Kisahnya… Semalam adalah hari pertama bekerja di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Seperti biasa, Farah ni memang suka tersenyum dan memang suka ceria-ceria jer selalu walaupun masalah macam batu besar atas kepala ni ha. Kalau boleh sorok nak sorok lagi dari orang lain. Ha ha ha…
. Samalah juga halnya bila tiba bulan Ramadhan… Walaupun bulan puasa, Farah tetap jer tersenyum ceria seperti hari-hari yang lain. Dah tu?
Takkan semata-mata sebab bulan puasa Farah nak duduk monyok dan nampakkan muka lapar serta letih… Muahahaha…
… Puasa-ouasalah juga kan? Kehidupan tetap perlu diteruskan seperti biasa, kerja-kerja pejabat tetap perlu dijalankan seperti biasa. Tak termaktub dalam mana-mana peraturan yang bulan puasa tak boleh bekerja seperti biasa dan aktif seperti biasa. Hu hu hu… Sampaikan ada yang bertanya… “Kak Farah… Puasa ke tidak ni? Segar jer… Happy jer…”…Hu hu hu… Alaaaa… nak tau ke? Cara kekal cantik & segar pada bulan Ramadhan Al-Mubarak! Meh sini rapat-rapat meh…
Sebelum apa-apa, ni bukan nak kata diri ni cantik ke apa ya? Cantik itu subjektif… Kalau dari segi rupa paras… Sis ni biasa-biasa jer dik non… Ha ha ha… Tak adalah jatuh kategori cun melecun ataupun ratu cantik ke mahupun ratu kebaya ke apa uolsss…Tapi syukur Alhamdulillah, cukup sifat, cukup serba-serbi Allah anugerahkan… Syukran, Ya Allah…
…
Yang benarnya, tak adalah susah mana pun cara kekal cantik & segar pada bulan Ramadhan Al-Mubarak! Cuma benda-benda dan rutin basic sahaja yang perlu konsisten. Semua tips-tips ni pun, Farah belajar dengan fikir sendiri dan juga belajar dari hasil pembacaan secara rambang di sana-sini. Alhamdulillah, berhasil juga rupanya ya? Ekekeke… Bila dah berhasil, bila ada yang dah berbunyi… Barulah boleh kongsi bagaimana caranya… Kalau tak berhasil…Malu aihhh nak kongsi… Silap-silap haribulan, tak pasal-pasal sendiri mengundang nak kena kecam oiiii… Zaman sekarang zaman orang suka sangat jadi sarkastik dan kecam-mengecam… Malas nak terlibat dengan bab sarkastik dan kecam-mengecam ni kalau boleh… Hu hu hu…
Caranya? Jom ikuti apa yang Farah nak senaraikan di dalam entri Farah pada kali ini.
Minum Air Putih
Air putih atau air suam, sangat baik untuk menjaga kecantikan sama ada di bulan Ramadhan mahupun bukan bulan Ramadhan. Kandungan oksigen, nitrogen dan mineral pada air putih sangat berguna untuk mencegah kekeringan kulit, melancarkan aliran pembuluh darah serta membantu pembuangan toksin dengan cara melancarkan metabolisme tubuh.
Membersihkan Wajah Secara Teratur
Tips untuk tampil cantik dan segar selama bulan Ramadhan yang kedua adalah membersihkan wajah secara teratur. Ini adalah merupakan kunci utama untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah, bersih dan bebas jerawat. Cuci wajah sebelum tidur untuk membersihkan sisa solekan dan menghilangkan bakteria yang menempel pada wajah. (Bulan puasa ke tak ke…tetap kena rajin cuci wajah oiii…kalau tak nak muka kusam, berjerawat segala bagai…).
Gunakan Pelembab Dan Sunblock
Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, tubuh akan kekurangan air. Ini menyebabkan kulit dan juga bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Untuk mengatasi masalah ini, kenalah guna pelembab. Pelembab berguna untuk melembabkan kulit dan bibir. Selain menggunakan pelembab, sunblock kena guna juga pada wajah. Pilihlah sunblock yang memiliki kandungan SPF 30. Sebabnya ini akan membantu untuk mencegah kulit dari terbakar dan dapat mengelakkan kulit dari terkena sinaran matahari secara langsung.
Rajin-Rajin Makan Buah-Buahan Dan Sayur Ketika Sahur Serta Berbuka Puasa
Selain dapat segarkan nafas, memakan buah dan sayur sewaktu bersahur dan berbuka puasa adalah satu cara yang efektif untuk tetap segar dan cantik di bulan puasa. Pilih buah yang kaya dengan air seperti tembikai, betik, limau, pear dan lain-lain untuk menjaga kecantikan serta kesihatan semasa bulan Ramadhan.
Cuba Dapatkan Tidur Yang Cukup
Diakui, ini agak payah bagi Farah, tapi macam mana cara sekalipun, ha ha ha…Farah akan curi-curi untuk cover balik tidur yang tak cukup tu… Cumanya sejak 3-4 hari kebelakangan ni, tak boleh nak cover… Anak bujang demam panas…Sampai mencecah 39.4 suhu dia… Penting tidur ni… Memiliki kualiti tidur yang baik merupakan salah satu kunci untuk mendapatkan tubuh yang segar. Sebenarnya kalau diikut-ikutkan kita perlu tidur 7-8 jam sehari. Tapi biasalah, mak-mak ni susah sikit nak capai 7-8 jam tu… Hua hua hua…Kannn? 
Dah tu jerlah yang Farah amalkan…lain-lain tak der kot rasanya? Farah ni tak adalah buat rutin penjagaan diri dengan cara yang sangat complicated dan agak macam Farah sendiri tak boleh nak konsisten atau cope up. Ukur baju di badan sendiri kaedahnya… Farah lebih suka kepada cara yang mudah dan ringkas… Lagipun masa kan mencemburui… Kena curi-curi oiii… Ha ha ha… Untung sabut timbul, untung batu tenggelam…Kalau anak dah ada dalam centre of focus dan tanggungjawab lain dah muncul… Bagi Farah, kalau dah complicated sangat rutin penjagaan diri…silap-silap haribulan mau terbabas tak dan nak buat… Hu hu hu… Jadi bila awak ni dah sedar diri akan kekangan yang ada… Buatlah apa yang patut yang bersesuaian dengan diri sendiri…. Customized ikut kesesuaian diri sendiri…
bagusnyer Farah
ReplyDelete