Nak dekat-dekat bulan puasa ni kan? Bukannya lama sangat… Beberapa hari jer lagi… Teringat pula tentang aktiviti masak-memasak di bulan puasa. Bukannya apa, kadang-kadang tu, ada masakan yang boleh jadi terrrr – termasin! Dengan secara tidak sengaja… Ha ha ha…
… Lori garam tumpah! Tapi tak bulan puasa pun, terkadang ada juga masakan yang boleh jadi termasin juga ya tak? Memandangkan Ramadhan bakal menjelma dan kebarangkalian terlebih masin boleh berlaku… Ini adalah sebagai persediaan awal untuk semua mak-mak, suri-suri rumahtangga dan juga anak-anak gadis yang memasak…
… Ooppsss masin! Cara hilangkan rasa masin masakan… Bacalah kalau nak tau… He he he… 
Tapi taklah Farah kata bulan puasa jer masakan jadi masin, ada masa dan ketikanya bukan bulan puasa pun masakan yang kita masak rasanya terlebih garam. Nak kata sebab berangan, tidak mungkin (bagi mak-mak). Lainlah kalau anak dara… Ekekeke…Kononnya jika masak terasa masin tandanya nak kahwin dah tu. Apa pun alasannya, apa yang penting, bila masakan yang dimasak terasa masin kenalah alter untuk pastikan sajian tersebut masih boleh dikurangkan rasa masinnya dan dapat dijamah dengan enak. Sayang kan? Kalau terpaksa buang? Rugi dan membazir jer!
Untuk membantu kita, kita, kita dan kita ni semua, berikut adalah beberapa petua dari pautan di SINI yang mungkin boleh digunapakai oleh kita, kita dan kita… 
7 Petua Hilangkan Rasa Masin
# Petua 1
Bunjutkan sejemput kelapa parut dan dengan menggunakan kain jarang. Masukkan ke dalam masakan yang terlebih masin itu selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bolehlah keluarkan bunjut tersebut.
# Petua 2
Cari pelepah pisang sepanjang 4 cm dan bersihkan. Kemudian, masukkan ke dalam masakan sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan pelepah dari masakan.
# Petua 3
Masukkan kentang yang dibelah empat ke dalam masakan yang terlebih masin untuk menyerap rasa masin. Jika tiada kentang, gantikan dengan timun yang dipotong memanjang.
# Petua 4
Tutup masakan yang masin itu menggunakan tudung periuk. Biarkan ia mendidih dan matikan api. Biarkan tudung periuk selama beberapa minit. Kemudian, angkat tudung periuk tersebut dan cuci dengan air bersih. Tanpa mengeringkan tudung periuk tersebut, tutup kembali masakan yang terlebih masin tersebut dan biarkan. Buka hanya apabila ingin menghidangkannya.
#Petua 5
Masukkan daun pisang yang dicuci bersih di dalam hidangan yang masin tadi. Biar selama 30 minit dengan api yang sudah ditutup.
#Petua 6
Tambahkan sedikit gula agar dapat mengimbangi rasa hidangan yang dimasak.#Petua 7
Jika masak gulai atau kari dan terasa masin, tambahkan santan dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.Macam tulah ceritanya, makanya, kalaulah masakan kita, kita dan kita ni semua termasin, bolehlah kita cuba petua-petua di atas. Atau…ada petua lain tak? Boleh kongsi?
thanks for sharing
ReplyDelete