TIPS Pindah Rumah : Kemas & Urusan Berkait

Farah Waheda Wahid
2
TIPS PINDAH RUMAH_KEMAS DAN URUSAN BERKAIT

Nak kemas, nak buang mana-mana yang tak pakai, nak uruskan segala macam utiliti, nak itu, nak ini… Pindah rumah, bukan satu perkara mudah dan boleh buat sambil pejam mata ya tak? Setakat 34 tahun bernafas di bumi Allah SWT ni, boleh dikatakan lebih kurang dalam dua kali baru pindah rumah. Tapi, dia punya letih tu… Ya ampunnn…Bayangkan orang yang berkali-kali pindah rumah? Memang tabah betul! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi nak buat macam mana? Kalau dah terpaksa pindah, nak tak nak, kena juga pindah kan? Salah-salah hemat, mana-mana individu yang tak boleh nak cope up, disebabkan macam-macam perkara, boleh jadi tekanan. Serius… Tapi kan… Ermmm, sebenarnya ada cara untuk pastikan perpindahan teratur dan berjalan lancar. Meh meh sini rapat-rapat meh, sesiapa yang sedang nak berpindah dalam  masa terdekat atau bercadang untuk berpindah, baca artikel Farah pada kali ini berkenaan dengan tips pindah rumah: kemas dan urusan berkait. Manalah tau kot-kot dapat membantu anda kan?

Pastikan Anda Tiada Apa-Apa Komitment Atau Temujanji Pada Hari Perpindahan

Susah juga kalau pada saat terakhir baru teringat tentang temujanji yang dibuat 2 minggu yang lepas. Pastikan betul-betul lapang pada hari tersebut. Sebaik-baiknya, pilihlah pada hari minggu atau cuti umum. Akan tetapi, jika ada syarat perpindahan tertentu, katalah macam sesetengah pangsapuri ada waktu tertentu jer boleh pindah, haruslah rancang hari cuti, mohon cuti semoga segala berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Buat Senarai Semak (Checklist)

Yang ini, Farah tak pasti sama ada semua orang akan buat perkara ini atau tidak. Ha ha ha… Open-mouthed smile tapi adalah lebih baik sekiranya anda tuliskan kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa hari perpindahan. Ini untuk memastikan yang anda membuat kerja secara tersusun dan sistematik.

Hantar Notis Kepada Tuan Rumah

Yang mana-mana jadi penyewa tu, orang berbudi kita berbahasa, jangan lupa hantar notis kepada tuan rumah mengikut terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Hubungi Pihak Bank, Syarikat Utiliti (TNB, Air Selangor), ASTRO, Insurans, DLL Untuk Kemaskini Alamat

Tak taulah kalau anda rajin nak ulang-alik ke rumah yang lama, semata nak ambil surat-menyurat dan segala bil kan? Adalah lebih baik untuk kemaskini alamat rumah terkini untuk kemudahan diri sendiri juga.

Jangan Lupa Langsaikan Segala Bil

Bil telefon, bil Astro, bil TNB dan lain-lain seelok-eloknya dibayar sebelum perpindahan.

Pastikan Ada Air, Elektrik Dan Gas Di Rumah Baru

Susah pula rasanya nak buat kerja rumah tanpa air, elektrik dan juga gas kan?
 

Kaji Dan Cari Syarikat Lori Untuk Tujuan Perpindahan Yang Sesuai

Farah ada kongsi tentang lori dalam entri sebelum ni, boleh rujuk entri Jom Kenali Jenis Lori Untuk Pindah Rumah. Dapatkan sekurang-kurangnya 5 sebut harga daripada syarikat lori yang berbeza untuk memahami harga pasaran bagi servis sewa. Pastikan juga berbincang dengan pengusaha lori tersebut tentang saiz yang diperlukan serta terma dan syarat yang dikenakan.

Pastikan Lori Ada Kebenaran Masuk Di Tempat Pengambilan Dan Penghantaran, Terutamanya Di Pangsapuri atau Kondominium Yang Ada Pengurusan

Ini amat penting kerana sekiranya tiada kebenaran, lori tidak dapat masuk ke dalam kawasan rumah. Anda mungkin akan dikenakan caj perjalanan kedua pada hari berlainan atau caj menyimpan barang oleh syarikat lori (yang boleh mencecah sehingga empat angka semalam).
 

Jual Barang Lama Dan Gunakan Duit Untuk Bayar Sewa Lori

Kalau ada perabot-perabot yang lama yang tidak dipakai, lebih baik jual kepada kawan-kawan ataupun secara atas talian. Duit itu bolehlah digunakan untuk membayar syarikat lori untuk tujuan perpindahan. Sewa lori bukan murah sekarang tau… Mahal oiiii….

Rancang Susunan Perabot Di Rumah Baru

Orang putih cakap ‘failing to plan is planning to fail’. Pastikan anda tahu susunan dan kedudukan setiap perabot yang hendak dipindahkan ke rumah baru.
 

Nyahfros (‘Defrost’) Peti Sejuk Sehari Sebelum Perpindahan dan Lap Apa-apa Cecair

Ini untuk mengelakkan lantai anda basah di rumah baru anda.
 

Sediakan “Barang-Barang Hari Pertama”

Anda mungkin terlalu penat untuk mengeluarkan barang yang berada dalam kotak-kotak pada hari pertama. Seeloknya anda menyediakan “Barang-Barang Hari Pertama” di dalam beg/kotak berasingan seperti baju, berus gigi, bantal, tuala, pinggan, cawan & sudu plastik, tisu, dan barang-barang keperluan yang lain. Pastikan barang-barang dibungkus secara efisien.
 

Beli Kotak dan Pita Pelekat

Boleh juga minta daripada kedai-kedai runcit sekiranya mereka ada kotak-kotak yang tidak digunakan untuk tujuan membungkus barang anda. Jika anda menggunakan perkhidmatan movers kebiasaannya mereka ada menyediakan kotak dan khidmat pembungkusan juga.
 

Beli Pembalut Plastik

Ada perkhidmatan lori sewa yang menyediakan perkhidmatan membalut barangan anda dengan plastik. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan movers, mereka memang ada menyediakan. Tanya dulu tanya ya. Kalau tak tanya mana nak tau. Ini adalah bagi mengelakkan barang anda daripada kotor atau tercalar.
 

Mula Dengan Bilik Yang Jarang Digunakan Seperti Stor

Yang senang dibuat dahulu.
 

Jangan Mengenang Barang-Barang Lama

Memang lumrah dan naluri manusia untuk mengenang barang-barang lama apabila mengemas. Untuk memastikan proses perpindahan lancar, kenanglah barang-barang anda di rumah baru.
 

Balut Benda Mudah Pecah Dengan Baju

Ni kalau nak buat ler… Farah tak buat gini, kalau Farah lah, balut dengan kertas tebal-tebal jer dah cukup. Lepas tu masukkan dalam kotak.

Label Kotak Dengan Nama Dan Gunakan Kod Warna

Ini menyenangkan pekerja syarikat lori anda memunggah barang ke tempat yang sepatutnya.
 

Susun Pinggan Menegak Di Dalam Kotak

Ini mengurangkan peluang pinggan tersebut pecah waktu perpindahan.
 

Cara Mudah Untuk Mengemas Pakaian Anda!

Masuk dalam plastik dan labelkan. Ataupun masuk dalam kotak jernih dan labelkan.
 

Balut Laci-Laci Almari Dengan Pembalut Plastik

Tip ini mencepatkan proses mengemas dan membungkus.
 

Gunakan ‘Sandwich Bag’ Untuk Barangan Kecil Seperti Skru Dan Paku

Kalau hilang, habislah.
 

Ambil Gambar Barangan Elektronik Anda

Satu hal lah pula nak ingat kedudukan asal wayar dan kabel di belakang komputer dan TV.
 

Gunakan Beg Tarik Untuk Barang Berat Seperti Buku

 

Guna Cadar Lama Untuk Elak Tilam Kotor


Untuk Kotak-Kotak, Susun Barang Berat Di Bawah Dan Barang Ringan Di Atas


Asingkan Barang Berharga

Seperti laptop, barang kemas, jongkong emas dan harta karun.Open-mouthed smile.
 

Simpan Botol Rempah Dan Perasa Di Dalam Periuk

Jimat ruang dengan tip ini!
 

Gunakan Plastik Untuk Elak Botol-Botol Tumpah


Itu jerlah tips yang boleh dikongsikan setakat ni. Makanya, selamat berpindah rumahlah ya? Dan semoga gembira dan selesa di rumah baru anda! Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !