Risiko Kemalangan Mengikut Tahap Perkembangan Kanak-Kanak

Farah Waheda Wahid
2
RISIKO KEMALANGAN MENGIKUT TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tumbesaran dan perkembangan di tahun-tahun awal kehidupan bayi dan kanak-kanak berlaku dengan begitu pantas. Pejam celik, pejam celik, tau-tau jer cepat betul anak-anak membesar ya tak? Sewkatu tahun-tahun awal, ketidakupayaan kanak-kanak memahami tentang bahaya sesuatu keadaan, menyebabkan aktiviti mereka di setiap peringkat tumbesaran bersangkut-paut dengan risiko kecederaan tertentu. Makanya, untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, artikel pada kali ini, Farah sukalah kiranya nak berkongsi dengan anda semua tentang risiko kemalangan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

0-6 Bulan


Keupayaan Bayi:

  • Mungkin menangis berterusan.
  • Aktif menggerakkan tangan dan kaki.
  • Melakukan gerakan tendangan.
  • Mula memusingkan badan untuk meniarap.
  • Belajar mengangkat kepala.
  • Menggenggam objek yang diletakkan di telapak tangan dan memasukkannya ke dalam mulut.

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh dari tempat tinggi.
  • Tercekik/tersedak susu.
  • Melecur.
  • Sindrom Bayi Tergoncang.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Mempelajari teknik penyusuan yang betul.
  • Bersabar ketika mengasuh bayi dan jangan sekali-kali mengoncang bayi.
  • Menyediakan peralatan kanak-kanak yang selamat dan mematuhi piawaian.
  • Memastikan air mandian bayi tidak terlalu panas. Tuang air sejuk dahulu ke dalam besen, diikuti dengan air panas. Rasa kepanasan air dengan siku atau tangan. Air mandian mestilah tidak terlalu panas kerana kulit bayi yang nipis dan sensitif serta amat mudah melecur.
  • Jangan sesekali meninggalkan bayi di atas tempat yang tinggi bersendirian tanpa pengawasan.
  • Tidak memegang objek atau minuman panas semasa mendukung bayi.
  • Pilih permainan selamat dan bersesuaian dengan umur bayi.
  • Memastikan tiada objek kecil bertaburan di atas lantai atau berhampiran dengan bayi.

6 – 12 Bulan


Keupayaan Bayi:

  • Mula duduk.
  • Merangkak.
  • Berdiri dengan sokongan dan memulakan langkah-langkah pertama.
  • Cuba memanjat.
  • Berkebolehan bergerak dengan lebih bebas di dalam rumah.
  • Membuka almari, mencapai objek-objek.

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh.
  • Tercekik.
  • Terhantuk.
  • Lemas.
  • Keracunan.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Memastikan ruang permainan yang lapang.
  • Memasang penghadang di tangga dan dapur.
  • Menyimpan ubat-ubatan, bahan-bahan berbahaya atau beracun, mancis dan pemetik api di tempat selamat, tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
  • Lindungi bucu-bucu perabot yang tajam.
  • Sentiasa mengawal mereka ketika mandi.
  • Mengosongkan bekas mandian selepas mandi.
  • Penggunaan baby walker adalah tidak digalakkan.
  • Alat pengekang di pasang semasa duduk di kerusi tinggi.

1 – 2 Tahun


Keupayaan Kanak-Kanak:

  • Berdiri.
  • Mula melangkah.
  • Berjalan dengan sokongan (memegang perabot).
  • Berlari dan melompat.
  • Memanjat perabot dan tangga.
  • Berjalan ke belakang.
  • Memutar tombol, mendail, membuka skru dan penutup tin.
  • Suka meniru perbuatan orang lain.
  • Suka bermain air.
  • Mampu makan dengan sendiri.

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh.
  • Lemas.
  • Melecur.
  • Keracunan.
  • Tercekik.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mandi dan mengosongkan bekas mandian setiap kali selepas menggunakannya.
  • Mengawasi dan menasihati kanak-kanak supaya tidak bermain ketika makan.
  • Tidak memberikan makanan keras seperti kekacang dan tulang ayam.
  • Jauhkan minuman panas, cerek dan kuali dari capaian kanak-kanak.
  • Memastikan tiada peralatan yang mudah dipanjat diletakkan di tepi tingkap dan  balkoni.
  • Sentiasa memastikan pagar rumah ditutup dan berkunci.

2 – 3 Tahun


Keupayaan Kanak-Kanak:

  • Berani meneroka.
  • Aktif berlari, melompat dan memanjat.

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh.
  • Lemas.
  • Luka.
  • Patah.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika bermain.
  • Meneruskan pengawasan ketika mandi.
  • Mengajar mereka supaya berhenti, melihat, mendengar dan berfikir.
  • Menyediakan tempat permainan yang selamat di dalam dan di luar rumah.
  • Menyimpan peralatan seperti cangkul, gunting dan bahan-bahan lain yang berbahaya di dalam tempat khas yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

4 – 6 Tahun


Keupayaan Kanak-Kanak:

  • Bertenaga dan cergas.
  • Berani dan selalu ingin mencuba.
  • Mula bercerita.
  • Melakonkan sesuatu dan mengamalkan apa yang dipelajari.
  • Gemar permainan yang aktif dan pantas.
  • Mudah beralih tumpuan (easily distracted).

Risiko Kecederaan:

  • Terjatuh.
  • Lemas.
  • Patah.
  • Luka.

Langkah-Langkah Keselamatan:

  • Sentiasa mengawasi mereka dan tidak meninggalkan mereka sendirian.
  • Menyediakan alat permainan yang rendah dengan permukaan hentakan yang lembut.
  • Mula memberikan pelajaran renang.
  • Memberikan mereka pelajaran keselamatan dan pencegah kemalangan.

Jika betul-betul kebanyakan kemalangan ini boleh dicegah dan adalah digalakkan semua ibu bapa, pengasuh dan sesiapa sahaja yang berkenaan untuk mempelajari teknik bantuan kecemasan / bantuan awal agar dapat mengurangkan komplikasi / mencegah kematian akibat kecederaan. Semoga bermanfaat untuk semua! Send a kiss.

*Perkongsian ini adalah kombinasi pengalaman sebagai seorang ibu kepada seorang anak sepanjang 3 tahun bergelar ibu dan juga hasil rujukan dari sumber bacaan semasa melalui pautan di SINI.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ok banyak juga unfo menarik mengenai perkembangan anak kecil ni. thanks for sharing this :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !