Pengangkutan Sekolah–Sila Pastikan Kenderaan Berdaftar!

Farah Waheda Wahid
0
Pengangkutan Sekolah–Sila Pastikan Kenderaan Berdaftar!
Kredit: Sumber dari Google

Malas nak cakap lebih-lebih pun ada sebenarnya. Tapi itulah… rasa terkesan serta geram di hati masih berbuku pada seseorang yang baru jer sebulan dua muncul depan mata ni ha! Adalah kisahnya dan tak perlu diperpanjangkan di sini. Bukan tidak mahu mengajar anak untuk berdikari, tetapi, di usia 3 tahun, apalah yang boleh diharapkan sangat pada diri sendiri untuk menjaga diri sendiri. Dalam keterpaksaan, secara tak rela dan berat hati, akhirnya terpaksa melepaskan juga dia naik van sekolah untuk seketika dulu. Sekarang tak lagi dah…selepas insiden benjol dan lebam teruk di dahi, terus minta jasa baik teacher dia untuk hantar dia selepas waktu tadika tamat. Farah tak kisah bayar lebih sedikit asalkan keselamatan Firash terjaga. Tu jerlah satu-satunya yang ada untuk Farah kot? Ibu bapa, pengangkutan sekolah–sila pastikan kenderaan berdaftar!

Kita tidak mahu kejadian seumpama INI terjadi kepada anak-anak kita semua. Apa ceritanya? Kisah kanak-kanak berusia 4 tahun yang meninggal dunia setelah jatuh bergolek dari van sekolah di China. Walaupun, ibu bapanya dibayar dengan ratusan ribu tetapi ianya tidak dapat menggantikan nyawa anak kecil yang tidak berdosa yang telah melayang dengan sebegitu sahaja. Sesetengah pihak cuma memikirkan keuntungan dan tidak memikirkan perkara lain. Ada bukan tak ada, jadi tak salah kita sebagai ibu bapa sedikit skeptical di dalam melepaskan anak-anak untuk menaiki sebarang pengangkutan sekolah. Farah akui, Farah cerewet, Farah fussy, you can name it all because that’s the only one that I have.

Menurut artikel yang sama, sebagai ibu bapa kita perlu memainkan peranan yang sangat besar di dalam menguruskan serta mengaturkan kenderaan sekolah anak-anak. Jalan raya merupakan salah satu risiko terbesar ketika anak-anak ke sekolah dan sebagai ibu bapa, pasti kita mahukan yang terbaik untuk mereka. Selain pentingnya mendapatkan kenderaan yang boleh mengambil dan menghantar mereka ke sekolah, kita sebagai ibu bapa juga harus menitikberatkan faktor keselamatan. Apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa?
  • Menyemak dahulu sama ada kenderaan dan pemandu tersebut mempunyai lesen yang sah untuk membawa pelajar sekolah.
  • Mengambil butiran pemandu dan kenderaan sebagai rujukan.
  • Memeriksa kenderaan yang bakal digunaakan anak anda (keselamatan).
  • Menyarankan kepada ibubapa lain tentang kepentingan menggunakan kenderaan berdaftar.

Mengapa Pentingnya Menggunakan Kenderaan Berdaftar?

Mungkin ramai yang tidak pasti apa yang membezakan kenderaan berdaftar dan bukan, jadi ini sedikit perkongsian antara sebabnya mengapa anda patut memilih kenderaan berdaftar:
 
  • mempunyai permit dari pihak Suruhanjaya Pengangkutan Darat atau Badan Perlesenan Kenderaan Komersial.
  • mereka diinsuranskan untuk membawa penumpang (jadi anak anda dilindungi oleh perlindungan insurans. Antara perlindungan yang ditawarkan ialah perlindungan kematian (RM100,000), kecacatan kekal (sehingga RM100,000), pembiayaan medikal (sehingga RM3,000), kelebihan hospital (RM100 sehari selama 30 hari) dan perbelanjaan berkenaan kematian (rM2,500).
  • mempunyai jadual yang tetap.
  • menggunakan kenderaan yang dibolehkan untuk membawa penumpang (bukan kenderaan ubah suai mahupun persendirian).
  • anda mempunyai pihak berwajib untuk dirujuk jika berlaku apa-apa.

Buat masa sekarang, Farah lebih percayakan teacher Firash untuk menghantar Firash sebabnya dia memang buah hati pengarang jantung Firash di tadika. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Nampaknya segala berjalan lancar dan segalanya baik-baik. Lagipun, bukan orang lain, kami rapat. Alhamdulillah, syukur kerana dipertemukan dengan teacher Firash ni. Cumanya, perkongsian Farah ini, bakal menjadi panduan di waktu akan datang apabila Firash telah mula bersekolah rendah nanti. In Shaa Allah. Farah akan cuba pastikan yang kenderaan yang bakal dinaiki oleh Firash adalah kenderaan yang berdaftar. Pasti mahukan kenderaan yang berdaftar untuk pergi dan balik dari sekolah. Kalau teacher sanggup nak ambil dan hantar sampai sekolah rendah nanti pun tak apa… Smile with tongue out…Muahahaha….

*Banyak drama dia kalau naik dengan teacher…Seronok sebab boleh pau teacher kan? Hu hu hu….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !