Minggu Peperiksaan? Perlu Ke Mommy Panik?

Farah Waheda Wahid
1
MINGGU PEPERIKSAAN_PERLU KE MOMMY PANIK

Minggu yang lalu, Farah dapat pemakluman yang mana pada minggu hadapan Iman Firash akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun selama seminggu. Minggu peperiksaan? Surprised smile Perlu ke Mommy panik? Pengalaman pertama, peperiksaan pertama… Smile di usia 3 tahun 6 bulan. Macam-macam rasa bercampur baur dalam diri Mommy dia ni ha… Bukannya sebab terlalu mengharap anak tu dapat tempat pertama di dalam kelas. Ha ha ha… Kalau nak tau, Farah memang tak kisah dengan nombor-nombor ni… Yang penting permarkahan tu biarlah dapat markah yang baik. Cumanya, secara kenyataan, jika mengikut bulan, Firash baru berusia 3 tahun 6 bulan dan jika mengikut tahun dah 4 tahun dah. Makanya, bila dia masih berada di usia awal ni, Farah tak adalah nak tetapkan yang Firash mesti dapatkan markah sekian-sekian di dalam peperiksaan… Jika dia dapat capai Alhamdulillah…Jika tidak, tidak mengapa… masih di peringkat awal dan masih boleh dibentuk… Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan kan? Masih ada masa untuk Iman Firash…

Tahun ni masih ada kelonggaran buat Iman Firash dari Mommy. Yang ada dalam hati ni, cuma perasaan risau jer… Ha ha ha…Risau sebab, anak bujang ni ikut mood… Ikut suka-suka dia, kalau dia nak menulis dia menulis, kalau dia tak nak, kau paksa macam mana sekalipun memang dia tak nak. Kalau dia kata nak main tu, nak main lah… Tak apa… Masih peringkat yang boleh diberi kelonggaran… Tahun depan mungkin Mommy akan serius sedikit daripada tahun ni. Tapi serius tu tak adalah sampai nak menekan sehingga membuatkan anak rasa tertekan dan terbeban. Ada caranya yang Farah dah aturkan strategi untuk Firash. Tentang perasaan risau tu, kalau peperiksaan lisan mungkin Farah tak risau mana sangat punnn…. Sebab bila ditanya…In Shaa Allah, dia hampir dapat menjawab kesemua soalan yang berkaitan… Diuji dan disahkan Mommy! Muahaha… Open-mouthed smile… Bab menulis ni ha… Adoiii… Pusing kepala mak kau ni nak memikirkan…Moga-moga masa peperiksaan nanti naklah pegang pensel tu ya? Ha ha ha… Open-mouthed smile.

Bukan Iman Firash jer bakal menduduki peperiksaan pada minggu hadapan, tetapi rasanya rata-rata anak-anak yang bersekolah sedang di dalam musim menduduki peperiksaan pertengahan tahun sebelum tibanya Ramadhan ni kan? Ramailah ibu bapa yang mula tak senang duduk bila anak-anak menduduki peperiksaan. Apa taknya? Peperiksaan zaman sekarang ni lebih berorientasikan untuk menentukan kedudukan kelas dan sebagai kayu pengukur sejauh mana kemampuan anak. Musim-musim peperiksaan ni lah ramai di antara ibu bapa yang akan bertukar kerjaya menjadi guru seketika. Winking smile.

Paksaan, bebelan, kemarahan, pukul semua tu bukan cara yang terbaik semata-mata nak pastikan anak-anak cemerlang di dalam pendidikan. Nak didik anak menjadi seorang yang berilmu, ibu bapa perlu menggunakan kaedah yang berkesan untuk anak-anak masing-masing dan ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak di dalam mendapatkan keputusan yang baik di dalam peperiksaan. Sekadar sedikit panduan yang mungkin Farah boleh terapkan kepada Firash pada masa akan datang dan juga untuk ibu bapa di luar sana dari artikel yang dimuatnaikkan di SINI.

Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak

Bukan ibu bapa sahaja yang risau ya? Anak-anak pun sama sebenarnya. Mereka juga tertekan untuk menduduki peperiksaan. Anak-anak akan menunjukkan perubahan sikap apabila mereka tertekan. Contohnya jadi pendiam ke? Tak lalu makan ke? Jadi… jangan push anak-anak mengulangkaji terlalu kuat sehingga mereka tidak cukup rehat. Tak payahlah nak paksa-paksa anak-anak jawab soalan sampai terbeban. Mahu jam otak anak-anak tu. Redakan tekanan yang dihadapi oleh anak-anak. Nyatakan dengan jelas hasrat kita. Minta mereka melakukan yang terbaik dan fokus ketika menjawab soalan.

Elakkan Aktiviti Luar

Ada ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti atau melakukan aktiviti luar menjelang peperiksaan. Kononnya nak bagi anak release tension. Tapi ibu bapa tidak sedar yang perbuatan ini akan membuatkan anak-anak keletihan atau hilang fokus. Biarkan mereka mengisi masa di rumah untuk membaca nota ringkas dan membuat latih tubi.

