Sekali PEDIASURE, Selamanya PEDIASURE

Farah Waheda Wahid
0
SEKALI PEDIASURE, SELAMANYA PEDIASURE

Sekali PEDIASURE, selamanya PEDIASURE. Hakikat ataupun mitos? Ini adalah berdasarkan pengalaman Farah sebagai seorang ibu yang menyusukan anak secara penyusuan susu formula. Bila anak sudah mula menyusu susu formula PEDIASURE, berdasarkan apa yang dilalui… susah bagi anak untuk menerima susu formula dari jenama lain. Hakikat mahupun mitos sebenarnya memang bergantung pada penerimaan anak secara individu dan anak-anak ni tidak sama antara satu sama lain. Harga setin susu formula PEDIASURE 1.6 kg adalah bermula di dalam lingkungan RM 143.95 (Speedmart), RM 156.00 (Jaya Grocer) sehingga RM 167.00 (TESCO). Bergantung kepada promosi yang dijalankan.

Biasalah, bila anak menyusu melalui cara penyusuan susu formula ni, kena pandai main harga. Kena rajin survey. Harga di satu pasar raya tidak sama dengan satu pasar raya yang lain. Ada juga yang berpendapat pembelian secara atas talian adalah lebih murah. Sekali lagi, berdasarkan pengalaman sendiri TAK TENTU JUGA. Bergantung kepada promosi semasa yang sedang dijalankan dan ada waktu-waktunya tak murah mana pun. Jadi seakan tidak ada bezanya. Kecuali… ada yang menjual dengan harga borong melalui laman media sosial. Itupun sebenarnya kalau ikut-ikutkan tidak berapa banyak perbezaannya. Bila tambah tolak kos penghantaran dan segala bagai, harganya akan jadi lebih kurang sama.

Bukan berlagak nak memberikan anak minum susu formula yang mahal dan tidak sepadan dengan kemampuan poket sendiri. Asalnya, ianya adalah atas nasihat doktor pakar kanak-kanak apabila satu ketika dulu berat badan Firash dikategorikan sebagai underweight dan disebabkan Firash tidak mahu makan nasi langsung-langsung setelah insiden ulser di dalam mulut. Memang sejak terkena ulser dalam mulut beberapa tahun yang lalu, Firash tidak mahu makan nasi langsung ataupun makan apa-apa jenis makanan sekalipun. Susah sangat nak tengok dia nak makan. Sebab risau anak tak nak makan, bawa berjumpa doktor pakar kanak-kanak dan dapatkan khidmat nasihat doktor pakar kanak-kanak. Hasilnya, dia dicadangkan supaya diberikan susu formula PEDIASURE.

Dari situlah Firash mula menyusu susu formula PEDIASURE dan hasilnya… Alhamdulillah…Berat badan Firash kembali kepada berat badan ideal dan dia sudah mula mahu makan walaupun di dalam kuantiti yang sedikit. Anak tak nak makan langsung? Hati mana yang tak risau oiii! Sekadar minum susu jer, kenyang ke bila semakin membesar? Nutrien makanan tak ada! Jadi haruslah lakukan sesuatu kan? Hati Farah tak cukup kuat untuk berkata tak apa… Belum tiba masa dia nak makan. Terkilan tau tak? Bila kita sedap-sedap makan nasi dan macam-macam jenis lauk dan makanan yang sedap tetapi anak tak makan sekali. Mana boleh? Kuat ke hati ni? Sorry to say… hati Farah tak menyampai dan tak cukup kuat.

Jujur diakui yang sebulan sahaja perbelanjaan untuk susu formula Firash mencecah lebih kurang more or less RM 668.00. Crying face menangis poket! Taklah kata nak berkira dengan anak. Dah namanya pun anak. Tanggungjawab yang Allah dah amanahkan kan? Terima seadanya dan janganlah kata Farah memuatnaik entri ini disebabkan Farah nak berkeluh-kesah dan mengungkit dengan anak. Ini adalah perkongsian cerita jer. Nak bagi tahu yang memang bila anak dah mula menyusu susu formula PEDIASURE, dia tidak mahu susu formula yang lain. Sedap sangat ke? Open-mouthed smile Itu tak dapat Farah nak pastikan sebab Farah kan tak minum susu. Lactose intolerant.

Memandangkan ekonomi sekarang sememangnya semua orang terasa akan bahangnya dan sejak beberapa menjak ini ada masalah peribadi yang tidak perlu diceritakan telah berlaku, Farah cuba menyusun semula bajet perbelanjaan dan berhajatlah di hati nak downgrade susu formula Firash kepada susu yang lebih murah. Hajatlah ni hajat… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Kebetulan pula susu Firash pada bulan ini tidak cukup! Sebab sejak kebelakangan ini dia rajin dan suka sangat meratah susu macam tu jer.

Farah cuba untuk downgrade kepada susu yang lebih murah harganya. Demi tak nak sekali rentap downgrade kepada susu formula yang boleh didapati dengan mudah, murah dan mampu milik, Farah cuba belikan susu Enfagrow A+ Step 4 untuk dia. Kira murahlah sikit kan? Daripada PEDIASURE.

SEKALI PEDIASURE, SELAMANYA PEDIASURE (2)

Berkobar-kobar semangat Mommy dia ni nak downgrade dan berikan susu formula baru. Bancuhlah dengan harapan yang dia akan ok dengan susu formula yang baru ini. Ihiksss… Open-mouthed smile. Bila dah bancuh, Firash pun dah sua botol susu ke mulut dia… Ini bab yang agak menyedihkan… Dia terus tolak! Tak nak minum setelah dia rasa sedikit susu formula yang dibancuh tu. Farah cuba suakan sekali lagi. Dia tetap tolak. Kononnya tak apalah ambil masa untuk sesuaikan dia dengan susu baru. Sewaktu mata dia dah terpejam… dah tidur lena, Farah suakan sekali lagi ke mulut dia. Nganga tu memang nganga…. ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi tak sampai beberapa saat dia tolak kembali dan sebut “No!”… Dia minta air suam. Suakan air suam. Sepanjang malam tu minum air suam jer… Ko ghase?

Mommy tak putus asa, keesokkan harinya, pagi dia minta milk. Bila dia sebut milk tu bermaksud dia nak ratah susu. Farah berikan susu Enfagrow A+ Step 4 ni untuk dia ratah. Reaksi atau maklum balas dia? Dia muntah! Dia memang betul-betul tak boleh terima susu formula ni. Surprised smile. Sampai macam tu sekali reaksi dia… Bermula saat tu, dia “mogok” menyusu. Minum air suam jer… Tahan ke? Tahan ke? Mata, hati dengan perasaan ni nak biarkan keadaan dia macam tu. Alahaiiii, terasa kejam sangat pula bila semata-mata nak downgrade susu formula anak sampai akibatkan  anak tak nak menyusu langsung. Dahlah makan hado hado jer…Ikut apa selera dia nak makan… Ini tak boleh jadi ni…

Mahu tak mahu… kena lupakan hasrat nak downgrade susu formula dia kepada susu formula yang lebih murah daripada susu formula PEDIASURE. Ada rakan sepejabat maklumkan… “Kak… memanglah…budak kalau dah minum susu PEDIASURE, memang susah kak nak minum susu formula lain. Macam anak adik saya yang dua orang tu. PEDIASURE juga tu kak… Tak nak dia susu lain, bagilah susu apa pun… memang diaorang takkan nak…”. Owhhh…maknanya ia tak berlaku pada Firash sahaja semata. Ada terjadi kepada Firash juga berlaku kepada kanak-kanak lain. Ha ha ha… Open-mouthed smile kalaulah Mommy boleh rasa betapa sedapnya susu formula PEDIASURE tu kepada Firash, bolehlah Mommy faham. Ekekekee…Ini tak boleh…

Kesimpulannya, tak jadi tukar susu formula Firash… Terpaksa teruskan dengan susu formula PEDIASURE. Peminum setia susu formula PEDIASURE. Farah belum lagi nak menghentikan memberikan susu kepada Firash. Yang ada dalam fikiran adalah nak hentikan menyusu dari botol jer. Minum susu akan tetap diteruskan. Tak ada cita-cita nak hentikan minum susu walaupun dia sudah berusia lebih dari 2 tahun.

Sampai Bila Anak Anda Perlukan Susu?

“Ketika bayi, sepasang ibu bapa sanggup bersusah payah mengorbankan wang dan masa bagi memastikan anak kesayangan mereka mendapat khasiat makanan secukupnya terutamanya susu. Selepas lengkap penyusuan ibu selama 2 tahun, anak meneruskan pengambilan susu tambahan sehingga berusia 6 tahun. Namun, selepas memasuki sekolah, anak tidak lagi mengambil susu malah tidak menggemarinya langsung sehingga remaja. Malah ibu bapa tidak lagi menekankan kepentingan susu di dalam makanan harian anak. Apakah kesannya untuk jangka masa panjang? Adakah amalan ini memberikan kesan kepada anak untuk jangka masa panjang?”

Senario ini adalah senario biasa di Malaysia. Ketika bayi dan kanak kanak, susu adalah makanan penting yang ditekankan ibu bapa kepada anak mereka namun, pengambilan susu semakin berkurangan apabila kanak kanak beranjak ke alam persekolahan. Malah kebanyakkan ibu bapa tidak lagi menggalakkan pengambilan susu ketika anak berusia 4 tahun atau di peringkat pra sekolah. Senario ini sering berlaku di Malaysia dan amat berbeza berbanding dengan masyarakat Eropah dan Arab, pengambilan susu adalah menu utama di dalam keluarga daripada bayi, remaja dan dewasa.

Adakah Serius Fenomena Ini Di Malaysia?

Senario ini boleh dikatakan serius terutama apabila terdapat kajian yang menunjukkan 50% kanak kanak di bawah 12 tahun di  Malaysia tidak mengambil kalsium yang mencukupi dan tidak mendapat vitamin D yang mencukupi untuk tubuh. Kajian ini dijalankan oleh  Royal Friesland Campina N.V melibatkan lebih 16,500 kanak-kanak berumur antara enam bulan dan 12 tahun dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia dari Mei 2010 sehingga Oktober 2011. Menurut hasil kajian itu juga, satu daripada setiap 10 kanak-kanak di kawasan bandar di Malaysia menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi berdasarkan nisbah berat badan dan umur.
 

Mengapakah Susu Tidak Dipentingkan Selepas Bayi?

  1. Ibu bapa menganggap  susu adalah makanan untuk bayi sahaja.
  2. Kanak-kanak mula mengambil  minuman lain, seperti kordial, jus buah buahan dan minuman ringan.
  3. Kanak kanak makan pelbagai makanan lain dan susu tidak menjadi keutamaan. 
  4. Ibu bapa tiada pengetahuan tentang kepentingan susu  untuk pertumbuhan selepas bayi, malah ibu bapa sendiri mengabaikan pengambilan ksusu untuk diri mereka sendiri.
 

Ada Apa Dengan  Susu? (Apa Keajaiban Susu?)

Pelbagai kajian telah  membuktikan bahawa susu adalah  makanan lengkap yang mempunyai semua nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan optimum tubuh seperti kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat, selain kaya dengan vitamin A, vitamin B seperti Riboflavin, Niacin, B6 dan B12, vitamin C, Zink, Fosforus, dan Magnesium. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menggariskan keutamaan pengambilan susu dan produk tenusu antara salah satu daripada 14 kunci utama Panduan Pemakanan Malaysia 2012.
 
Susu mengandungi pelbagai zat bermanfaat, antaranya ialah:
 

Kalsium

  • Kalsium tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan perlu diperolehi daripada sumber makanan.
  • Kalsium merupakan mineral utama yang terkandung dalam susu.Keperluan
  • Kalsum berbeza daripada bayi sehingga dewasa. Bayi sehingga 6 bulan memerlukan 200 mg Kalsium yang dapat dipenuhi dengan pengambilan susu ibu manakala kanak kanak berusia 5 tahun memerlukan 500mg yang boleh dibekalkan oleh dua cawan susu segar.
  • Kebanyakkan kanak kanak berusia 5 tahun mendapat 70% keperluan kalsium daripada susu mengikut kajian Women’s and Children’s Health Network of Australia.
  • Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium per setiap unit berat badan jika dibandingkan dengan orang dewasa. Kalsium ini penting untuk kanak kanak mencapai ketumpatan tulang maksimum  atau “peak bone mass” yang dapat mengurangkan risiko terhadap osteoporosis (penyakit tulang rapuh) di kemudian hari.
  • Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh badan yang penting, umpamanya aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka.
 

Protein

  • Satu gelas susu mengandungi 7g protein. Protein perlu untuk membina otot, pertumbuhan badan dan membina sel darah merah  yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh anggota badan.
 

Karbohidrat

  • Karbohidrat di dalam susu adalah dalam bentuk laktosa. Susu adalah sumber tenaga segera dan sesuai dijadikan snak yang pantas dengan hanya meminumnya.
  • Karbohidrat dalam susu mudah diserap dan dihadamkan oleh tubuh.
 

Lemak

  • Susu mengandungi lemak yang dapat membantu dalam perkembangan otak dan sistem saraf. Lemak juga membantu menyerap sesetengah jenis vitamin seperti vitamin B dan C.
  • Susu ibu kaya dengan DHA dan omega 3 untuk membantu membentuk otak anak anak.

Vitamin D

  • Susu ditambah dengan vitamin D kerana vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kanak kanak yang tidak mendapat vitamin D yang cukup boleh mendapat penyakit Riket dan tulang yang rapuh.
  • Kalsium bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium, ia akan membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat.

 

Keperluan Susu Mengikut Umur

 

Bayi 0 ke 12 Bulan


  • Menurut Saranan Pemakanan Malaysia 2005 bayi selepas lahir sehingga 6 bulan memerlukan 300mg kalsium setiap hari dan antara umur 7 bulan ke 12 bulan memerlukan 400 mg. Pada tahun pertama kalsium daripada susu ibu mudah diserap dan memenuhi keperluan kalsium bayi.
  • Selepas bayi merusia 6 bulan, susu sahaja tidak mencukupi dan makanan tambahan perlu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan nutrisi terutama zat besi (iron)
  • Susu lembu tidak dapat dikhadam dengan baik oleh bayi di bawah 12 bulan dan kekurangan nutrient penting berbanding susu ibu, susu kambing ataupun susu formula. Oleh itu, elakkan pemberian susu lembu sebagai minuman utama bagi bayi berumur 12 bulan ke bawah. Sekiranya ibu tidak mampu menyusukan bayi, komposisi susu kambing didapati lebih menyerupai susu ibu berbanding susu lembu.
 

Umur Setahun Ke 3 Tahun


  • Keperluan kalsium dan vitamin D meningkat dengan peningkatan umur.
  • RDI Malaysia cadangkan kanak kanak berusia 1-3 tahun mengambil 500-600mg kalsium dan 500 IU Vitamin D. Susu adalah sumber utama Kalsium. Dua cawan susu sehari mampu memenuhi keperluan Kalsium anak anda.
  • Susu rendah lemak tidak digalakkan kerana anak memerlukan lemak untuk perkembangan saraf dan otak menurut Frank Greer, M.D., Chairman of the American Academy of Pediatrics’s Committee on Nutrition. Namun jika didapati anak anda terlalu menambah berat dengan banyak untuk ketinggiannya, ada juga pakar kanak kanak akan menyarankan ubah kepada susu rendah lemak. 2 tahun sehingga 6 tahun.

Umur 4 Ke 8 Tahun


  • Keperluan kalsium meningkat antara 700 ke 100mg sehari. Dua gelas susu setiap hari boleh mampu membekalkan jumlah kalsium yang diperlukan oleh anak yang sedang membesar.
  • Kebanyakan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mendapat 70 peratus kalsium mereka daripada susu lembu, 20 peratus daripada produk tenusu seperti keju dan 10 peratus daripada bijirin sarapan pagi.
  • Selalunya pada usia 7 tahun ke atas iaitu memasuki alam persekolahan,  pengambilan susu mula diabaikan di Malaysia sedangkan keperluan kalsium lebih tinggi berbanding sebelumnya.
  • Pengambilan kalsium yang cukup penting untuk mencapai tahap maksima penyimpanan kalsium di dalam tulang bagi mengelakkan osteoporosis.
  • Namun begitu,mineral ini boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan termasuk ikan dengan tulang yang boleh dimakan (misalnya sardin dan ikan bilis), kekacang, produk kekacang (misalnya tauhu, fucok dan tempe) dan buah-buahan kering (misalnya kismis, kurma, aprikot dan prun). Sayuran berdaun hijau (misalnya bayam dan kailan) juga mengandungi kalsium.
 

Umur 10 Ke 20 Tahun

Pada usia ini tahap maksima kepekatan tulang dicapai dan memasuki tempoh kematangan. Keperluan kalsium ketika ini mencecah 1000mg sehari. Separuh daripada keseluruhan penyimpanan kalsium di dalam tulang bagi wanita dan 2/3 penyimpanan kalsium bagi lelaki pada usia ini. Remaja membesar dengan cepat dan memerlukan banyak kalsium di dalam tulang terutama ketika mengalami haid.Kebiasaanya keperluan ini tidak dapat dipenuhi. Cara untuk memenuhinya antaranya dengan mengambil dua cawan susu, 1 cawan yogurt dan 1 cawan jus yang dioerkaya dengan kalsium disamping sayuran dan makanan kaya kalsium lain.
 
Berikut adalah beberapa cara untuk menggalakkan anak anda minum susu setiap hari:
  • Ingat bahawa susu dan produk tenusu lain adalah sumber utama kalsium dan pelbagai nutrient penting yang sangat diperukan untuk pertumbuhan.
  • Galakkan keluarga  minum susu. Susu bukan untuk bayi tetapi penting untuk semua peringkat umur, anak anda pasti meniru perbuatan anda
  • Jangan memberikan terlalu banyak minuman manus seperti jus buah atau minuman berperisa sehingga menggantikan pengambilan suus.
  • Untuk kanak kanak yang tidak menggermari susu, hidangkan bersama cereal ketika sarapan pagi atau sebagai snak.
  • Tambah buahan atau ditambah perisa menjadi susu kocak.
  • Pilih pencuci mulut berasaskan atau dicampur susu seperti agar agar, pudding susu, yoghurt, dan kustard. Gunakan susu segar adan elakkan susu sejat atau susu pekat manis.
  • Sekiranya tidak menyukai susu, pilih makanan lain yang berasaskan susu seperti keju  untuk dicampur di dalam makanan harian seperti dimakan bersama roti atau ditabur di atas pizza.
  • Berkongsi dengan anak khasiat susu ketika mereka minum
  • Sekiranya anak tidak menggemari susu suam, berikan susu sejuk.
  • Benarkan anak anda memilih perisa susu yang digemari. Anak anda mungkin lebih gemar minum susu yang berperisa.
  • Belikan susu dalam paket kecil dan comel untuk menggalakkan anak minum setiap hari.
  • Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan atau bersama ais bagi menambah keenakan susu
 
Susu  penting untuk semua peringkat umur daripada bayi sehingga remaja. Sebab tu, Farah tak fikir nak berhenti menggalakkan Firash minum susu terutamanya ketika memasuki alam persekolahan. Dahlah Mommy dia jenis tak minum susu, jadi Firash kenalah minum susu untuk kebaikan dia juga. Winking smile

Rujukan Semasa: http://www.tateh.com.my/sampai-bila-anak-anda-perlukan-susu/

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !