Cara Mendukung Bayi Baru Lahir

Farah Waheda Wahid
0
CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR

Sewaktu belum ada anak sendiri, sewaktu masih belum bergelar seorang ibu, nama nak memegang bayi yang baru lahir tu memang tak akan! Sebab rasa alahaiii, macam halusnya… macam fragile-nya… Takuttt! Tapi bila melahirkan anak sendiri, takut tak takut, seriau tak seriau, perasaan nak memegang anak sendiri tu lebih kuat dari segala macam jenis bayangan dan ketakutan yang ada. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Itu biasalah kan? Tak ada yang pelik pun bila dah bergelar seorang ibu. Makanya, tidak mustahil-lah sekiranya ada di kalangan ibu bapa baru yang mempunyai perasaan yang sama kan? Meh sini… nak kongsi cara mendukung bayi baru lahir sepertimana perkongsian oleh Datuk Dr Zulkifli Ismail melalui artikel yang telah dimuatnaikkan di pautan di SINI.

Fakta Asas Yang Perlu Diberi Perhatian

Sebelum anda menyentuh bayi baru lahir anda, pastikan semua barang yang bersentuhan dengannya adalah bersih. Ini termasuk baju anda dan lebih-lebih lagi tangan anda (contohnya, basuh tangan menggunakan sabun atau gunakan cecair pembasmi kuman sebelum memegangnya). Pastikan semua orang yang mengendalikan bayi juga bersih, ini kerana bayi mudah jatuh sakit akibat sistem imunnya yang masih lemah.

Sentiasa pastikan anda menyokong kepala dan leher bayi baru lahir setiap kali mengangkat atau memegang/mendukungnya, berhati-hati agar tidak menggoncangnya.  Menggoncang, tidak kira sama ada dilakukan kerana kecewa atau dengan cara bermain-main, boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan membawa maut. Langkah berjaga-jaga yang sama juga perlu diambil apabila bermain secara kasar seperti menggoncangnya di atas lutut anda atau mencampak bayi ke udara dan menyambutnya. Boleh rujuk entri lama Farah ---> Shaken Baby Syndrome

CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR 2

CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR 3

Menggendong Bayi Baru Lahir (Baby Wearing)

Terdapat dua cara popular yang membolehkan anda menggendong bayi apabila keluar berjalan. Satu, menggunakan baby carrier dan satu lagi menggunakan lelilit atau wrap, iaitu pada dasarnya ialah sehelai kain panjang.

Menggunakan Baby Carrier

CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR 4

1. Kancingkan semua tali yang terdapat pada baby carrier anda. Betulkan gancu dan tali tetapi pastikan terdapat sedikit ruang untuk bayi baru lahir anda.

2. Guna kedua-dua belah tangan untuk memasukkan bayi dengan cermat ke dalam baby carrier. Jika perlu, minta orang lain bantu memasukkan bayi. Adalah disarankan agar bayi menghadap anda.

3. Betulkan semua tali buat kali terakhir. Pastikan baby carrier menyokong bahagian belakang bayi dan leher dengan sempurna. Kepalanya perlu terletak dengan selesa pada dada anda dan menghadap ke kiri atau kanan.

PERHATIAN! Pastikan baby carrier anda sesuai untuk bayi baru lahir.

Menggunakan Lelilit (Wrap)


CARA MENDUKUNG BAYI BARU LAHIR 5

1. Ikat lelilit bayi sekeliling tubuh anda seperti yang ditunjukkan di dalam manual.

2. Masukkan bayi baru lahir ke dalam lelilit dengan cermat, berhati-hati agar dia boleh baring mengerekot dengan selesa dalam posisi fetus. Jika perlu, minta orang lain membantu meletakkan bayi ke dalam lelilit.

3. Sekarang, ubah kedudukan lelilit dengan cermat agar menyelubungi dan menyokong tubuh bayi anda. Sentiasa pegang bayi dengan selamat apabila anda membetulkan lelilit buat kali terakhir.

PERHATIAN! Jangan letak bayi menghadap ke luar atau dalam posisi melintang atau buaian kerana posisi tersebut adalah tidak selamat.

Tips-tips Asas Keselamatan

Sentiasa posisikan bayi baru lahir anda dengan dagunya ke atas untuk memastikan salur udaranya sentiasa terbuka. Jangan menggendong bayi dengan dagunya ke bawah, ke arah dadanya kerana pernafasannya boleh terganggu. Jika anda menggunakan lelilit, cuba menggendong bayi pada paras dada anda dan muka bayi dapat dilihat – lelilit hendaklah dipakai mengelilingi tubuh bayi dengan cara yang dapat memberinya sokongan yang diperlukan.

Belajar ya? Cara-cara ni ibu bapa baru? Yang lama pun boleh belajar… Refresh memories… Winking smileMana tau nak menambah lagi kan?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !