Ohoiii... THE TRAVELOKA SALE-ABRATION! Jangan Terlepas OK?

Farah Waheda Wahid
3

Benda-benda yang mengujakan dan benda-benda yang menarik serta best memang tak boleh tahan diri ni dari simpan rahsia! Ha ha ha... Ok? Barang baik jangan simpan sendiri jer kan? Haruslah dikongsi bersama-sama anda... barulah seronok jika dapat kita nikmati bersama ya tak? Ohoiii... THE TRAVELOKA SALE-ABRATION! Jangan Terlepas OK? 

Buka-buka laman web TRAVELOKA, terjumpa pula tentang THE TRAVELOKA SALE-ABRATION! Something's brewing! Mana mungkin nak simpan sendiri. Ini kira-kira macam travel fair tapi online travel fair lah senang ceritanya. Kaki jalan, kaki holiday, kaki travel... tolonglah jangan lepaskan peluang yang datang ni! Kalau nak bercuti, kalau nak planning bercuti, elok sangatlah tu kalau-kalau anda luangkan masa sedikit untuk THE TRAVELOKA SALE-ABRATION ni. Kalau terlepas...Alahaiii ruginya lahaiii... Benda-benda macam ni bukannya datang selalu. 

Kenapa Farah sibuk sangat dok ajak anda tinjau-tinjau THE TRAVELOKA SALE-ABRATION? Sepertimana yang kita tahu, TRAVELOKA adalah sebuah laman web travel dengan kemudahan menyeluruh terbaik, harga terbaik dan harga jujur! TRAVELOKA memberikan penyelesaian secara menyeluruh di mana anda boleh menempah tiket penerbangan dan hotel murah di Asia Tenggara dan pada masa yang sama dengan penjimatan hebat. Harga yang ditawarkan pula adalah merupakan harga paling kompetitif untuk segala tiket dan hotel di Asia Tenggara. Yang paling menarik adalah tiada caj tersembunyi, apa yang anda lihat adalah apa yang anda bayar.



Farah seorang Pembantu Peribadi, memang hampir mahirlah kan dengan segala urusan tempahan tiket penerbangan dan juga hotel ni. Apa orang kata? Bergelumang dengan kerja-kerja tempahan penerbangan dan hotel...Sebab tu Farah berani nak merekomendasi pada anda untuk melakukan tempahan penerbangan serta hotel untuk percutian anda melalui laman web travel TRAVELOKA ni.

Nak-nak lagi ada THE TRAVELOKA SALE-ABRATION ni kan? Memanglah Farah lagi seronok nak cerita pada anda supaya anda dapat menikmati harga terbaik, tawaran terbaik lagi berbaloi-baloi. Rugi oiii kalau terlepas.


Banyak sangat manfaat yang akan anda perolehi kalau anda memilih TRAVELOKA sebagai agensi percutian atas talian anda:

Transaksi Dalam Talian Yang Selamat
Keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh RapidSSL yang sah. Terima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam e-mel anda.

Hasil Carian Yang Paling Meluas
Perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah tidak pernah semudah ini. Cari hotel terbaik dari bajet hingga ke hotel 5 bintang, dan jenama seperti Tune Hotel, Ibis Hotel dan juga syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Tigerair, Firefly, AirAsia dan banyak lagi.

Kad Saya, Penempahan Pantas, Pembayaran Selamat
Jimat masa dengan mendaftar butiran kad anda sekali sahaja untuk tempahan akan datang. Jangan risau! Maklumat kad anda dilindungi sepenuhnya untuk keselamatan data.

Khidmat Pelanggan 24/7
Anda memerlukan bantuan? Jangan nak panik. Tengah-tengah malam pun boleh. Anda boleh hubungi pihak khidmat pelanggan TRAVELOKA melalui e-mel, telefon atau perbualan langsung.

Urus Tempahan Dalam Talian Anda
Log masuk untuk mengakses e-tiket / baucar hotel pada semua peranti anda, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian.


Save the Date! Mark betul-betul dalam reminder telefon pintar atau mana-mana gajet anda supaya tidak ketinggalan sesuatu yang besar yang menanti anda. Tawaran berbaloi-baloi dan terbaik bakal menemui anda pada 10 Mac 2017 untuk semua destinasi domestik dan juga antarabangsa. Kalau tak nak rugilah... Kalau nak rugi, anggap jer hebahan Farah ni sebagai angin lalu jer. Hik hik hik. Farah ikhlas ni tau berkongsi dengan anda tentang ni. THE TRAVELOKA SALE-ABRATION bukan sekadar tawaran terbaik, berbaloi-baloi untuk semua tetapi termasuklah juga member-only discount (yang ni pasti lagi terbaik tawarannya kan?). Yang selama ni mengimpikan percutian idaman tu bolehlah ambil peluang keemasan ni kan? Mengabulkan impian yang belum tertunai-tunai tu?

Oklah, Farah ni pun tengah sibuk nak survey-survey laman web TRAVELOKA sebab nak senaraikan destinasi percutian yang Farah nak cuba dapatkan semasa THE TRAVELOKA SALE-ABRATION. Rasanya macam dah semak sangat dah kepala ni... dan I do really need to take a break from work and everything. Sesekali kena cari ketenangan diri dan relakskan minda juga kan?

Jangan lupa tau! THE TRAVELOKA SALE-ABRATION pada 10 MAC 2017. Jangan nanti bila dah habis promosi anda pula terasa menyesal tak sudah. Till then! Ta ta!

Untuk Maklumat Dan Informasi Lanjut:







Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !