Gambar diubasuai dari sumber dari Google |
Pertanyaan khusus yang ditujukan kepada pemandu Hawa.
. Haippp! Pemandu Adam jangan sibuk-sibuk nak tolong jawab dan beritahu pemandu Hawa pula. Ekekeke…
. Ke ada juga di antara pemandu Adam yang tak tahu? Apa yang anda tahu bila LAMPU AMARAN ALADDIN menyala?
17 tahun pegang lesen memandu, 17 tahun memandu atas jalan raya. Nak kata luas pengalaman dan serba tahu tu taklah juga. Ini mengaku siap-siap ni. Tapi, setakat nak lepaskan diri dan selesaikan serba sedikit masalah kenderaan tu bolehlah… Cumanya selama 17 tahun pegang lesen, ini baru pertama kali berlakunya insiden LAMPU AMARAN ALADDIN menyala!
Kejadian berlaku pada hari Sabtu yang baru sahaja berlalu sewaktu perjalanan balik dari satu destinasi bersama Firash. Sesampainya di tol Lebuhraya Guthrie, Farah terperasan yang LAMPU AMARAN ALADDIN mula berkelip-kelip. Mula-mula frekuensi kerlipan adalah agak perlahan dan jarang-jarang. Kemudiannya, semakin lama semakin laju kerlipan.
Dari memandu ibarat memandu di Litar Lumba Sepang…
, terus perlahankan kelajuan kenderaan. Waktu tu Firash tidur pula tu… Hu hu hu… Risau juga kalau breakdown tengah-tengah jalan raya. Cuma tawakal jer supaya sempat sampai ke rumah. Alhamdulillah, sempat sampai ke rumah.
Apakah Maksud LAMPU AMARAN ALADDIN Menyala?
Ok baiklah, ini jawapannya bagi anda-anda yang mungkin tidak dapat meneka tentang maksud LAMPU AMARAN ALADDIN menyala. Macam ni, apabila LAMPU AMARAN ALADDIN menyala ia membawa kepada pelbagai kemungkinan ke atas kenderaan yang sedang anda pandu. Maksud LAMPU AMARAN ALADDIN itu ialah takat / isipadu / takuk / tahap minyak enjin. Itu namanya minyak enjin kurang.
Apa Perlu Dilakukan Bila LAMPU AMARAN ALADDIN Menyala?
Kalau sewaktu kenderaan sedang bergerak, sepertimana yang berlaku kepada Farah tempoh hari, sepatutnya anda perlu memperlahankan kenderaan yang sedang dipandu dan cari mana-mana bengkel yang berdekatan atau stesen petrol yang berdekatan sementara nak sampaikan ke rumah. Biarkan enjin sejuk dan buka bonet depan, tarik besi penyukat dan tengok minyak enjin cukup ataupun tidak. Jika tak cukup sila tambah minyak enjin untuk sampaikan ke rumah.
Sampai rumah, sejukkan enjin dulu, kemudian selepas enjin sejuk, buka bonet depan sekali lagi dan tarik semula besi penyukat dan tengok minyak enjin yang ditambah tadi kurang ke tidak? Kalau kurang juga?
Punca Minyak Enjin Kurang
Sumber dari Google |
Sumber dari Google |
Punca yang menyebabkan minyak enjin kurang ada beberapa kemungkinan:
1. Ada kehausan pada blok dan piston. (calar).
2. Gred minyak atau kepekatan minyak tidak sesuai dengan enjin kenderaan.
3. Ada kebocoran.
4. Enjin cepat panas akibat radiator tidak berfungsi dengan baik.
Kesan Meneruskan Pemanduan Sekiranya LAMPU AMARAN ALADDIN Menyala
Ada juga sesetengah orang yang akan meneruskan pemanduan kerana berfikir masih sempat sampai ke bengkel. Masih sempat untuk menyelamatkan keadaan. Ini tidak dinafikan. Macam Farah hari tu, teruskan pemanduan secara perlahan walaupun enjin dah mula gegar. Sebabnya, sikit jer lagi dah nak sampai rumah. Salah sepatutnya. Tu sebab Farah kata Farah tawakal jer… Hu hu hu… Kena sampaikan rumah juga sebab Firash tidur. Apa-apa hal kena hantar dia balik dulu sebelum selesaikan masalah LAMPU AMARAN ALADDIN menyala tu.
Sebenarnya kalau minyak kurang dan kenderaan masih lagi dipacu ianya boleh memendekkan jangka hayat enjin kenderaan. Boleh jadi, enjin barai ataupun memberi kesan kepada gear box. Jammed.
Penyelesaian?
Hantar pergi bengkel atau pusat servis ya. Cuma jangan percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh mekanik. Kena ada ilmu juga. Sebab ramai mekanik akan ambil kesempatan ke atas masalah kenderaan anda.
. Minyak enjin atau minyak hitam sudah berkurang mungkin ada kebocoran ataupun minyak itu tidak berjalan ke serata enjin. Kalau semuanya ok, minyak ada, minyak pun jalan, sensor rosak lah tu. Kalau menyala tengah jalan, macam Farah katakan tadi, cepat-cepat berhenti periksa takat minyak hitam anda, kalau kurang jangan terus jalan, beli dan tambahkan sikit baru jalan.
Semoga perkongsian pengalaman ini, memberikan manfaat buat semua.
.
*Sementara masalah LAMPU AMARAN ALADDIN selesai, beberapa hari ni kita merasa memandu Saga FLX sementara untuk ulang alik ke pejabat.
nice info. tengah google aladdin lain, terkeluar pasal lampu aladdin ni pulak. tapi tak rugi baca! thanks
ReplyDeletemy pleasure. thanks for reading. :-)
Delete