Budak-budak… Kalau nampak air, kalau dapat air… Menggeletis semacam mereka kan?
Suka sangat kalau dapat berendam dan bermain air. Tapi tak semualah… ada juga kanak-kanak yang takut air dan tak suka main air. Macam Firash, dia tergolong dalam kategori yang sangat suka main air. Cumanya… anak suka mandi di kolam renang? AWAS paru-parunya boleh cedera! Iyaaa…betul…Sebab dah terjadi kejadian yang telah dialami oleh seorang ibu berusia 41 tahun yang bernama Cassandra Jackson dari laporan ABC News.com yang mana, beliau membawa anaknya Johnny bermain di kolam renang berhampiran kejiranannya. Anaknya dikatakan bermain hampir 45 minit di dalam kolam dan memakai pelampung di kedua-dua tangan. Lepas tu apa yang terjadi?

Selepas dua jam keluar daripada kolam renang, Johnny terbuang air kecil di dalam seluarnya dan kerap mengadu keletihan. Selepas seharian bermain di kolam renang – anak akan keletihan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi kalau mereka aktif bermain sepanjang hari kan? Kerana teruja “jumpa” air. Ini adalah satu situasi biasa yang sebenarnya kita tak pernah nak jangka bahawasanya keadaan anak selepas mandi manda ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian!
Berbalik kepada kisah Johnny, dia membilas badannya dan terus masuk tidur. Ibunya mengganggap dia hanya keletihan. Selepas beberapa jam, ibunya masuk ke bilik untuk memeriksa Johnny. Dia terkejut apabila melihat mulut Johnny berbuih dan Johnny sesak nafas! Apa lagi kan? Ibu Johnny, Cassandra terus menghubungi 911 dan membawa Johnny ke wad kecemasan. Tetapi malangnya, Johnny tidak dapat diselamatkan. Jantungnya berhenti berdegup selepas mereka tiba di hospital.
. Koroner Berkeley Country, Glenn Rhoad yang memeriksa badan Johnny mengesahkan kematian adalah akibat mati lemas sekunder.

Apa Itu Mati Lemas Sekunder?
Menurut jurucakap American College of Emergency Physicians, Stephen Epstein – mati lemas sekunder terjadi kerana PARU-PARU TERCEDERA selepas sedikit air masuk ke dalam paru-paru. Ia mungkin boleh terjadi apabila kanak-kanak cuba ingin berenang. Klorin dalam air kolam mampu menyebabkan keradangan dalam paru-paru. Apabila terdapat klorin dalam paru-paru, tindak balas normal untuk melawan keradangan ini adalah dengan menghantar pelbagai cecair ke dalam paru-paru semula.
Tanda-Tanda Mati Lemas Sekunder
Mati lemas sekunder sering terjadi di kalangan kanak-kanak. Jangan biar anak anda menjadi mangsa seterusnya! Tiada cara lain untuk mengenalpasti tanda-tanda serangan ini, melainkan anda lebih peka. Jika anak anda gemar bermain di kolam renang, jaga-jaga! Selalunya, mati lemas sekunder akan terjadi dalam tempoh 1-24 jam selepas mandi. Jadi, ibu bapa perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda, selepas mereka mandi di kolam:
- Batuk
- Sakit Dada
- Sukar Bernafas
- Kelihatan Amat Letih
Kalau-kalau anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawa mereka ke hospital atau hubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. Jangan berlengah. Usah terhantuk baru terngadah!
Sumber: SINI
perkongsian yg bagus
ReplyDeletethanks for sharing this kak farah. kena lebih peka bila bawa budak2 kecil main air...
ReplyDelete