Things I Do LESS After I Became A Mom!

Farah Waheda Wahid
4
THINGS I DO LESS AFTER I BECAME A MOM!

All mothers… All mothers ya? Ha ha ha… Open-mouthed smileFace this crossroad of parenting. Some sort of confessions from a mother of one (3 years 6 months old) on the things I do LESS after I became a Mom!

Pergi Ke Sesuatu Tempat Tanpa Tujuan

Tutup mata dan katakan secara halusinasi, “Saya nak pergi ke mall! Wanna drive over to that area and pick a place to eat?”. Semata-mata nak cuci-cuci mata secara rambang, nak window shopping… Tak ada tujuan tertentu jika nak ke mana-mana…. Rasa nak pergi tu, pergi jerlah… Tak perlu nak fikir apa-apa lagi… Takkk… Bukan macam tu dah… Jika nak ke mana-mana mesti bertujuan. Sekurang-kurangnya nak beli barang dapur ke? Nak cari barang-barang tertentu ke? Kalau tidak…memang taklah nak ke sesuatu tempat tanpa sebarang tujuan. Dulu… bolehlah noksss… Masa sebelum melahirkan anak… Tapi sejak-sejak hamil 4 tahun yang lalu… bermula dari saat itu, kalau nak ke mana-mana mesti dengan tujuan. Kalau tak ada tujuan tertentu, lebih prefer untuk duduk diam-diam dalam rumah… Muahahaha… Open-mouthed smile

Tonton Televisyen

Jarang sangat-sangat dapat peluang nak menonton televisyen dan menonton apa-apa yang ada di televisyen. Kalau televisyen tu, memang senantiasa saluran kartun. Kalau tak Disney Junior? Disney Channel… Kalau tak Disney Channel? Disney XD… Kalau tak Disney XD, Nickelodeon… Kalau tak Nickelodeon, Astro Ceria.. Ikut mana kehendak hati si anak bujang. Memang macam seolah-olah televisyen tu khas untuk dia sahaja. Open-mouthed smile. Kita ubah saluran lain, dia ubah saluran kartun semula. Pandai dah… Pandai dah tekan-tekan alat kawalan jauh Astro tu dah… Nak tak nak kena mengalah… Takkan nak berebut televisyen dengan anak pula kan? Ada masa, marathon secara atas talian jer.

Duduk Bersantai, Selak-Selak Majalah

Ini lagilah jarang nak dapat buat oiii… Kalau selak-selak majalah pun… Sehelai dua helai… Mommy? Sit down here… Dia ajak duduk menghadap dia main atau buat apa sahaja. Tak kisahlah apa dia buat janji Mommy dia ni ada tercogok di hadapan mata dia dan duduk perhati serta layan dia main atau buat apa sahaja. Memandangkan sekarang ni dia sedang becok bercakap dan di dalam fasa nak mem-fasih-kan pertuturan dia, memang dia ajak Mommy dia layan dia bercakap atau berborak jer lah. Dia suka bercerita dan ada-ada sahaja cerita rekaan dia. Hua hua hua… Kadang-kadang bila susah nak faham atau tak faham pun, kena cuba fahamkan atau kalau dah tak faham sangat, kena buat-buat faham demi nak jaga hati dia. Dahlah dia sensitif… Cepat sentap! Jadi nak tak nak kena pretend yang kau faham apa yang dia ceritakan. Demi anak… Makanya nak selak majalah tu…memang kebarangkalian 2 kali dalam setahun kot? Ha ha ha… Open-mouthed smile. #ehhh kejap! Bila kali terakhir Farah selak dan baca majalah di rumah ek? Ha ha ha…rasa macam dah lama sangat tak buat benda ni.

Kemaskini Blog Dengan Tenang

Ho ho ho… Ketenangan ini sudah seakan terlalu lama lenyap. Ekekeke…. Tak salahkan anak pun. Cuma nak cerita jer dengan anda. Bukan mudah nak juggle life dengan kehidupan harian dan pastikan blog ni sentiasa hidup dan tidak mati. Kadang-kadang tu, sendiri terasa macam tak cukup-cukup nafas. Tapi demi minat, apa pun Farah redah. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Orang kata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ramai yang fikir Farah senantiasa ada masa untuk kemaskini Bubblynotes.Com tetapi hakikatnya, Farah sememangnya terkejar-kejar. Di pejabat, memang takkanlah nak kemaskini blog sebab bunyinya macam abuse waktu kerja dan tidak mahu masalah yang membabitkan periuk nasi di kemudian hari. Pengalaman setelah bergelar pekerja yang makan gaji dan juga blogger separuh masa setelah beberapa tahun. Memang tak ada jalan lain, kalau nak tenang kemaskini blog, kau kena tunggu anak lena di alam mimpi dulu dan kemudiannya barulah kau boleh mulakan kerja-kerja men-draf entri blog kau. Tu jerlah cara dan jalannya.

Tapi bagus juga sebenarnya, membantu di dalam enhancing multitasking skills diri kita. Latih diri untuk menjadi seorang multitasker yang lebih baik. Al-maklumlah semua mak-mak nak kena jadi multitasker yang baik kan? Winking smile. Syukur Alhamdulillah, walaupun juggling masih lagi mampu nak hidupkan Bubblynotes.Com ni ha. Dah namanya sumber pendapatan sampingan. Tak seberapa pun pendapatannya berbanding blogger-blogger ternama di luar sana. Tak berapa nak hadam Google Adsense pun… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Memang tak khatam lagi belajar mengenai Google Adsense ni… Orang kata fasa baru lahir… Tapi bolehlah…lepas juga duit susu formula anak bujang tu. Lepas juga buat-buat isi petrol pergi balik pejabat.

Shopping

Ini lagilah… setahun boleh kira dengan jari berapa kali shopping. Tak habis sebelah tangan pun kiraan jari. Memang susah sangat nak shopping untuk suka-suka, untuk self-reward, untuk diri sendiri. Jika dulu Farah adalah seorang penggumpul beg tangan, penggumpul kasut, penggumpul aksesori serta pakaian… Sekarang tidak lagi. Apa yang ada, itulah jerlah dikerjakan dengan lunyai. Kosmetik pun pakai jimat-jimat noksss… Bajet sebelum ada anak tak sama dengan bajet selepas ada anak. Kadang-kadang rindu juga nak shopping macam dulu-dulu. Tetapi bila memikirkan anak, tak mengapalah kita mengalah. Janji keperluan anak cukup. Bila keperluan anak tak cukup tu yang jadi huru-hara tu. Hu hu hu… Sehinggakan baju raya sendiri pun dah berapa tahun tak pernah nak beli. Mujurlah ada yang sudi yang nak sponsor… Ngeee… Tahun ni ada lagi ke yang nak sponsor baju raya Mommy Firash? Smile with tongue out. Tapi bagus juga tu bila dah sebelah tangan pun kiraan jari tak habis dengan aktiviti shopping… Boleh ajar diri sendiri berjimat dan bersyukur dengan apa yang ada. Pakai jerlah apa yang ada. Ada lagi orang di luar sana yang lebih kekurangan. Jadi bersyukurlah. Sekurang-kurangnya ada juga.

Lepak Minum Kopi Dan Keluar Malam

Taklah kata yang Farah ni suka keluar malam. Tapi salah satu aktiviti dengan kawan-kawan sewaktu sebelum lahirnya Firash adalah menghabiskan masa berkumpul di mana-mana coffee parlour yang ada ataupun mamak. Saja… get-to-gather kaedahnya. Bersantai. Yang ini, memang jarang sekali dan setahun sekali pun belum tentu lagi noksss… Masing-masing dah sibuk dengan kehidupan masing-masing… masing-masing dah ada fokus kehidupan masing-masing. Mommyhood is a busy, neverending, demanding world of diaper changes, bottle and breastfeedings, sleepless nights, laundry, dinner and homework checking. Upon becoming pregnant, we moms are so focused on preparing for the new baby that we very seldom consider how to navigate this transition and affect our own personal growth once baby is born. Most of us spend our time planning pediatrician visits, searching for baby items and interviewing potential sitters.

Sebenarnyalah kan… we must redefine who we are once we become a mother – all with less sleep, clarity and the greatest responsibility that we have ever had to assume. And it isn’t just new mothers that struggle with having to constantly adjust either. In motherhood, we are the imposters in our own lives. And it is the result of the admirable quality of wanting to give everything to our children. Also, you share more of who you are with your children as you connect with the woman you once were. Banyak perkara berubah tapi Farah tak rasa regret dan Farah tak rasa rugi. Nak merungut jauh sekali. Cuma sesekali tu terasa nak buat perkara-perkara yang dah lama tak buat. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Sebab tu, ramai dah pesan… enjoy… enjoy… enjoy puas-puas sebelum ada anak… Sebelum ritma kehidupan berubah. Itu hakikatnya, memang akan berubah.

Tapi! Pointing up Tak siapa kata, sebagai seorang ibu kita langsung-langsung tak boleh lakukan perkara-perkara sebegini di dalam kehidupan kita… Ada masanya… Kita sebagai ibu tahu bila masanya yang bersesuaian dan akan sampai satu kitaran masa nanti, kita boleh melakukannya sekali lagi dengan lebih kerap jika kita mahu lah… Apabila anak-anak sudah semakin meningkat usia. Sebagai ibu, tahun-tahun awal adalah tahun-tahun yang mana kita sepatutnya cherish anak-anak… enjoy motherhood to the max… Bila anak dah semakin membesar nanti, keadaan dah tak sama dan keadaan tidak serupa lagi. Masa tulah nanti kita akan rindukan waktu-waktu mereka bayi dan kanak-kanak. Makanya selagi ada masa, nikmatilah pada tahap maksima. Tak perlu rasa rugi jika kita jarang-jarang dapat melakukan perkara yang kita suka untuk diri kita dan kehidupan kita berbeza dari ibu-ibu lain yang mungkin tidak ada bezanya dengan zaman sebelum ada anak. Kehidupan setiap seorang individu itu ada coraknya yang tersendiri dan tidak serupa. Winking smile

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sama la Kita ... Tapi ada org boleh buat tnp anak walaupun dah beranak...

    ReplyDelete
  2. betul2! sangat setuju dgn semua point awak ! heee

    ReplyDelete
  3. me-time makin kurang bila komitmen hidup kita pun berubah ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !