Alahaiii… Patutlah Anak Selalu Buat Perangai Bila Dengan Ibu!

Farah Waheda Wahid
2
ALAHAIII...PATUTLAH ANAK SELALU BUAT PERANGAI BILA DENGAN IBU!

Biasa dengar tak? Anak-anak ni bila bersama ibu, mereka suka sangat “buat perangai” berbanding bila bersama orang lain. Bukan nak cakap anak sesiapalah… Anak sendiri pun sama! Smile with tongue out. Perasan sangat-sangat Mommy Firash ni ha… bila bersama Babah dia atau orang lain seperti atuk dan nenek, mahupun dengan cikgu di sekolah, tiba-tiba elok jer perangai dia kau… Mendengar kata, tak nampak pula ciri-ciri atau tanda-tanda nak buat hal. Tapi… Jangan bila Mommy dia ni ada bersama, secara automatik 360 darjah perangai anak akan berubah, manja dan banyak kerenah. Kadang-kadang tu boleh jadi pening nak melayan. Sick smile Bilamana tiba-tiba anak buat hal tak tentu pasal. Memang sangat-sangat menuntut tahap kesabaran yang tinggi sebab kalau tak sabar silap-silap haribulan tona suara boleh jadi tinggi desibelnya…Lebar jer mulut jadinya… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Terfikir juga, kenapa bila dengan mak jer anak-anak mula “buat perangai”… Dalam terfikir-fikir tu akhirnya Suhaidah Abd Wahab berikan jawapan kepada Farah melalui artikel beliau di SINI. Alahaiii… patutlah anak selalu buat perangai bila dengan ibu!

Untuk perkongsian kita bersama, situasi ini disokong oleh sebuah kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington yang mendapati bahawa, prestasi kanak-kanak akan merudum sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama. Dan lebih mengejutkan, kajian itu mendapati jika kanak-kanak itu berumuru 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)! Kajian itu telah dijalankan ke atas 500 keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.

Professor dalam bidang perkahwinan dan psikologi keluarga, Dr. K.P. Leibowitz menyatakan bahawa:

"Apa yang kami dapati, kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%. Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu mereka, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan.

Salah seorang daripada ayah yang terlibat dengan kajian berkenaan pula (beliau mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan daripada kajian itu dan berkata:

Saya selalu tertanya-tanya mengapa isteri saya tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahan mereka (anak-anak) dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana mereka berkelakuan baik ketika dengan saya.

Ramai suami atau ayah yang tidak mengetahui perkara ini kerana si anak cuma membuat perangai apabila bersama dengan ibunya. Kajian itu juga mendapati, jika dalam situasi untuk memperbaiki disiplin mereka, 100% (semua sekali!) lebih responsif kepada kata-kata yang diucap dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suara kepada anaknya.

Iyalah, bukan mudah menjadi seorang ibu tetapi sebagai ibu, kita tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak masing-masing kan? Tidak dinafikan, sedikit keras di dalam nada suara memberikan impak kepada anak untuk tidak membuat perangai. Itu Farah akui. Sebabnya, ada masa dan ketika, Farah terpaksa mengeluarkan suara yang agak tinggi atau keras supaya si kecil molek itu mengikuti apa yang disuruh atau diarahkan. Smile with tongue out… Tapi ok lah tu kan? I have too… Nama pun nak mendidik anak… Manja memang diakui dia manja… Tapi manja tu memang Farah buatkan bertempat supaya tak senang-senang orang nak anggap dan labelkan dia sebagai spoilt hanya semata-mata dia anak tunggal kepada Mommy dia ni ha…

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !