Cara Elak Anak HILANG Ketika “Shopping”

Farah Waheda Wahid
1
CARA ELAK ANAK HILANG KETIKA SHOPPING

Pengumuman kepada semua para pelanggan, sesiapa yang kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 3 tahun, berambut panjang, memakai baju berwarna hijau dan berkasut putih, sila datang ke kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan anak anda.
Tak berapa nak ingat skripnya bagaimana tetapi macam tu lah lebih kurang yang biasa kita dengar pengumumannya di pusat-pusat membeli-belah kan? Pengumuman bila mana ada kanak-kanak hilang yang ditemui di pusat membeli-belah dan di dalam usaha untuk memulangkan kanak-kanak tersebut kepada ibu bapanya. Anak hilang di pusat membeli-belah cuak oiii! Dahlah kes culik kanak-kanak semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Kaki shopping ke? Tak kaki shopping ke… perlu baca entri ini sehingga habis jika anda adalah golongan yang ber-shopping dengan kehadiran anak-anak di sisi. Cara Elak Anak HILANG Ketika “Shopping”.  Mehlahhh…mehlah baca apa yang Farah nak kongsikan ni… mana tahu ianya sesuatu yang bermanfaat untuk anda juga kan? Smile.

Satu hal yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa adalah membawa anak-anak ketika jualan murah (terutamanyalah) di mana-mana pusat membeli-belah. Dengan keadaan orang yang ramai dan berasak-asak, risiko anak terlepas dari genggaman mungkin berlaku. Nak-nak lagi yang tengah melasak dan tak mahu dipegang kan? Bahaya! Sebab tu, kalau tempat tu sesak dengan umat manusia, kalau boleh Farah elakkan pergi, Farah akan elak. Biarlah orang nak kata rugi ke? Jadi katak bawah tempurung ke? Sebab asyik duduk rumah dan tak keluar pada hujung minggu… Kakak lebih rela noksss… Dari risiko-risiko yang boleh terjadi sekiranya tak ada apa-apa perkara penting yang perlu keluar…

Tak lah kata, tak boleh keluar bawa anak berjalan-jalan langsung. Tak salah pun. Itu pilihan masing-masing kan? Cuma mungkin Farah lebih selesa begitu. Hu hu hu… Boleh jer, sebab masih ada cara untuk mengelakkan kejadian seumpama ini dari berlaku… Kena praktikkan cara selamat untuk membawa anak-anak di pusat membeli-belah mengikut pecahan usia.

Usia 0 – 1 Tahun

Masih awal untuk mendidik, mengajar atau menunjukkan cara yang betul tentang bahaya yang ada di pusat membeli-belah. Paling praktikal ialah kawalan sepenuhnya oleh ibu bapa sepanjang berada di luar. Ibu bapa perlu peka tentang kebarangkalian risiko dan bahaya yang ada supaya langkah pencegahan dilakukan terlebih dahulu.

  • Sebaiknya bawalah bersama pembantu (jika ada) ataupun saudara yang boleh bergilir-gilir menjaga bayi ketika ibu bapa sedang asyik membeli-belah.
  • Jika tiada pembantu, peranan menjaga anak diagihkan antara ibu dan bapa. Contohnya jika ibu sibuk memilih barangan keperluannya, maka bapa boleh mengambil alih peranan menjaga anak. Begitulah sebaliknya.
  • Memastikan keperluan bayi disediakan seperti susu suam dan jika bayi masih menyusu badan, maka pastikan bayi sudah diberikan susu (sebelum bertolak ataupun di tempat yang disediakan) sebelum meneruskan niat membeli-belah.
  • Memastikan kondisi bayi selesa dan lampin juga bersih dan tidak sarat sama ada buang air besar ataupun air kecil. Ini penting bagi mengelakkan bayi meragam dan pastinya menimbulkan emosi yang tidak tenteram juga bagi ibu bapa jika bayi meragam. Justeru itu, untuk mengelakkan emosi ibu bapa terganggu, terlebih dahulu sempurnakanlah keperluan anak-anak terutama bayi.
  • Membawa peralatan yang sesuai seperti stroller atau beg sandang bayi yang sesuai, iaitu tidak terlalu besar atau kecil dan mudah dibawa.

Usia 2 – 4 Tahun

Bermula usia seawal 2 – 4 tahun, ibu bapa sudah boleh bercakap dengan anak-anak berkenaan bahaya sekeliling. Cara penyampaian perlulah bersahaja dan boleh difahami oleh anak-anak Paling elok jika menggunakan medium komunikasi yang lain seperti buku, rancangan televisyen ataupun gambar rajah bergambar untuk memudahkan pemahaman.

  • Seperti juga bayi, anak-anak dalam lingkungan 2 – 4 tahun juga perlu diperhatikan sepenuhnya oleh ibu bapa. Giliran memilih pakaian atau barangan keperluan perlu dilakukan oleh ibu dan bapa supaya sentiasa ada orang dewasa yang mengawal anak-anak.
  • Sekiranya mempunyai pembantu atau saudara mara, sebaiknya dibawa bersama bagi menjaga anak-anak ketika ibu bapa sibuk memilih.
  • Jika anak-anak merupakan seorang yang hiperaktif atau tidak duduk diam, maka sebaiknya bawa bersama beg sandang anak-anak yang mempunyai tali supaya sentiasa dekat dan terkawal pergerakkannya. Alat ini telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara luar sebagai satu langkah pencegahan anak-anak berkeliaran ke tempat lain tanpa kawalan ibu bapa.
  • Pimpin tangan anak-anak kuat-kuat bagi mengelakkan mereka hilang atau sesat dalam limpahan orang ramai.

Usia 5 – 6 Tahun

Pada peringkat usia ini, anak-anak boleh dilatih untuk bertanggungjawab dengan membawa beg milik sendiri yang mengandungi barang keperluan ketika keluar bersama keluarga. Kanak-kanak tidak perlu meminta ibu bapa jika dahaga dan lapar kerana mereka boleh mendapatkannya dari beg yang dibawanya sendiri. Walaupun begitu, ibu bapa perlu menyediakan keperluan itu sebelum bersedia untuk keluar bersiar-siar. Bergurau senda dan bersembang bersama anak boleh merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Selain itu, ia melatih daya tindak dan kognitif anak-anak untuk berkongsi dengan ibu bapa atas apa jua perkara yang difikirkan perlu. Tanpa komunikasi dan gurau senda dalam keluarga, hubungan menjadi dingin dan tidak mesra. Kesannya proses mendidik anak juga terhenti.

  • Bagi anak-anak dalam lingkungan usia ini, kebanyakan mereka telah mula faham akan arahan dan keselamatan. Maka, sebaiknya sebelum keluar rumah, perlu diberi peringatan kepada anak-anak supaya berkelakuan baik dan sentiasa berada bersama ibu dan bapa. Jadikan peringatan itu sebagai kebiasaan sebelum keluar ke mana-mana terutama tempat yang ramai orang.
  • Anak-anak juga perlu diberitahu akan cara terbaik jika dalam situasi tersesat atau hilang daripada kawalan ibu bapa iaitu untuk pergi ke mana-mana kaunter di pusat membeli-belah itu untuk memberitahu bahawa mereka hilang daripada ibu bapa.
  • Pastikan anak-anak mengetahui nama penuh ibu bapa dan namanya sendiri jika merujuk ke kaunter di pusat membeli-belah.
  • Lebih elok sekiranya anak-anak diberitahu tempat untuk meminta tolong di bahagian keselamatan yang tersedia (namun agak sukar untuk melakukan perkara ini melainkan pusat membeli-belah itu sememangnya sering dikunjungi bersama anak-anak).
  • Memberikan kad nama berserta nombor telefon kepada anak-anak sekiranya berlaku kes kehilangan atau sesat. Langkah ini juga telah digunakan secara meluasnya di negara-negara luar.
  • Selain nama dan nombor telefon ibu bapa, tag nama juga boleh disediakan kepada anak-anak bagi memudahkan urusan bantuan dan pertolongan yang lain.

CARA ELAK ANAK HILANG KETIKA SHOPPING 2

CARA ELAK ANAK HILANG KETIKA SHOPPING 3

CARA ELAK ANAK HILANG KETIKA SHOPPING 4

Kalau tak nak pening-pening kepala, cara paling senang adalah, tak perlu pergi ke mana-mana yang sesak dengan umat manusia ketika kita perlu membawa anak-anak sebagai pengiring. He he he… Smile with tongue out. Tapi bosanlah pula ya tak? Pergi jer tempat yang tak sesak ataupun kalau nak sangat pergi ke mega sale? Harga runtuh seruntuh-runtuhnya? Pergi sendiri seorang diri. Senang cerita. Minta suami atau isteri jagakan anak-anak di rumah ataupun pergi sewaktu hari bekerja. Anggapkan me time untuk diri sendiri.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang klu anak2 kecik ni lebih baik klu guna baby carrier so anak yg bsr kita boleh pegang tangan.

    nice share

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !