![]() |
Kredit: Sumber dari Google |
AH LONG Halimunan, Pinjaman Tidak
Wujud - HATI-HATI! ALONG atau AH LONG - you
named it... Tapi ini tentang kes pinjaman tidak wujud! Sakit tak hati kau?
Bila kau tidak ambil sebarang pinjaman kewangan dari ALONG atau AH LONG,
selepas tu tiba-tiba kau dipaksa membayar sejumlah besar wang? Bukan setakat
sikit-sikit...tapi beribu-riban! Katanya, kau ada dua pilihan sama ada kau
bayar atau kau akan menghadapi kesusahan di kemudian hari. Itu ugutan kan? Baru
jer tahu tentang perkara ini... Kalau anda-lah di dalam situasi yang
digambarkan ini apakah yang akan anda lakukan? Tak pasal-pasal memaksa diri
bayar atau buat tak reti dengan gaya seolah-olah berani mati dengan tidak
membuat bayaran langsung?
Tak pasal-pasal kepala jadi semak
dengan masalah yang tidak diundang kan? Hidup yang sudah cukup dengan pelbagai
isu dan masalah, bertambah pula dengan isu atau masalah yang tidak dipinta.
Farah panggil ini adalah scammer yang
menyusahkan hidup orang lain! Modus operandi pula boleh jadi pelbagai. Licik
tau diaorang ni.
SCAM ALERT! Sindiket pinjaman AH LONG atau ALONG merupakan
sindiket PINJAMAN TIDAK WUJUD. Ianya
bukan sahaja memberi janji kosong tetapi akan memanipulasi mangsa untuk membuat
bayaran kepada mereka sebagai bayaran proses pinjaman sebelum menghilangkan
diri atau terus-menerus menekan anda untuk membayar.
Modus operandi yang digunakan
hampir sama dengan pinjaman AH LONG atau ALONG. Namun cara urusan dijalankan
berlainan kerana dalam kes AH LONG atau ALONG, suspek dan mangsa menjalankan
urusan secara bersemuka, manakala kes PINJAMAN TIDAK WUJUD, mangsa dan suspek
hanya berhubung melalui telefon. Tak kisahlah panggilan telefon, sms mahupun
mesej di What's App.
MODUS OPERANDI SATU
Sindiket
mengedarkan brochure dan kad nama
dalam menawarkan pinjaman wang di peti pos rumah dan diletakkan di cermin
kereta atau pemegang pembuka kereta. Bila mangsa tengok, mangsa yang mengalami
masalah kewangan dan berminat untuk membuat pinjaman akan berurusan dengan
sindiket menggunakan telefon. Sindiket pula, ambil peluang keemasan ini untuk
memperdayakan mangsa dengan mengatakan pinjaman dipohon diluluskan tanpa
melihat sebarang dokumen. Wah wah wah...semudah itu sahaja uolsss...Setelah diluluskan mangsa diarahkan untuk mendepositkan
sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai wang proses. Setelah wang proses
dimasukkan, sindiket gagal dihubungi. Lesap!
MODUS OPERANDI DUA
Sindiket
menawarkan pinjaman wang melalui laman web yang mangsa Google. Pada hemat si
mangsa, apa yang ada di Google, bila si peminjam wang berlesen (katanya) berani
up laman web, ini agak meyakinkan
ni... Sebabnya, kalau tidak berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) takkanlah mereka sewenang-wenangnya
berani nak up laman web mereka untuk
tujuan pengiklanan kan? Tawaran menarik! Kelulusan cepat! Itu janjinya... Kalau
tak boleh keluar berjumpa pun tak mengapa, mereka boleh datang jumpa. Bagi yang
sememangnya ada masalah untuk berurusan sewaktu bekerja, memang sukalah kaedah
macam ni kan? Kemudian, bila jumpa, serah dokumen segala bagai... janji bulan
bintang dan cerita macam-macam. Mangsa pula di dalam situasi harapan semakin
kabur dan jalan yang gelap mula percaya dan serahkan semua dokumen yang diminta
untuk memproses pinjaman.
Sadisnya, mereka yang licik ini
akan memberitahu mangsa... disebabkan belum pernah meminjam, mangsa perlu
melakukan pembayaran sebagai bukti rekod pembayaran cantik dan ikut masa. Gittew... Selepas ada bukti rekod
pembayaran mengikut masa, barulah pinjaman yang lebih besar untuk bayaran
ansuran bulanan boleh diluluskan. Mangsa pun percaya... Mereka masukkan RM
100.00 ke dalam akaun mangsa dan beri tempoh pembayaran sehingga lima hari di
mana mangsa perlu memasukkan kembali ke akaun yang diberikan oleh mereka
sebanyak RM 1,000.00. Bila mangsa dah bayar, mereka akan kata ada masalah
sedikit. Mereka akan masukkan sebanyak RM 200.00 dan mangsa perlu membayar
sebanyak RM 1,100.00 di dalam tempoh selama 5 hari. Dah up sikit dah tu...
Farah ada terbaca, bila mangsa
ambil keputusan untuk tidak meminjam dan membatalkan permohonan lain pula
jadinya ceritanya. Bila mangsa memberitahu pada mereka niat di hati mangsa,
mereka kata ada caj sebab nak membatalkan permohonan. Mangsa perlu masukkan
sebanyak RM 1,500.00. Kemudiannya bila mangsa masukkan sebanyak RM 1,500.00
dengan harapan masalah selesai! Jadi lain...mereka akan beritahu mangsa sistem
sangkut RM beberapa ratus lagi, kena top
up lagi...Mangsa ni pula disebabkan takut sesuatu yang tidak diingini berlaku
pergilah bodoh-bodoh masukkan jumlah yang mereka minta. Mereka akan ulang-ulang
kata dalam sistem sangkut, dalam sistem sangkut... Bha ha ha... Kemain kau kan?
Pindahan wang atas talian dan pindahan wang melalui mesin deposit tunai, mana
mungkin jumlah tak muncul di penyata akaun secara atas talian. Tipu! Ni
betul-betul tipu! Melainkan kalau duit sangkut pada mesin deposit tunai lah
kan?
Ayatnya? Kalau you tak ada bayar I tak tau ooo, kalau lain hari you
susah atau ada masalah... Amboiii ugut! Tapi don't underestimate their actions ya?
MODUS OPERANDI KETIGA
Mangsa
yang tidak pernah membuat sebarang pinjaman, tidak pernah menandatangi sebarang
pinjaman, tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan manusia yang claim ada pinjaman di atas nama mangsa. Ini kes kad pengenalan kena
gadai dengan siapa-siapa-siapa lah ni kan? Orang dok buat naya! Kad pengenalan
tu memang macam-macam orang boleh buat oiii! Ataupun bagi sedikit maklumat
tentang diri sendiri secara terbuka di mana-mana media sosial atau mana-mana tempat
pun boleh jadi. Salinan kad pengenalan pun orang boleh buat ok? Don't play play ok? Sejuta kali mangsa
kata, tak pernah buat pinjaman, sejuta kali juga mereka akan desak mangsa
membayar.
Lepas tu diikuti dengan pelbagai
jenis cakap-cakap...kalau you tak ada
bayar, lain hari you susah atau ada
masalah itu you punya pasal! You ada pinjam ka, you tak ada pinjam ka, itu bukan kita punya masalah...Kita ikut
sistem saja ma! Dalam sistem ada
rekod you pinjam. Sistem-nya mana?
Kenapa tak tunjuk penyata ke apa kan? Nama pun entah dari celah bedah mana
datang...bukannya bank, bank tu dah tentulah ada penyata pinjaman ya tak?
Yang peliknya, dia boleh tahu kau
kerja mana, no. telefon kau, segala bagai maklumat diri kau, kau tinggal mana
tu semualah...Bahaya kan? Gila arrr! Scary!
Sangat scary! Macam tak selamat
pun ada rasanya kan?
Nasihat Polis
1. Sentiasa berwaspada apabila
membuat sebarang urusan pinjaman dengan individu, institusi kewangan atau
agensi pemberi pinjam wang (PPW).
2. Jangan mudah terpengaruh dengan
iklan yang diedarkan seperti brochure, kad
nama dan poster berkenaan pinjaman wang.
3. Membuat pinjaman dengan
institusi kewangan dan agensi PPW yang berlesen.
4. Sebarang urusan pinjaman
diuruskan sendiri dengan hadir ke syarikat PPW atau institusi kewangan yang
terlibat.
5. Elakkan menggunakan orang
tengah atau ejen untuk urusan pinjaman.
Lepas tu kan? Tolonglah laporkan
segera ke balai polis yang berhampiran. Dua jenis laporan ya? Covering report dan juga case report. The next time mereka
hubungi anda minta bayaran... Beritahu mereka yang anda telah laporkan perkara
ini kepada pihak polis. Simpan no telefon bilik gerakan dan balai polis
terdekat dengan anda dan simpan no telefon ASP atau Sarjan yang menguruskan kes
yang telah anda laporkan.
*MODUS OPERANDI KETIGA tu memang
sangat menyakitkan hati kan bila baca? Sebab orang lain gunakan maklumat dan
kad pengenalan kita. Haihhh... Semoga bermanfaat untuk semua...
berhati-hati
ReplyDeletepanjang nak pahamkan ni..tapi kalau cerita pasal along ni..jangan main-main...bahaya kan
ReplyDelete-Kisahsidairy-