Psssttt… selepas ni… tak usah ditanya ke mana aku pergi! Ya? Sebab dah ada
tools yang boleh membantu awak untuk mengesan ke manakah
movement kita. Ekekekeke…

… Salam Jumaat semua! Hari ni Mommy Firash dengan berbesar hati nak berkongsi
DIY Tools for Workstation yang tak wajib tetapi bagus sekiranya ada. Sekurang-kurangnya tak adalah kita ni dianggap hilang tanpa jejak ya?
Missing in actions gittew… Sesuatu untuk membantu kita pekerja-pekerja bawahan untuk berkomunikasi secara
non-verbal dan halus kepada sesiapa sahaja yang mempunyai sifat ingin tahu ke manakah kita? Di manakah kita? Berguna juga untuk
boss kita nak jejak kita bila kita tak ada di
workstation. Kira-kira fungsi dia 2 dalam 1 lah ya? He he he…

… Untuk memaklumkan kepada orang yang tak berkenaan dan juga dalam masa yang sama untuk memaklumkan kepada
boss kita sekiranya
so happen boss kita tu datang ke
workstation dan mencari di manakah kelibat kita…

Sangat ringkas dan sangat mudah untuk disediakan, cuma perlukan kertas berwarna, gam dan paku tekan. Tengok gambar pun dah boleh buat. Sambil pejam mata sebelah pun dah boleh buat. Bertambah seri
workstation kita kannn? Muahahaha…

Mudah sebenarnya bila ada benda ni… Siapa yang sememangnya dah lama praktikkan kegunaan roda
Wheel of Fortune ni di
workstation masing-masing di pejabat? He he he… Farah baru pertama kali setelah berbelas-belas tahun bekerja… Inilah pertama kali seumur hidup Farah letakkan mender alah ni di dinding
cubicle workstation Farah. Itupun disebabkan oleh keadaan semasa yang menuntut ini diletakkan…Kalau tidak memang tak terlekatlah di dinding
cubicle workstation Farah…
Sesiapa yang mungkin merasakan ini adalah satu idea yang baik dan berguna… Silalah lakukan yang sama juga! Tak perlu Farah terangkan bagaimana
step by step proses nak menyiapkan carta berpusing sebab Farah pasti, bila tengok jer gambar anda dah boleh tahu dah caranya bagaimana…
ok..nanti nak buat jugak...thanks kongsi farah..
ReplyDeleteGood idea! satu perkongsian yang baik hehe.
ReplyDeleteHuiyoooo. Naisssss idea kakkk. Nanti Uyul nak try lahh. Heheheeh
ReplyDeletePernah buat tapi tak banyak.. yang sis punya nie bagus.. details..
ReplyDelete