Ehemmm... Suami-suami, ayah-ayah dan bagi mereka-mereka yang membayar zakat untuk diri sendiri, nak tanya ni... Dah bayar zakat fitrah ke belum? Zakat fitrah itu kan zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan? Jadi kalau dah cukup syarat tu, apa lagi? Kenalah bayar zakat fitrah ya? Jangan mengelat pula. Tapi dah semak ke? Berapa kadar zakat fitrah seluruh Malaysia 2017? Kalau belum, mehlah tengok senarai kadar zakat fitrah seluruh Malaysia 2017 ni ha.
Tak banyak berbeza dengan tahun 2016 kan? Cuma bagi suami -suami dan ayah-ayah akan jadi berbeza bila mana ada pertambahan ahli keluarga jer lah. Bila bertambah ahli keluarga bermaksud bertambahlah jumlah zakat fitrah yang perlu dibayar ya tak? He he he... Kalau dulu bertiga, berempat kini mungkin berlima, berenam. Macam tulah...
Apa pun semoga ibadah puasa di bulan Ramadhan pada kali ini adalah lebih baik buat kita berbanding tahun-tahun yang telah berlalu. In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin amin ya rabbal alamin.
*Jangan lupa tau... Sesiapa yang belum bayar zakat fitrah tu, segera-segerakanlah ya? Jangan tunggu sampai dah saat-saat akhir. Dikhuatiri terlupa atau tak sempat. Hu hu hu... Kasi peringat jer... Jangan marah na...
thanks for sharing kak
ReplyDelete