Petua SANTAN Tahan Lama!

Farah Waheda Wahid
0
PETUA SANTAN TAHAN LAMA!

Biasalah, kadang-kadang tu, kita mak-mak ni bila pergi kedai, beli santan. Hajat hati kononnya nak masak lemak cili api ataupun lemak putih sebagai salah satu menu hidangan makan tengah hari atau malam ataupun berbuka puasa. Bila sampai rumah, buka peti sejuk beku, tengok bahan-bahan yang ada, terkadang tu boleh berubah pula rancangan menu asal kepada menu lain. Tak jadi nak melemak-lemak segala bagai. Tiba-tiba terus selera swing kepada selera yang lain. Smile Bukannya tak pernah berlaku perkara seumpama ini kan? Ada jer terjadi di kalangan kita. Salah seorang daripadanya Farah lah… Ha ha ha… Open-mouthed smile Siapa lagi. Mula-mula rasa macam nak masak ni, lepas tu rasa nak masak tu pula. Ikut angin… Smile with tongue out. Sudahnya santan yang dibeli dari kedai tadi, terpesuklah ke dalam peti ais ataupun peti sejuk beku. Lepas tu, kalau ingat masih ada santan yang tak digunakan tu, oklah, esok lusa kita masaklah berasaskan santan. Tapi… kalau langsung-langsung terlupa? Lepas hampir seminggu baru teringat? Hu hu hu… santan pun dah tak boleh digunapakai ya tak? Kadang tu bukan tak boleh pakai, boleh jer…cuma rasa mungkin dah lain sikit… Tak segar lagi dah…. Bila cerita pasal ni…Farah pernah kongsikan dulu pada tahun 2014 tentang Petua Mengelakkan Santan Basi!!!Kali ni bukan petua mengelakkan santan basi… tapi petua santan tahan lama!

Mungkin ada yang ingatkan sama lebih kurang jer isi petuanya… Tapi lain tau… Untuk elakkan santan basi, Farah pernah kongsikan yang semasa kita memerah kelapa, elakkan ibu jari dari mengarah ke bawah. Cara ini dipercayai walaupun bukan secara saintifik, tetapi memang terbukti melalui cara tradisi lama membuatkan santan lambat basi. Perkongsian petua kali ini, adalah berbeza. Ianya mengenai santan yang dibeli adalah santan yang siap diperah. Memang memudahkan sangatlah kerja kita ibu-ibu di dapur kan? Cuma, masalah santan yang telah siap diperah sebegini tidak tahan lama. Kalau lambat masak, nanti lain macam sikit rasanya. Jika digunakan juga boleh mengakibatkan makanan tersebut cepat basi. Ada orang mungkin tak kisah, tapi Farah sangat particular tentang rasa masakan dan makanan. Masakan dan makanan yang sedap penting untuk tekak Farah ni ha… Muahahaha… Open-mouthed smile… 

Ada juga orang yang menyimpan santan di tempat sejuk beku dan dicairkan apabila mahu digunakan. Kaedah ini, Farah dah cuba tapi kurang berkesan kerana santan tersebut sudah tidak segar dan berbau sedikit. Rasa rugi lah pula bila terpaksa buang santan tu macam tu jer kan? Iyalah sekarang semua benda dah mahal. Walaupun harga santan tu taklah sampai sepuluh dua puluh ringgit, tapi terkilan juga kalau dibuang sebegitu sahaja. Duit tu… Hu hu hu…. Kena hargai sebab nak dapatkan duit untuk perbelanjaan bukannya senang ya tak? Name me kedekut, berkira or what so ever… Lantaklah… Hanya orang yang tahu macam mana rasanya bila satu sen tak ada dalam poket jer akan faham kenapa setiap benda yang ada depan mata tu adalah sangat-sangat berharga…. Eceh ceh ceh… Erkkk… tapi betullah….

Fikir punya fikir solusi bagaimana nak selesaikan masalah santan perah yang tak tahan lama ni… Tiba-tiba terjumpa pula satu artikel di SINI yang berkongsi petua dari Radhiah Izzati tentang bagaimana mahu memastikan santan tahan lebih lama dan segar. Petua ini diperoleh daripada seorang peniaga nasi lemak. Dikatakan gerenti santan perah akan tahan lebih lama dan segar. Ibu-ibu bolehlah mencuba petua ini untuk memudahkan dan menyimpan santan di dalam peti supaya tetap segar ya? Winking smile

Caranya, ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan. Kemudian balutkan santan itu dan letak di dalam tempat beku. Yang akan beku nanti kertas tersebut manakala santan tetap akan maintain segar dan tahan lama. Walaupun santan tersebut beku tetapi tetap segar selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah biasa, santan di bawah, air di atas kan? Kalau dengan cara ini, semuanya santan pekat.

Pengalaman percubaan sendiri? Memang sesungguhnya betul-betul menjadi! Tu sebab kongsi dengan anda… Kalau tak percaya cubalah sendiri…Nanti datang balik bagi tau Farah ok? Winking smile Selamat mencuba!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !