KHAS BUAT IBU BERPANTANG Sewaktu Raya!

Farah Waheda Wahid
1
KHAS BUAT IBU BERPANTANG SEWAKTU RAYA!

Semua orang masih di dalam mood beraya! Smile Tidak ketinggalan juga ibu-ibu yang sedang berpantang kerana baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama mahupun cahaya mata the latest edition in the family ya tak? Cuma bezanya, ibu-ibu berpantang mungkin beraya dengan pakaian seragam ibu bepantang iaitu t-shirt dan kain batik serta menu raya pada kali ini adalah menu berpantang. Tiada rendang, tiada kuah kacang, tiada masak lodeh. Ketupat tu mungkin boleh jamah lah kan? Winking smile. Rare juga pengalaman berpantang sewaktu raya ni. Bukan semua orang berpeluang merasakan pengalaman berpantang sewaktu musim perayaan Aidilfitri. Tidak semua orang melahirkan bayi sewaktu musim perayaan Aidilfitri. Memang ada tetapi tidak semua. Makanya, khas buat ibu berpantang sewaktu raya! Anda patut baca perkongsian Farah pada kali ini. Smile.

Farah tak pasti bagaimana perasaannya kerana Farah tidak melalui proses berpantang sewaktu raya. Tidak pernah dan mungkin tidak akan melalui pengalaman yang boleh dikatakan istimewa ini. Cumanya, Farah dapat bayangkan yang berpantang sewaktu Hari Raya sememangnya boleh menggugat perasaan, ada pada ketika dan waktunya. Mana tidaknya? Salah satu daripadanya, anda terpaksa menahan godaan nafsu makan apabila hanya mampu memandang hidangan juadah Hari Raya yang lazat tetapi tidak boleh diambil oleh ibu berpantang.

Selain daripada itu, anda juga tidak boleh keluar rumah untuk sama-sama beraya menziarahi ahli keluarga yang lain. Ia memang bukan sesuatu yang mudah. Walau apa pun, anda perlu ada semangat yang kuat untuk menempuh ‘dugaan’ ini. Tips yang dikongsikan oleh artikel di SINI mungkin dapat membantu anda:

1. Jika anda dijangkakan melahirkan anak pada penghujung Ramadhan atau awal Syawal, sila buat persediaan dengan makan makanan raya semasa berbuka puasa. Jadi, tidak timbul rasa teringin apabila anda mula berpantang di Hari Raya. Apabila melihat orang lain makan di pagi raya, tidaklah anda rasa terkilan.

2. Jika terlalu teringin untuk makan makanan raya semasa tempoh berpantang, anda boleh cuit sedikit sahaja. Itu pun jika makanan itu tidak akan mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi. Ingat! Jangan pula makan makanan yang berangin, sejuk dan gatal. Padahnya nanti, diri anda juga.

3. Jika ada tetamu yang datang ke rumah dan sedang menikmati juadah raya, maka sebaik-baiknya anda sibukkan diri dan berada jauh daripada tempat mereka menjamu selera.

4. Bersabarlah. Anda perlu tabah menghadapi semua. Tanamkan sikap positif bahawa selepas habis tempoh berpantang, anda boleh menikmati juadah yang sama sepuas-puasnya.

Boleh punya kannnn? Puasa boleh… takkan godaan sewaktu berpantang sementara tak boleh kan? Winking smile Farah yakin semua ibu-ibu berpantang sewaktu raya boleh melaluinya dengan jaya. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H!

*Cerita raya Farah dan Firash? Nanti tapau… Belum sampai seru lagi…. Sampai seru nanti Farah cerita…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Isteri saya ketika melahirkan anak kedua masa hari raya.. Raya tetap jalan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !