Periuk bukan sebarang periuk! Periuk bukanlah periuk ajaib atau sakti! Tapi periuk dengan kepelbagaian fungsi dengan harga yang berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua orang yang berkualiti tinggi dari jenama yang sangat-sangat terkenal di dalam dunia kulinari iaitu TEFAL! Periuk komputer mikro TEFAL memudahkan segalanya! I’m loving it! . Segalanya jadi cepat, segalanya jadi mudah! Lebih-lebih lagi bagi ibu bekerjaya kan? Yang senantiasa terkejar-kejar masa untuk melakukan segalanya. Nak masak nasi? Nak masak bubur? Nak masak sup? Nak stim ikan? Nak bakar atau stim kek? Bereh boh! Semua pun boleh!
Periuk Komputer Mikro TEFAL yang berharga pasaran di dalam lingkungan RM179.00 sehingga RM 250.00 ini didatangkan dengan beberapa kelengkapan atau aksesori seperti yang dapat dilihat di dalam gambar yang tertera di bawah:
Ada cawan sukatan beras, dua unit senduk dan penapis untuk tujuan stim. Apakah features pada periuk komputer mikro TEFAL ni?
Maklumat Produk Periuk Nasi TEFAL Mikro Komputer TEF-RK106P
Kapasiti: 1.8 L (10 cawan sukatan untuk 8 sehingga 10 orang)
Kuasa: 700W
Fungsi Masakan: Memasak nasi dengan cepat, memasak nasi cara pakar, bubur nasi, bubur, sup, stim, kek dan memanaskan.
Periuk eksklusif yang tidak melekat dengan permukaan dalaman berbentuk diamond 4 lapisan seramik.
Fungsi preset: 2 sehingga 15 jam.
Didatangkan dengan micro pressure valve untuk hasil masakan yang lebih baik.
Sistem anti limpahan.
Memanaskan nasi dan fungsi stim secara automatik.
Didatangkan dengan ciri pengumpul wap bagi mengelakkan kebocoran wap.
Sistem perlindungan auto-overheat cut off.
Menarik tak? Bagi Farah menariklah! Sebab kepelbagaian fungsi dan juga ciri-ciri yang didatangkan dengan periuk komputer mikro TEFAL sangat ohsem! Nak tau tak? Farah dah mencuba memasak dua biji kek dah dengan periuk komputer mikro TEFAL ni. Hasilnya memang lebih baik dari membakar kek secara biasa di dalam ketuhar. Lembut, gebu… Ha ha ha…tiba-tiba rasa macam Farah makan kek yang dibeli di bakeri mahal pula! Serius! Sebelum-sebelum ni memang kek menjadi tapi tidak sebaik ini kualitinya. Nyumehhh! Kalau tak percaya kenalah cuba sekali membakar kek dengan menggunakan periuk komputer mikro TEFAL ni! Farah pasti anda tak menyesal sebabnya cepat pun cepat. Memang sangat-sangat mudah.
Kek yang pertama yang Farah cuba dengan periuk komputer mikro TEFAL adalah kek coklat moist. Memang menjadi! Teksturnya… (bukan nak puji hasil masakan sendiri tapi jujur ni, pengalaman menggunak periuk komputer mikro TEFAL)…memang terbaik!
Kek yang kedua lagilah, buatkan Farah semakin rajin dan bersemangat nak melakukan aktiviti bakar membakar kek semula seperti waktu dulu-dulu sebelum Firash lahir… Kek lemon yang asyik berulang kali nak tatap jer kejadiannya…Ha ha ha… …. Kawan-kawan pejabat yang rasa pakat puji kata gebu, halus dan lembut teksturnya. Awwww… tiba-tiba terfikir macam nak mula ambil tempahan kek semula pula ni! Ha ha ha… Sebab kerja-kerja membakar kek dah jadi mudah! Nak nak lagi bila bekerja dengan adanya anak kecil kan? Cepat! Memang sangat menjimatkan masa. Tak sampai setengah jam dah boleh hasilkan sebiji kek!
Selain dari kek, sebenarnya ada beberapa resipi lauk pauk yang boleh dimasak dengan menggunakan periuk komputer mikro TEFAL ni. Memang segalanya jadi mudah betul! Alahaiii, terima kasihlah TEFAL di atas inovasi periuk mikro komputer ni. Memang TEFAL telah sangat-sangat membantu Farah yang senantiasa terkejar-kejar masa untuk melakukan semua perkara ni ha! Sekarang ni sambil masak pun boleh blogging tau…Ha ha ha… . Sebab cuma perlu tekan punat pada periuk dan kemudiannya tunggu sehingga masakan siap.
Yang mana rasa-rasa nak memudahkan hidup tu… Tunggu apa lagi? Bawa-bawalah pergi survey periuk komputer mikro TEFAL ni ha! Senang kerja, jimat masa dan masakan jadi masakan yang berkualiti tinggi serta sedap baq ang! Tak tipu lahhh… sendiri dah lalui pengalaman bersama periuk komputer mikro TEFAL ni selama beberapa minggu… sebab tu cerita dan kongsi ni… He he he… Barang baik takkan nak simpan sendiri-sendiri jer kan? Kenalah kongsi sama-sama kerana sememangnya ramai yang memerlukan inovasi terkini yang seumpama ini bagi memudahkan lagi kehidupan sehari-hari kan?
Untuk Maklumat Lanjut:
Kalau dulu belum kawin asal tengok gajet baru mesti rasa nak beli... bila dah kawin, gajet memasak dan mengemas macam ni confirm jadi perhatian... hahahaha
ReplyDeleteMana nak dapat ni?
ReplyDeletemcm mna nk guna sis...saya ada periuk ni...ingt nk buat kek...tp xtau guna
ReplyDeletemcm mna nk guna periuk ni sis...saya ada..ingt nn buat kek...tp xtau nk gna
ReplyDeleteBoleh share cara guna untuk masak bubur congee. Da cuba 2 kali. Tgl smp berjam. Tp x jadi pun. Nasi kembang je
ReplyDeleteSy guna function congee tp nasi cuma mengembang. X jadi bubur
ReplyDelete