Sambil-sambil mengerjakan #projekkuihraya di dapur tengah malam tadi, sambil-sambil tu teringat pada anak workmate Farah di pejabat yang sekarang ni sedang giat mendapatkan rawatan bagi masalah ekzema yang dihadapinya. Kaitkan pula dengan artikel yang Farah baru sahaja berkesempatan untuk baca pada hari ini dari salah satu laman web keibubapaan, terpanggil pula secara tiba-tiba hari ni untuk berkongsi tentang ekzema. Farah memang alah dan tak boleh tengok kalau kanak-kanak kecil kena ekzema. Kasihan oiiii! Anda kasihankan anak? Baca TIPS penjagaan anak ekzema di musim raya!
Raya-raya juga, seronok-seronok juga, tapi anak tetap kita kena jaga. Jangan seronok sampai lupa diri, lupa segala ya tak? Anak tetap anak. Nak nak lagi jika anak menghidapi penyakit tertentu. Sedangkan jika anak resah, meragam kerana mengantuk, panas serta tidak cukup rehat sewaktu menyambut raya pun kita sudah susah hati mahupun gelisah. Inikan pula jika ditambah anak itu menghidap ekzema. Kasihan mereka. Anak yang ada ekzema, banyak pantang-larangnya. Jadi, sebagai ibu bapa, anda perlu teliti dengan penjagaannya supaya masalah ekzema yang dialami tidak berubah menjadi lebih buruk keadaannya.
Antara panduan atau tips yang telah dikongsikan melalui artikel yang Farah baca di SINI untuk perkongsian serta pengetahuan kita bersama:
Kuih Raya Buatan Sendiri
Kebanyakan kuih raya yang dihasilkan mengandungi telur. Jika dia alah kepada telur, ia akan menyebabkan kulitnya bertambah gatal dan masalahnya melarat. Untuk itu, anda perlulah buat sendiri kuih raya tanpa memasukkan kandungan telur dan meminimumkan penggunaan gula. Anda boleh gunakan bahan-bahan berasaskan buah-buahan seperti pisang, kurma dan lain-lain. Buat lebih supaya boleh dibawa dan dimakan oleh anak sewaktu beraya di rumah sanak saudara.
Ibu Perlu Kurangkan Pengambilan Gula
Jika ada anak yang mengalami ekzema dan pada masa yang sama menyusukan anak dengan susu ibu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang banyak gula. Anda perlu beralah supaya anak tidak terus bermasalah.
Sarungkan Baju Raya Yang Selesa
Pakaikan baju raya yang materialnya ringan, nipis dan menyerap peluh. Jadi, anak anda boleh kekal selesa dan tidak mudah meragam walaupun kerap terdedah kepada suasana panas ketika beraya.
Pilih Krim Tanpa Steroid
Gunakan krim tanpa steroid dan menggunakan bahan semulajadi seperti aloevera, minyak kelapa dara dan minyak zaitun. Kesannya lambat tetapi ia lebih selamat dan tiada kesan kebergantungan terhadapnya.
Bukan mudah nak menjaga anak-anak yang menghidapi ekzema. Ada dua tiga orang yang Farah kenal, anak-anak mereka mengalami masalah ekzema. Hati mereka memang tabah menjalani hari-hari bersama anak-anak yang menghidap ekzema. Kenapa Farah kata tabah? Sebab mereka kuat untuk melihatkan keadaan anak yang berada di dalam kegatalan dan luka-luka serta berdarah akibat dari menggaru sehinggakan Farah yang melihat pun rasa luluh hati. Walaupun bukan anak Farah sendiri, tetapi Farah doakan supaya ada satu penawar yang betul-betul mujarab untuk hilangkan ekzema pada kanak-kanak yang menghidap ekzema. Sedih hati tengok keadaan mereka. Dan Farah asyik terbayang jer apa yang mereka rasa.
Semoga dengan perkongsian yang Farah panjangkan dari artikel yang berkenaan ini dapat membantu ibu bapa menjaga anak-anak yang menghidap ekzema di musim perayaan agar keadaan mereka tidak bertambah teruk. In Shaa Allah…Mudah-mudahan…Amin. 
Tips yang ohsem..
ReplyDelete