Dalam keadaan darurat (daruratlah sangat kan?) ha ha ha…
… Mak-mak yang bawa anak-anak kecil untuk sesi outing terkadang terlupa atau malas nak jinjing botol air suam disebabkan terlalu banyak sangat barang-barang si kecil yang perlu dibawa untuk sesi outing. Nanti kalau dah banyak sangat barangnya, terasa macam nak pindah rumah pun ada. Muahahaha….
. Farah mengaku yang sewaktu Firash bayi dahulu, sememangnya Farah rajinlah usung botol air suam dan juga thermos air panas sebagai spare untuk membancuh susu formula Firash sewaktu outing. Bila dia sudah semakin membesar… kemalasan nak bawa banyak benda bersama-sama ketika outing itu telah mula memunculkan dirinya… Hik hik hik… Bila dah malas tu… Langkah paling mudah untuk menyediakan susu formula Firash adalah dengan pergi ke stesen minyak Petronas yang ada menyediakan air panas untuk membancuh susu formula Firash. Setakat ni belum lagilah Farah gunakan air mineral untuk bancuh susu formula Firash, tetapi ada ke mak-mak yang pernah mengambil jalan pintas dengan membeli air mineral dan bancuh susu formula anak? Farah sajalah nak kongsi dengan anda semua tentang Info Penting! Nak Bancuh Susu Anak Guna Air Mineral? Ketahui Perbezaan Warna Penutup Air Mineral. Supaya kita semua tahu tentang perkara ini.
Kena tahu ya… sebab ada artikel yang telah dikeluarkan berbunyi Jangan Bancuh Susu Formula Bayi Guna Air Mineral. Boleh Bahayakan Buah Pinggang!. Sebelum semua mak-mak jadi keliru, semua ayah-ayah jadi keliru…Betul ke? Tak betul ke? Dan sebelum ramai ibu bapa tersalah menggunakan air minuman komersial untuk kegunaan membancuh susu formula bayi atau anak-anak kecil masing-masing… Meh sini baca entri Farah pada kali ini yang berkaitan dengan perkara ini.
Sebaiknya sebelum membeli air mineral, ibu bapa hendaklah membaca terlebih dahulu label di botol, jika tidak pun sekurang-kurangnya anda sudah tahu setiap warna penutup itu mewakili maksud apa. Sepertimana yang dikongsikan oleh artikel yang dimuatnaikkan di pautan INI, menurut laman web rasmi Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, secara amya semua air adalah sama, hanya kandungan bahan larut seperti mineral, bahan cemar dan bahan organik sahaja berbeza. Perbezaan ini, bergantung kepada jenis punca, kaedah rawatan yang digunakan dan pemprosesannya. Ada pengguna yang keliru apabila membaca tentang pelbagai kaedah rawatan air tersebut seperti osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O. Water, air suling dan ozone water. Sebenarnya ia adalah jenis-jenis proses rawatan ke atas air yang dilakukan untuk air minuman berbungkus.
Secara amnya proses rawatan tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman. Sebagai pengguna, anda harus tahu membezakan di antara air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus yang dibotolkan. Cara paling mudah iaitu membaca label dan melihat warna penutup botol. Penutup berwarna putih untuk air minuman berbungkus dan pelbagai warna untuk air mineral semula jadi.
Penutup Biru
Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar. Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak boleh diperkaya / diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral. Ia akan dilabelkan sebagai air mineral semula jadi.
Penutup Putih
Semua punca air yang selamat seperti daripada sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air). Perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Boleh mengandungi garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida. Jika anda pernah terbaca tentu perasan air botol berpenutup putih hanya dilabel sebagai air minuman atau “drinking water” dan harganya lebih murah berbanding air mineral berpenutup biru.
Penutup Hijau
Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar. Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak boleh diperkaya / diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral. Ia akan dilabelkan sebagai air mineral semula jadi. Biasanya kandungan mineral dan lokasi tempat pengambilan air akan tertera di label botol air mineral tersebut.
Maksudnya hanya air minuman yang berpenutup warna PUTIH (air minuman berbungkus) sahaja yang selamat digunakan sebagai air untuk membancuh susu formula anak. Ini kerana piawaiannya sama seperti air paip. Tetapi ia mesti dididihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
Sumber Asal: Kementerian Kesihatan Malaysia
tq for sharing
ReplyDeleteSekarang baru tahu beza penutup tu..tq info
ReplyDeletemaaf rasenye penutup warne biru lebih sesuai..sb tidak boleh ditambah mineral..bayi xperlukannye..
ReplyDelete