Beri Sokongan Sepenuhnya

Ramai antara kita yang buat kesilapan ini, sama ada kita sedar ataupun tidak. Kita suruh anak ulangkaji, tapi kita tidak menyediakan persekitaran yang tepat. Misalnya, kita sibuk menonton televisyen atau melakukan aktiviti yang bising seperti bertukang. Anak-anak perlukan sokongan kita sepenuhnya. Jangan hanya bagi kata-kata semangat tapi tunjukkan dengan perbuatan. Teman mereka ulangkaji, buatkan minuman dan bantu mereka untuk memahami soalan latih tubi. Pesan juga kepada anak-anak yang lain agar tidak bising. Sokongan seisi keluarga ini akan membuatkan anak-anak rasa dihargai dan dapat fokus dengan lebih baik.

Jangan Bagi Anak Tidur Lewat

Dek kerana takut anak-anak lupa, ada juga ibu bapa yang paksa anak belajar sehingga ke saat akhir. Sampai ke tengah malam, anak masih dipaksa belajar sedangkan esok dah peperiksaan. Perbuatan ini akan membuatkan anak-anak panik, letih dan merosakkan mood anak-anak. Silap-silap anak boleh jatuh sakit. Sepatutnya kita galakkan anak tidur awal agar mereka mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. In Shaa Allah esoknya anak-anak bangun dengan tubuh dan minda yang segar.

Umpan Hadiah / Ganjaran

Manusia akan lebih bekerja keras jika mereka tahu ganjaran yang menanti. Begitulah juga anak-anak kita. Tanya apa hadiah yang mereka mahu. Katakan kepada anak-anak, jika mereka berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka akan mendapat hadiah tersebut. Ganjaran ini menjadi satu motivasi kepada anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh, mereka sendiri yang akan mencabar diri mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang – (bagi Farah, ya bagus untuk motivasi anak, tapi jangan sampai anak-anak nak dapat keputusan yang baik sebabkan nak ganjaran semata… mereka kena tahu apa kepentingan mendapatkan markah yang baik… dan ganjaran tu pula, bukan semua boleh diikutkan…kena yang realistik serta mengikut kemampuan ibu bapa).

Ambil Cuti

Sangat digalakkan untuk ibu bapa mengambil cuti ketika anak-anak menghadapi peperiksaan terutamanya pada hari pertama. Siapkan makanan kegemaran anak-anak sebagai sarapan pagi sebelum mereka melangkah ke sekolah. Jika boleh, hantar mereka ke sekolah, peluk anak-anak dan berikan kata-kata semangat.

Doa dan Solat Hajat

Selepas berusaha, kita kena tawakal kepada Allah. Berdoa dengan sepenuh hati agar anak kita berjaya di dalam peperiksaan. Sebaik-baiknya ajak anak solat berjemaah dan berdoa agar anak dengar apa yang kita mohon kepada Allah SWT untuk dirinya. Jangan lupa lakukan solat hajat.

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan, Ibu Bapa Kena Amalkan

Al-Fatihah - 7 kali
Selawat - 7 kali
Subhanallah - 44 kali
Alhamdulillah - 44 kali
Allah Hu Akbar - 44 kali
Ya Hayyu Ya Qayyum - 21 kali
 
Selepas selesai semua bacaan ini, ibu dan bapa mintalah doa kepada Allah. Sebutkan dengan jelas nama penuh anak dan keputusan peperiksaan anak yang kita mahukan. In Shaa Allah, usaha kita akan membuahkan kemanisan. Smile.

Lagi satu yang Farah nak tambah sedikit… hormati cara anak belajar sekiranya itu yang berhasil buat mereka. Cara belajar setiap individu adalah tidak sama. Kita sendiri sewaktu masih menimba ilmu di zaman persekolahan dan universiti dahulu ada gaya belajar kita yang tersendiri. Macam Farah, Farah akui, Farah kalau nak masuk apa yang Farah belajar atau ulangkaji mesti kena duduk depan televisyen ataupun telinga bersumbat dengan earphone sambil dengar muzik. Cara macam tu jer boleh masuk ke otak apa yang Farah belajar. Lagi satu, mesti ada nota ringkas yang tulis tangan lipat-lipat di tangan untuk di bawa ke hulu ke hilir untuk Farah menghafal. Sehinggakan ke saat-saat akhir sebelum masuk dewan peperiksaan pun, masih nak baca nota tu lagi. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi! Mesti sendirian! Tak boleh orang lain kacau…

Macam tu jugalah anak-anak kita, kita sebagai ibu bapa kena faham cara dan gaya pembelajaran mereka. Bagi kita mungkin belajar yang efektif itu kena duduk diam-diam dalam bilik belajar dan fokus. Tapi mungkin pada mereka, mereka ada cara mereka yang tersendiri. Sekiranya cara mereka belajar itu membuahkan hasil. Biarkan mereka dengan cara mereka. Jika tidak, barulah kita direct and lead mereka untuk belajar dengan cara yang betul dan efektif.

*Bila anak-anak exam, ibu bapa pun exam sama… Winking smile… Firash? Tak ada apa nak cerita sangat tentang exam dia… Semoga dapat menjawab dengan baik sahaja ya nak…Mommy doakan… Apa pun keputusan Firash pada tahap ini, Mommy akan support dan Mommy akan bantu sebaik mungkin.  Kalau dapat keputusan yang baik… nanti Mommy belanja makan makanan favourite Firash… Ha ha ha… Tak apa, pelan-pelan kayuh… Yang penting Firash tunjukkan perkembangan yang baik serta positif dari semasa ke semasa…Masih ada masa untuk Firash build up slowly… Mommy sentiasa ada di belakang Firash setiap masa, setiap saat… In Shaa Allah…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !