Ibu Menyusu | Tips Memilih Pam Susu Bagi Ibu Berkerjaya

Farah Waheda Wahid
0
TIPS MEMILIH PAM SUSU UNTUK IBU BEKERJAYA

Kisahnya… rupa-rupanya tidak semua pam susu itu adalah praktikal untuk ibu yang bekerjaya. Memerlukan penelitian dan juga pemilihan yang tepat untuk pembelian pam susu yang tepat bagi melancarkan aktiviti mengepam susu bagi ibu-ibu yang bekerja. Ibu bekerjaya memerlukan pam susu yang praktikal bagi membantu diri mereka mengosongkan payudara secara efektif sewaktu di dalam waktu bekerja. Oleh sebab itulah, pam yang efektif sangat penting untuk dititikberatkan bagi menjayakan penyusuan susu ibu. Ibu Menyusu | Tips Memilih Pam Susu Bagi Ibu Bekerjaya  - perkongsian dari Farah melalui artikel di SINI.

Bajet

Membeli sesuatu perlu sesuai dengan kemampuan. Pam yang mahal tidak semestinya bagus. Apa yang penting, anda kerap mengepam untuk mengosongkan payudara. Jika mahu berjimat, anda boleh beli ketika promosi jualan murah. Namun, selidik dahulu harga pam sebelum promosi diadakan.

Jenis

Secara umumnya, terdapat empat jenis pam iaitu manual, beroperasi menggunakan kuasa bateri, elektrik dan gabungan bateri + elektrik. Jika memilih manual, anda mengepam menggunakan tenaga fizikal dan mental. Agak meletihkan tetapi harganya murah. Ia sesuai untuk anda yang jarang mengepam. Pam yang memerlukan bateri memerlukan anda memastikan jangka hayat bateri mampu bertahan lama. Sementara itu, pam yang menggunakan kuasa elektrik mudah dan tidak memenatkan. Paling seronok jika dapat memiliki pam yang mempunyai dua cara operasi iaitu bateri dan elektrik.

Keselesaan

Aspek ini penting untuk dititikberatkan. Pastikan, corong pam yang akan dilekapkan ke payudara mempunyai alas getah yang lembut dan selesa.

Daya Tahan

Pilih pam yang mempunyai ketahanan tinggi kerana anda akan gunakannya untuk jangka masa yang lama. Jangan pilih pam semata-mata promosi harga murah. Dicadangkan, dapatkan pam yang memiliki motor yang mampu bertahan untuk sesi pengepaman yang kerap. Rujuk kepada jurujual dan tanya pendapatnya tentang setiap pam yang dijual.

Daya Hisapan

Pam yang ingin dimiliki seharusnya mempunyai ciri hisapan sama seperti bayi menyusu. Untuk itu, dapatkan senarai pam yang dimaksudkan menerusi carian internet. Dengan yang demikian, pam yang memiliki ciri sebegini akan membantu anda mengeluarkan susu dengan lebih lancar. Malah, ia juga membuatkan anda berasa selesa dan tidak menyakitkan.

Alat Ganti

Seboleh mungkin, dapatkan pam yang mempunyai bahagian mudah tanggal dan dipasang semula agar memudahkan anda membersihkan pam. Pastikan alat ganti pam berkenaan mudah didapati sekiranya ada mana-mana bahagian pam mengalami kerosakan ataupun hilang. Sementara itu, perlu anda tahu, pam jenis elektrik dan beroperasi menggunakan bateri perlu kerap diselenggarakan dalam tempoh waktu tertentu. Dalam pada itu, adalah penting untuk anda memiliki pam yang mempunyai jaminan. 

Bunyi

Aspek ini pun perlu dipertimbangkan. Dapatkan pam yang senyap atau kurang bunyi. Hal ini penting agar anda dapat mengepam dengan selesa tanpa diketahui ramai bahawa anda sedang menggunakan pam untuk mengumpulkan susu ibu perahan.

Mobiliti

Pam yang bagus adalah jenis yang fleksibel untuk anda bawa ke mana-mana. Tentu anda tidak selesa untuk menggunakan pam yang mempunyai banyak bahagian yang perlu dibawa ke sana-sini sewaktu bertugas di luar pejabat. Bukan itu sahaja, saiz dan berat sesebuah pam juga adalah berbeza di antara satu sama lain. Ada yang ringan, berat, kecil dan ada juga yang besar. Bagi anda yang kerap bertugas di luar pejabat, adalah lebih baik jika anda mempertimbangkan pam yang ringan, kecil dan mudah untuk dibawa.

Tunggal Atau Berganda?

Anda perlu memilih sama ada mahu mengepam menggunakan pam tunggal atau berganda. Namun anda amat digalakkan untuk memilih pam berganda kerana ia bagus untuk membolehkan anda mengepam kedua-dua belah payudara serentak disebabkan oleh kekangan masa yang terhad.

Jenama

Di pasaran, terdapat lambakan jenama pam payudara. Antaranya Medela, Avent, Spectra, Modu, Nuby, Tommi Tippee, Ameda, Unimom, Anakku, Pureen dan banyak lagi. Terpulang pada anda untuk memilih. Apa yang penting, anda perlu cuba uji terlebih dahulu sebelum membeli pam yang diidamkan.

Dulu pernahlah berangan nak beli Medela lah…Avent lah…Tommi Tippee lah… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sudahnya… Anak bujang tu tak menyusu pun… Minum susu formula jer… Makanya… Memang tak merasalah memakai pam susu bateri + elektrik. Ada dulu pun, jenama Pureen jer… yang manual tu…Tu pun sekejap sangat pakainya… Letih ooo pakai yang manual… Sakit jugak tangan…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !