![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
“Mak ayah tak ajar ya? Siapa mak? Siapa ayah? Tak “makan saman” betul…Ini mesti mak ayah tak pandai didik anak ni…sebab tulah sampai macam ni sekali kelakuan tu…”… Agak-agaklah kan? Apa perasaan seorang ibu, seorang bapa bila anak sendiri, zuriat sendiri orang kata macam tu? Pedih kan? Perit kan? Rasa macam disiat-siat jer hati dan nipis jer gegendang telinga… Kadang-kala, ada situasi tertentu nak dimarah orang yang lancar mengeluarkan kata-kata tu pun tak boleh juga sebab hakikatnya memang begitu… Anak-anak yang tidak mahu mendengar kata, malas solat, malas belajar, nakal dan macam-macam perkara lagi memang boleh membuatkan ibu bapa rasa macam nak pecah kepala memikir cara untuk memperbetulkan keadaan… Marah memang selalulah… pukul pun memang dah jadi makanan… semakin dimarah, semakin dipukul bukan berkurangan, semakin dibebel bukan semakin baik keadaanya tetapi semakin teruk adalah… Adoiii… Di mana silapnya didikan kita sebagai ibu bapa? Cumanya, walaupun anak kita itu nakal, #selfnote: jangan sampai salah cari didik.

Sepertimana yang dikongsikan oleh pihak editorial mingguan wanita melalui artikel di SINI, Rasulullah SAW adalah insan mulia yang tinggi akhlaknya yang sepatutnya kita contohi termasuklah cara Baginda mendidik anak-anak. Sabda Rasulullah SAW:
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.
Bermakna, dalam mendidik anak-anak, tidak salah jika kita hendak manjakan mereka atau bergurau senda dengan mereka. Namun, ada ketikanya kita juga kena tegas dan jika perlu, hukum mereka dengan hukuman yang setimpal.
Nasihat
Anak yang nakal perlu dinasihati tentang kesalahan mereka sehingga mereka tahu dan sedar akan kesalahan mereka dan tidak akan mengulanginya. Nasihati dengan baik sehingga mereka faham. Gunakan suara yang lembut dan tak perlu menjerit dan berteriak kerana kadangkala cara itu hanya membuatkan anak-anak semakin memberontak.
Sediakan Rotan Di Rumah
Pada zaman sekarang ni, mungkin tidak ramai yang ada menyimpan rotan di rumah. Tapi Farah nak simpan tau! Memang dah cadang-cadang nak simpan! Menggantung rotan di rumah bukan bermaksud kita cuba memberitahu anak-anak bahawa jika mereka melakukan kesalahan atau nakal, maka mereka akan dipukul. Sebaliknya, ia hanya untuk mendidik mereka agar takut jika melakukan perbuatan yang tidak baik. Seperti yang dikatakan Imam Ibnu Anbari:
Rasulullah SAW tidak memaksudkan perintah untuk menggantungkan cambuk (alat pemukul) untuk memukul, kerana Rasulullah SAW tidak memerintahkan hal itu pada seorang pun. Akan tetapi yang baginda maksud adalah agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka.
Jika perlu memukul anak juga kena tahu caranya. Jangan pukul anak dari lutut ke atas dan jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Ini kerana dibimbangi anak akan menjadi bertambah degil dan nakal. Sebaliknya, rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Rotan adalah jalan terakhir. Dengan niat untuk mengajar, bukan untuk menyakiti mereka.
Wajah Masam
Menampakkan muka masam merupakan salah satu cara Rasulullah SAW di dalam mendidik anak-anak yang nakal, dengan menampakkan muka masam. Dengan cara ini, diharapkan anak akan sedar akan kesalahannya yang telah membuatkan hati ibu bapa menjadi kecewa.
Tegur Dengan Tegas
Ini memang cara Farah tegur Iman Firash. Mula-mula, nasihati anak dengan suara yang lembut namun jika anak tidak mendengar kata, tegurlah dengan nada suara yang lebih kuat dan tegas agar mereka sedar mereka telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. Walau bagaimanapun, tidak perlu marah-marah, cukup anda bertegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai yang suka marah anak tetapi tidak tegas. Kadangkala mengugut anak tetapi mereka sendiri tidak kotakan apa yang dikatakan itu. Jadi anak sendiri yang akan hilang rasa percaya kepada ibu bapa.
Hukuman Ringan
Hukuman adalah cara yang paling mudah supaya anak serik dan tidak mengulangi lagi kesalahannya. Namun, jangan melanggar batas syariat.
Doa
Doa ibu tanpa hijab. Jadi, jangan sesekali berhenti berdoa supaya anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, hebat di dunia dan cemerlang di akhirat. Yang paling penting, didik anak dengan ilmu agama yang secukupnya kerana ia adalah benteng paling mantap untuk menghindari seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk.
In Shaa Allah…Semoga Allah mempermudahkan Farah di dalam urusan mendidik Iman Firash dan semoga Farah tidak tersalah cara didik Iman Firash. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
ada gak terfikir nak simpan rotan,sebab orang kata nak pukul anak jangan guna anggota badan kita kan...risau kalau salah didik anak kita..apa akan jadi esok bila dia dah besar kan farah...Moga dijauhkan dari kita semua..
ReplyDeleteNice sharing.. Memang tengah praktikkan tips2 di atas..
ReplyDeleteBagus betul tips ini untuk dijadikan panduan
ReplyDeletetahu...tapi kekadng naik lupa gak...mmg kena sll diingatkan perkara mcm ni
ReplyDeleteNice sharing. Saya buat masa ini tak pernah lagi marah anak. Tak sampai hati. Heheh.
ReplyDelete-Diari Mommy Muhaimin-