Ahaksss…
… Pandai-pandai dan suka hati ajer bagi nama KETAM Masak Lengkuas. Walhal, hakikatnya diri sendiri pun tak tau apa nama masakan yang dimasak hujung minggu yang lalu selepas kehabisan idea nak masak apa kan? Adatlah tu… Bila dah hari-hari duduk dapur (ooopsss…
hari-hari ke? Hari-hari sangattt!). Asyik ketam masak kari tanpa santan jer… asyik ketam masak lemak cili api jer… asyik ketam masa cili jer… Sesekali nak juga ubah selera tekak dan cuba sesuatu yang baru kan? Lagipun, ketam-ketam yang jiran sedekah tu, saiznya comel-comel… Anak ketam! Syukurlah rezeki orang sedekah kan? Alhamdulillah. Nak masak kari tanpa santan tu, macam tak terasa jer nanti? Makanya cubalah kita godek-godek dan olah apa yang patut. Muahahaha… Fikir punya fikir, terarah ke KETAM Masak Lengkuas. Sejak bila entah resipi ni wujud… Diri sendiri pun tak tau…Main ikut naluri hati jer…


Jomlah kita tengok apa yang jadi dengan masak ikut naluri hati ni haaa… Wakakaka…

Bahan-Bahan:
- Ketam – 10 ekor bersaiz comel
- Serai – sebatang
- Lengkuas – 2 inci jer
- Halia – 2 inci juga
- Bawang Putih – 2 ke 3 ulas
- Cili Giling – satu sudu besar
- Garam – secukup rasa
- Serbuk Perasa / Gula – secukup rasa
Cara-Cara Memasak:
1. Kisar serai, lengkuas, halia dan bawang putih sekali jalan. Dah siap kisar sila letak tepi dahulu sementara menunggu minyak panas. Selepas minyak panas, tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau dan menjadi kuning keemasan.
2. Bila dah jadi kuning keemasan sepertimana yang anda lihat di dalam gambar di atas. Sila masukkan sesudu cili giling, garam dan juga serbuk perasa / gula.
3. Kacau dan ratakan cili dalam kuali dan biarkan sehingga keluar minyak. Bila dah keluar minyak. Masukkan ketam-ketam yang comel yang telah disiang dan dibersihkan.
4. Dah masukkan ketam, sila gaul sehingga rata. Sehingga semua gravy membaluti ketam-ketam comel itu.
5. Tutup kuali dengan penutup periuk dan biarkan ketam masak untuk seketika. Agak-agak ketam dah masak sila angkat dari kuali dan hidangkan di atas meja makan ya. Ha ha ha… 

Tadaaaa… Inilah hasil masak campak-campak dan main ikut naluri hati hujung minggu yang lepas. Komen diri sendiri? Oklah…boleh diterima tekak lagipun bau memang wangi… Ha ha ha…
… Komen seisi rumah? Tiada komen kata-kata tetapi yang pasti habis licin licau KETAM Masak Lengkuas kakak hari tu. 


wow sedapnya nampak. boleh try ni farah. tq share resepi ;)
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteUishhhh...Sedapnya nampak..huhu
ReplyDeletenak cuba lah nanti
ReplyDeleteSalam singgah sini farah...sedapnya ketam masak lengkuas..
ReplyDeleteTak pernah lagi makan ketam masak lengkuas ni...kalau ayam masak lengkuas pernah lah makan..hihi