Bulan-bulan Ramadhan ni… Biasalah kan? Mata tu memang mudah jer nak jadi mengantuk dan segala pergerakan sudah semestinya sedikit longlai dari kebiasaan. Ha ha ha…
Kalau terlebih aktif nanti, orang kata kita ni macam tak berpuasa pula sebab sangat-sangat bertenaga seperti hari-hari biasa di bulan selain bulan Ramadhan. Ekekeke…
. Sama ada sedang bercuti dari berpuasa di bulan Ramadhan ataupun berpuasa, sama jer yang benarnya. Perut tetap kosong juga… Takkanlah kalau Allah beri cuti nak sesuka hati mengunyah di hadapan orang yang berpuasa ya tak? Rasa segan dan menghormati orang lain yang berpuasa itu tetap ada ya tak? Hurmmm….
Bila kemengantukan melanda, mulalah mencari sesuatu untuk menghilangkan mengantuk ya tak? Alternatif untuk membuatkan mata segar adalah aktiviti gali-menggali laman jual beli atas talian yang menarik perhatian serta minat. Kalau gali-menggali ni… mesti punya…mesti terjumpa sesuatu yang memikat hati… Alaaa…kalau tak beli pun, sekadar cuci-cuci mata jer… Isi masa yang ada untuk hilangkan mengantuk seketika… Contohnya, macam penjelajahan hari ni…
Pencarian akhirnya menemukan Farah dengan BEAUTYBROWSE! Dengan tak semena-mena addicted to BEAUTYBROWSE!
Belumlah cuba-cuba nak membeli apa-apa lagi. Baru di tahap cuci-cuci mata. Buat masa sekarang, keadaan ekonomi belum mengizinkan untuk membeli-belah di laman web jualan atas talian dengan jayanya. Ha ha ha…
sekadar cuci-cuci mata dan survey bolehlah! Barang baik harus dikongsi uolsss…Tetiba jadi suka pula nak kongsi tentang penemuan terbaru Farah ni… BEAUTYBROWSE! Ke sememangnya anda dah tahu terlebih dahulu dari Farah? Tak apalah…Farah nak kongsi dengan yang mungkin belum tahu lagi… Ekekeke… Iyalah… Perempuan kan? Tak banyak sedikit, pasti sukakan laman web jualan atas talian yang berkonsepkan barangan penjagaan kecantikan diri dan juga kosmetik sebegini. Selain dari laman web jualan atas talian sedia ada pada masa kini…Ini Farah nak tambahkan lagi kenikmatan shopping atas talian untuk semua kaum Hawa.
.
Siapakah Di Sebalik BEAUTYBROWSE?
BEAUTYBROWSE is a team of Malaysian beauty enthusiasts with a niche in local beauty products. BEAUTYBROWSE proud to present you with their wide selecetion of products from skincare to makeup with amazing qualities at incredibly affordable prices! Visit BEAUTYBROWSE online beauty store as BEAUTYBROWSE will also be providing you with tonnes of video beauty tips from your favourite local experts and talents. BEAUTYBROWSE aiming to bring Malaysian beauty scene straight to the eyes of the world!
Memang betul pun, belek punya belek… Harga-harga jualan produk-produk kecantikan serta kosmetik di BEAUTYBROWSE boleh menjadikan wanita-wanita dengan senang-senang jer klik situ klik sini untuk memenuhkan bakul shopping secara maya masing-masing. Ha ha ha…
Bahaya tak? Bahaya tak macam ni? Memang kaum wanita akan mengalami dugaan menahan nafsu membeli-belah kalau dah tersangkut di BEAUTYBROWSE ni.
Dari mengantuk terus duduk tegak dan segar ni ha…
… Macam tak boleh lepas jer mata dari skrin… Lepas tu jadi teruja sendiri tetiba…
… Alaaa…tak apalah… Bukannya menyusahkan sesiapa pun kan? Sekadar terapi diri sendiri jer… Tak minta sesiapa buatkan apa-apa pun…. Kan? Kan? Kan? Uolsss pun apa lagi? Kalau-kalau agak-agak mengantuk tu… Jomlah cuci-cuci mata sebentar untuk tinjau-tinjau BEAUTYBROWSE.
. Mana tau ada yang bertemu jodoh pula nanti. Ahaksss…
Sekarang sedang berlangsung RAYA PROMO di mana setiap pelanggan boleh menggunakan kod diskaun sebanyak 15% bagi setiap pembelian. Yalah, dah nak dekat-dekat raya ni kan? Mesti ada yang mencari barangan kecantikan serta penjagaan diri. Elok sangatlah tu berjinak-jinak dengan BEAUTYBROWSE uolsss…
Untuk Maklumat Lanjut:
Banyaknya pilihan untuk kaum2 hawa.. :)
ReplyDelete- ERAZ FADLI
Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html
TQ :)