04.07.2017, 1.30 p.m. – marks the 5th ijab & qabul anniversary for the two of us! Baarakallahu laka (semoga Allah SWT memberikan keberkatan). Ya Rabb… Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala jauh dan dekat, serta saling menyempurnakan ibadah. Jadikanlah kami pasangan yang bertemu di akhirat kelak. Amin amin ya rabbal alamin.
Semoga Allah senantiasa melindungi dan menjaga kita suami dan isteri di dalam menempuh setiap langkah perjalanan kehidupan. Selalu bahagia di dunia hingga kita berjumpa bersatu kembali dalam rahmatNya di Jannah nanti wahai imamku. Waktu terus berjalan mengiringi langkah kita membuat kita semakin dewasa. Mohon maaf di atas segala kekurangan, kekhilafan dan ketidaksempurnaan diri ini.
Terima kasih menjadi suami dan pendamping yang cukup baik. Terima kasih kerana menjadi Babah untuk Iman Firash. Loving you dulu, kini, masa akan datang dan sehingga tidak ada lagi ruang dan waktu. Selamat ulangtahun ijab & qabul yang ke-5.
*5 tahun sudah berlalu… 
happy anniversary farah,moga kekal bahagia hingga ke jannah
ReplyDeleteHappy Anniversary Farah... =)
ReplyDeleteHappy Anniversary dear Kak Farah..semoga bahagia hingga ke Jannah..amin!
ReplyDelete