Psssttt.... Nak Review MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER Ni!

Farah Waheda Wahid
2

Sakannn... nak review MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER yang Farah dapat sebagai goodies dari majlis pelancaran Influence Asia 2017 Official Launch Event semalam... 🙆. Iyalah, belum pernah cuba lagi bedak ni sebelum ni... Muahahaha... 🙌 Ni baru nak merasa ni noksss... Alhamdulillah rezeki jangan ditolak! Terima kasih pihak penganjur dan penaja untuk goodies yang Farah suka ni! Cerita tentang majlis pelancaran tu, nanti Farah kongsi di dalam entri yang lain ya? 😉. 

Dipendekkan cerita...pagi semalam pun mencubalah nak tenyeh atau tempek MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER yang baru dapat tu kan? 


Ini adalah wajah tak siap pagi tadi, sebelum tempek apa-apa. Sila abaikan kulit yang menggelupas akibat sibuk dok tonyoh hidung yang selesema tu. Tonyoh punya kuat sebab tu sampai menggelupas. Muahahaha... 😂


Dengan penuh berhati-hati dan keterujaan... Farah oleskan secara perlahan-lahan ke muka. Tadah muka sendiri untuk sendiri touch up. Bolehlah kan? Ihikss... 😅. 


Sikit lagi, sikit lagi...ni nak habis dah ni touch up ni... 


Tadaaa... inilah hasilnya... tanpa sebarang filter mahupun editing. Cuma lighting sahaja... Yang lain semua asli ok? 


Suka-suka-suka! Kim Kardashian pun suka sangat dengan MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER ni tau! Secara asasnya, MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER adalah bedak yang berbentuk serbuk yang berdefinisi tinggi di mana ianya memberikan kulit kemasan semula. Dia macam tak terlalu matte dan juga tidak membuatkan kulit wajah kelihatan berminyak. Macam tengah-tengah. Faham tak? Apa yang Farah cuba sampaikan? Hu hu hu...

Lepas sehari suntuk Farah mengaplikasi MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER ni, sebagai seorang yang kerap berpeluh dan ada masa-masa kulit muka menjadi kelihatan seperti berminyak... Farah nak komen satu jer!  Perfect! MAKE-UP FOREVER HIGH DEFINITION POWDER ini diperbuat daripada 100% silika-mineral yang telah disaring dan ia menutupi hampir semua ketidaksempurnaan seperti garis-garis halus dan of course kelihatan sangat flawless. Sangat ok! Sangat! Jujur ni... Tak perlu lagi dah nak guna aplikasi Camera 360 mahupun yang lain-lain yang berkaitan. Boleh terus selfie dan terus muatnaik jer gambar selfie anda. Complexion kulit tu boleh nampak sangat cantik dan rasa velvety soft. 

Selesa! Cantik! Ringan! Tak perlu pakai bedak banyak-banyak... Just a light one will do! Kalau habis nak beli ke? Macam nak...Muahahaha... 😅 Tapi tengoklah kemampuan poket macam mana kan pada waktu tu... Hu hu hu... Kalau ada rezeki apa salahnya kan?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Pernah tengok video Nana katanya kalau letak argan oil, sebaran bedak nampak lagi licin katanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !