#SELFNOTE: Jangan Sampai Salah Cara Didik Anak

Farah Waheda Wahid
5
#SELFNOTE-JANGAN SAMPAI SALAH CARA DIDIK ANAK
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google 

“Mak ayah tak ajar ya? Siapa mak? Siapa ayah? Tak “makan saman” betul…Ini mesti mak ayah tak pandai didik anak ni…sebab tulah sampai macam ni sekali kelakuan tu…”… Agak-agaklah kan?  Apa perasaan seorang ibu, seorang bapa bila anak sendiri, zuriat sendiri orang kata macam tu? Pedih kan? Perit kan? Rasa macam disiat-siat jer hati dan nipis jer gegendang telinga… Kadang-kala, ada situasi tertentu nak dimarah orang yang lancar mengeluarkan kata-kata tu pun tak boleh juga sebab hakikatnya memang begitu… Anak-anak yang tidak mahu mendengar kata, malas solat, malas belajar, nakal dan macam-macam perkara lagi memang boleh membuatkan ibu bapa rasa macam nak pecah kepala memikir cara untuk memperbetulkan keadaan… Marah memang selalulah… pukul pun memang dah jadi makanan… semakin dimarah, semakin dipukul bukan berkurangan, semakin dibebel bukan semakin baik keadaanya tetapi semakin teruk adalah… Adoiii… Di mana silapnya didikan kita sebagai ibu bapa? Cumanya, walaupun anak kita itu nakal, #selfnote: jangan sampai salah cari didik. Sad smile.

Sepertimana yang dikongsikan oleh pihak editorial mingguan wanita melalui artikel di SINI, Rasulullah SAW adalah insan mulia yang tinggi akhlaknya yang sepatutnya kita contohi termasuklah cara Baginda mendidik anak-anak. Sabda Rasulullah SAW:

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.

Bermakna, dalam mendidik anak-anak, tidak salah jika kita hendak manjakan mereka atau bergurau senda dengan mereka. Namun, ada ketikanya kita juga kena tegas dan jika perlu, hukum mereka dengan hukuman yang setimpal.

Nasihat

Anak yang nakal perlu dinasihati tentang kesalahan mereka sehingga mereka tahu dan sedar akan kesalahan mereka dan tidak akan mengulanginya. Nasihati dengan baik sehingga mereka faham. Gunakan suara yang lembut dan tak perlu menjerit dan berteriak kerana kadangkala cara itu hanya membuatkan anak-anak semakin memberontak.

Sediakan Rotan Di Rumah

Pada zaman sekarang ni, mungkin tidak ramai yang ada menyimpan rotan di rumah. Tapi Farah nak simpan tau! Memang dah cadang-cadang nak simpan! Menggantung rotan di rumah bukan bermaksud kita cuba memberitahu anak-anak bahawa jika mereka melakukan kesalahan atau nakal, maka mereka akan dipukul. Sebaliknya, ia hanya untuk mendidik mereka agar takut jika melakukan perbuatan yang tidak baik. Seperti yang dikatakan Imam Ibnu Anbari:
Rasulullah SAW tidak memaksudkan perintah untuk menggantungkan cambuk (alat pemukul) untuk memukul, kerana Rasulullah SAW tidak memerintahkan hal itu pada seorang pun. Akan tetapi yang baginda maksud adalah agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka.
Jika perlu memukul anak juga kena tahu caranya. Jangan pukul anak dari lutut ke atas dan jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Ini kerana dibimbangi anak akan menjadi bertambah degil dan nakal. Sebaliknya, rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Rotan adalah jalan terakhir. Dengan niat untuk mengajar, bukan untuk menyakiti mereka.

Wajah Masam

Menampakkan muka masam merupakan salah satu cara Rasulullah SAW di dalam mendidik anak-anak yang nakal, dengan menampakkan muka masam. Dengan cara ini, diharapkan anak akan sedar akan kesalahannya yang telah membuatkan hati ibu bapa menjadi kecewa.

Tegur Dengan Tegas

Ini memang cara Farah tegur Iman Firash. Mula-mula, nasihati anak dengan suara yang lembut namun jika anak tidak mendengar kata, tegurlah dengan nada suara yang lebih kuat dan tegas agar mereka sedar mereka telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Walau bagaimanapun, tidak perlu marah-marah, cukup anda bertegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai yang suka marah anak tetapi tidak tegas. Kadangkala mengugut anak tetapi mereka sendiri tidak kotakan apa yang dikatakan itu. Jadi anak sendiri yang akan hilang rasa percaya kepada ibu bapa.

Hukuman Ringan

Hukuman adalah cara yang paling mudah supaya anak serik dan tidak mengulangi lagi kesalahannya. Namun, jangan melanggar batas syariat.

Doa

Doa ibu tanpa hijab. Jadi, jangan sesekali berhenti berdoa supaya anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, hebat di dunia dan cemerlang di akhirat. Yang paling penting, didik anak dengan ilmu agama yang secukupnya kerana ia adalah benteng paling mantap untuk menghindari seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk.

In Shaa Allah…Semoga Allah mempermudahkan Farah di dalam urusan mendidik Iman Firash dan semoga Farah tidak tersalah cara didik Iman Firash. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ada gak terfikir nak simpan rotan,sebab orang kata nak pukul anak jangan guna anggota badan kita kan...risau kalau salah didik anak kita..apa akan jadi esok bila dia dah besar kan farah...Moga dijauhkan dari kita semua..

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Memang tengah praktikkan tips2 di atas..

    ReplyDelete
  3. Bagus betul tips ini untuk dijadikan panduan

    ReplyDelete
  4. tahu...tapi kekadng naik lupa gak...mmg kena sll diingatkan perkara mcm ni

    ReplyDelete
  5. Nice sharing. Saya buat masa ini tak pernah lagi marah anak. Tak sampai hati. Heheh.

    -Diari Mommy Muhaimin-

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !