginan nakkan anak perempuan sehingga membuatkan hati gundah-gulana dan berduka-lara sehingga mengabaikan anak-anak yang ada. Ada tau… Farah pernah kenal seseorang yang terlalu inginkan anak perempuan sehingga anak-anak lelaki yang ada diabaikan, sehingga dia jadi jatuh benci kepada anak-anak lelakinya. Allahu, kesian tengok anak-anak dia… Farah doakan semoga orang yang Farah kenal tu berubah juga satu hari nanti. Pesanan untuk anda, jangan jadi begitu.

Tak mengapa jika Allah hanya anugerahkan kita anak lelaki dan bukannya anak perempuan. Tak mengapa kita terlepas peluang dan moment manis bersama anak perempuan. Tak mengapa kita tidak mempunyai anak perempuan untuk kita perturunkan segala pakaian atau barangan kita. Tak mengapa kita tidak mempunyai anak perempuan untuk turut sama melalui pengalaman memakaikan pakaian yang cantik-cantik, sweet-sweet. Tak mengapa kita tidak mempunyai anak perempuan untuk merasa bergaya baju raya sedondon mahupun merasa mengikat rambut mereka yang ikal mayang itu. Tak apa…. Jangan sedih jangan terkilan.

Allah berikan kita hanya anak lelaki -  Allah berikan kita mereka yang akan mengusung jenazah kita apabila kita meninggalkan dunia ini kelak. In Shaa Allah… Allah berikan kita anak lelaki, kerana Allah mahukan mereka sebagai pelindung dan penjaga kita. Hidup kita telahpun diatur oleh Allah dan Allah berikan kita anak lelaki kerana itulah yang terbaik buat kita. Jika kita dianugerahkan hanya anak lelaki bersyukurlah.
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Lagi Maha Kuasa. – Asy-Syura 49-50

Bagi Farah, walaupun tidak mempunyai rezeki untuk merasa pengalaman mempunyai anak perempuan, tiada ungkapan yang terbaik melainkan syukur tidak terhingga ke atas anugerah Allah SWT yang satu ini. Bererti, Allah izinkan Farah merasa menjadi satu-satunya permaisuri buat Iman Firash. Tipulah kalau tak teringin anak perempuan kan? Farah pun manusia normal macam anda. Tapi itu semua kuasa Allah SWT. Bukan terletak pada kuasa Farah nak memilih. Kenapa Allah mengurniakan Farah Iman Firash – anak lelaki? Kerana Allah SWT mahu Farah kuat!

Tolonglah…ibu-ibu yang hanya mempunyai anak lelaki, jangan bersedih ya? Anda mesti kuat! Ya, kita mesti kuat! Untuk anak dan untuk diri sendiri. Wahai ibu-ibu yang hanya mempunyai anak lelaki, jangan sedih dan jangan merintih. Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat anak-anak lelaki kita.

Ya Allah, jagakan pahlawan mudaku ini. Moga menjadi pahlawan syurga. Amin amin ya rabbal alamin. Farah doakan agar kita yang hanya mempunyai anak-anak lelaki ini kuat untuk menjaga mereka.

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Allah dah bg yg terbaik tuk kita semua... anak laki semua ke ppuan semua ke, rahmahNya sgt luas...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bersyukur sgt apa yang ada, kan...

    kite-anak lelaki-4, elok2 nanti pegang bucu sorang satu hantar kite ke 'sana'. Insya-Allah....

    perancangan Allah adalah yang sebaik2 perancangan :-))

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !