Not just a year older, but a year better! Yeayyy! Happy 2nd Birthday to ALTHEA!
Ada kata-kata yang mengatakan semakin berusia, semakin mantap!
ALTHEA Turns 2! – Syurga Kecantikan KOREA Berkualiti kesayangan hati Farah ni sememangnya semakin hari semakin mantap dan dari pemerhatian serta penilaian Farah, Farah percaya yang ALTHEA semakin hari semakin mendapat tempat di hati para pelanggannya dan semakin hari semakin ramai yang menjadi pelanggan ALTHEA. Kenapa? Kerana… sejak ALTHEA bertapak di pasaran produk kecantikan atas talian 2 tahun yang lalu, ALTHEA tidak pernah gagal di dalam menawarkan produk-produk kecantikan yang berkualiti tinggi dengan harga mampu milik serta worth the pennies!
Iyaaa… sungguh… Farah kan pelanggan setia ALTHEA? Itu sebab Farah berani mengatakan sebegini. 2 tahun sudah bersama ALTHEA. Tidak pernah sekali-kali pun curang pada yang lain. He he he…
. Bukan bodek! Tapi ini adalah kenyataannya. Farah sememangnya sangat sukakan ALTHEA. Mana nak dapat good bargain macam ni oiii? Dengan harga RM 150.00, Farah mampu mendapatkan set asas solekan yang lengkap yang berkualiti setaraf set asas solekan yang berharga mahal untuk kegunaan harian Farah. Jika di tempat lain tu, RM 150.00 mungkin kau cuma boleh dapat bedak asas jer pun! Betul tak apa yang Farah perkatakan ni?
Jika tahun lepas, Farah teruja bersama-sama menyambut ulangtahun pertama ALTHEA (boleh rujuk entri Dear K-Beauty Junkies…Happy 1st Birthday ALTHEA! ). Tahun ini sudah semestinya Farah teruja untuk menyambut ulangtahun kedua ALTHEA! Julai tiba lagi…
Julai adalah bulan ulangtahun ALTHEA. Sebagai penghargaan kepada para pelanggannya, ALTHEA menyediakan pelbagai tawaran serta peraduan yang menarik yang khusus untuk pelanggan ALTHEA. Sebab tulah Farah tak nak ketinggalan bulan ulangtahun ALTHEA pada setiap tahun kalau boleh. Bila menyentuh tentang tawaran serta peraduan yang menarik dari ALTHEA sepanjang bulan Julai ini, Farah nak kongsi dan tak nak simpan sorang-sorang apa yang boleh menggembirakan semua beauty freaks… Tak baik tamak dan simpan benda baik sorang-sorang kan? Kalau boleh kongsi, kita cubalah untuk kongsi ya tak? He he he… 
Untuk makluman anda, sepanjang Julai 2017 ini, bersempena dengan sambutan ulangtahun kedua ALTHEA, ada macam-macam yang best yang mana rugi kalau anda ketinggalan tentang ini. Ditujukan khas buat beauty freaks ya? Yang bukan beauty freaks pun sama juga… Sebab manalah tahu kalau-kalau nak beli barangan kecantikan tetapi nak mencuba sesuatu yang baru ke? Bolehlah cuba-cuba ke laman web jualan atas talian ALTHEA ya tak?
Sila ambil tahu yang sepanjang Julai 2017 ini:
Shop & Win
Anda gemar membeli-belah barangan kecantikan melalui atas talian? Tolong pertimbangkan ALTHEA sebagai platform membeli-belah barangan kecantikan yang anda perlukan. Sebabnya… kemahiran membeli-belah secara atas talian anda itu akan membuatkan anda berpeluang untuk menjadi salah seorang pemenang mata ganjaran membeli-belah ALTHEA pada setiap minggu di mana pemenang bertuah tersebut akan mendapat mata ganjaran tertentu yang telah ditetapkan di setiap negara.
Mata ganjaran yang telah ditetapkan tersebut adalah RM 1000.00, SGD 300, IDR 3,000,000 , TH 8000 dan USD 200. Peraduan beli dan menang yang dinamakan sebagai Shop & Win Contest ini akan bermula dari 3 Julai 2017 sehingga 30 Julai 2017. Setiap pemenang bertuah dari setiap negara akan dipilih pada setiap minggu oleh ALTHEA untuk memenangi mata ganjaran membeli-belah yang ditawarkan ini (6 pemenang bertuah pada setiap minggu) di mana pemenang-pemenang tersebut akan diumumkan melalui laman Facebook ALTHEA pada hari Isnin setiap minggu sepanjang Julai! Bukannya susah sangat…. Apa yang perlu anda lakukan adalah membeli-belah sepanjang Julai ini dan manalah tahu kalau-kalau anda adalah merupakan pemenang bertuah tersebut kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? 
20 Days Of Beauty - The Birthday Giveaway
Ini khusus untuk mereka yang aktif di Instagram #instafam! ALTHEA menganjurkan 20 Days Giveaway di Laman Instagram @altheakorea! Pastikan anda tidak ketinggalan peluang untuk memenangi kredit membeli-belah, kotak misteri dan juga barangan kecantikan KOREA. Apa yang perlu anda lakukan adalah sekadar mengikuti arahan yang dimuatnaik pada setiap hari dan mana tahu kalau itu adalah rezeki anda untuk menang kan?
ALTHEA juga akan menganjurkan Facebook Weekly Giveaway pada setiap hari Isnin sepanjang bulan Julai (hanya untuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura sahaja) di dalam menceriakan hari-hari anda sepanjang Julai ini. Jangan lupa untuk menyemak laman Facebook ALTHEA KOREA berdasarkan negara masing-masing supaya anda tidak ketinggalan!
Birthday Giveaway Festival
Woot woot! Ini yang sedang berlangsung sekarang di laman web jualan atas talian ALTHEA! ALTHEA akan memberikan produk yang berbeza kepada para pelanggan pada setiap hari sepanjang Julai ini yang anda boleh masukkan ke dalam troli membeli-belah anda sebelum melakukan pembayaran! Untuk mendapatkan tawaran terhebat serta terendah dan terbaik ini, pastikan anda melawati laman web jualan atas talian ALTHEA setiap hari supaya anda tak rasa menyesal ya? Memang rambang mata dibuatnya baq ang!
Fly Me To KOREA Contest
Hajat hati teringin nak melancong ke KOREA… Tapi atas pelbagai kekangan, hajat tu tak dapat dilaksanakan. Inilah masanya untuk anda mencuba peluang untuk memenangi tiket penerbangan ke KOREA untuk dua orang! Hadiah pertama adalah tawaran membeli-belah secara PERCUMA selama setahun di laman web jualan atas talian ALTHEA. Hadiah kedua adalah tawaran membeli-belah secara PERCUMA selama 3 bulan dan hadiah saguhati yang ditawarkan adalah kredit membeli-belah ALTHEA sebanyak USD100 untuk 10 orang.
Limited Edition Birthday Boxes
Inilah dinamakan sebagai layanan paling istimewa dari ALTHEA! Dapatkan pembungkusan sambutan ulangtahun ALTHEA yang kedua EDISI TERHAD yang direka khusus untuk anda yang dinamakan sebagai Birthday Boxes. Birthday Boxes ini turut didatangkan dengan 2017 Birthday Kit EDISI TERHAD termasuk kad ucapan hari lahir dan pakej percubaan produk yang diberikan berdasarkan first come first serve basis. Tapi… Sila cepat! Sebabnya stok adalah terhad sehingga 5,000 pelanggan sahaja. Cepat-cepat membeli-belah sekarang! Kalau nak dapatkan Limited Edition Birthday Box ni. Kalau tak… melepas putih mata jerlah ya? Jangan salahkan Farah kata Farah tak beritahu pula!
Farah dah dapat dah Limited Edition Birthday Box ALTHEA untuk sambutan ulangtahun ALTHEA yang kedua ni. Sekotak penuh ok? Barangan Farah…. Barangan solekan tempahan Farah yang bernilai RM 150.00 yang lengkap serba-serbi, termasuk dengan pakej percubaan produk yang sangat banyak!
Tu dia… Farah lambakkan semua yang ada dalam Limited Edition Birthday Box ALTHEA Farah. Nak macam ni? Cepatlah… Tunggu apa lagi… Hari ni juga…. Kalau nak cerita rapat-rapat tentang setiap satu produk yang Farah dapat dari ALTHEA… Nanti kita sambung dengan cerita unboxing pula ya. Ini bermaksud secara rasminya Farah umumkan yang Farah akan muatnaik satu lagi entri mengenai produk ALTHEA yang Farah dapatkan sempena sambutan ulangtahun kedua ALTHEA pada tahun 2017 ini.
.
Jangan Tunggu Lama-Lama Lagi! Jom:
wahhh meriahh kak farahhh. seronok shopping althea ye.
ReplyDelete