PARENTING: “Penderaan Senyap” Yang Tidak Disengajakan

Farah Waheda Wahid
3
PARENTING Penderaan Senyap 'Yang Tidak Disengajakan

Perkongsian oleh Pn. Anis melalui kumpulan kami di aplikasi Telegram untuk ibu bapa semua termasuk diri ini.
 
I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar! Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf, kita tak rotan anak dengan paip getah, kita tak sebat anak dengan tali pinggang, kita tak ikat anak pada pokok rambutan, kita tak tampar anak sampai berbekas, kita tak maki anak depan orang, kita tak cekik anak bila mereka nakal, sebab kita tahu itu adalah penderaan. Itu kejam. Itu dosa. Dan itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak.
 
Tapi yang kita tak tahu adalah -- banyak penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari. Kita ingat kita tak dera, kita ingat apa yang kita buat selama ni "tak apa" tapi rupanya--- KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM.
 
Kenapa saya kata dalam-dalam? Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak. Emosi dan self-esteem adalah dua elemen yang sangat penting dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk, tapi sangat mudah dibunuh.
 
Ada beberapa "sikap" ibu bapa, yang sebenarnya berbentuk penderaan, walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan. This is what we call--- penderaan senyap dan penderaan senyap ini dikatakan memberikan kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak, sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata. So today, let me share 7 jenis PENDERAAN SENYAP yang dilakukan oleh ramaiii ibu bapa tanpa disedari.
 

Ignorance & Expressionless Reaction

Atau di dalam Bahasa Malaysia, mengabaikan dan tidak memberikan ekspresi atau reaksi. Contohnya, bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, kita buat tak tahu jer. Langsung tak beri sebarang reaksi. Ini banyak berlaku bila kita layan anak "sambil-sambil" buat benda lain. Nak main dengan anak, tapi tengah layan Facebook. Nak buat homework dengan anak, tapi mata tengok Fattah Amin dekat televisyen. He he he... Maka jadilah anak tu seperti bercakap dengan dinding. Sebab "expressionless" kita sama macam dinding.
 
Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan, kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut. Contoh, "Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni". Tapi kita jawab, "Tak payah lah". Dan terus bagi baju warna lain. Kalau kita di tempat anak itu, apa kita rasa? Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan sebegini, tiada keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. Sebab? Keputusan mereka tak pernah didengar dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain.
 

Stonewalling

Ini lebih kurang macam yang saya terangkan di atas tadi, anak bercakap dengan dinding. Terutamanya bila ibu bapa sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak, atau malas nak layan soalan anak. Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi. Contoh bila anak tanya, "Mama suka warna apa?". Kita jawab, "Entah, apa-apa jerlah". Kalau jumpa ibu bapa macam ni, bancuh simen dan tuang pada muka diaorang. Biar jadi dinding betul.
 
Please parents. When you say, quality time with your children, that means 101% of your attention goes to them. Bukan sambil-sambil. Kerana "sambil" itu sebenarnya mendera anak.
 

Mengejek Atau Merendah-rendahkan Anak Depan Orang Lain

Contoh, bila ada orang puji anak kita, "Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia." Tapi kita jawab, "Baik??? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat menangis, malas mandi, bla-bla-bla.". Konon-konon kita tak nak riak dengan orang yang memuji adi. Tapi tanpa kita sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. Anak pun terluka bila dengar. Terus anak tu berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti. So never make fun of your child in front of other people. Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah. Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you.".
 
Lantaklah orang nak cakap riak ke apa. We are showing a good example to our children. A good sense of appreciation and being thankful to have them.
 

Gaslighting

Gaslighting means--meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. Contoh kalau anak cerita, di sekolah tadi ada orang balin pemadam sampai kena mata dia. Tapi kita jawab, "Ala, tak apa. Biasalah tu. Abaikan sahaja". Ataupun bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan. Kita cuma cakap, "Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun jer tu." Sikap ibu bapa yang suka gaslighting macam ini akan membuatkan anak-anak keliru dengan diri, dan hilang kepercayaan pada diri. Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tidak penting.
 
Nasihat saya untuk parents macam ini, stop tengok drama pukul 7.00 malam. Dan fokus kepada anak. Sebab yang banyak mengelamun tu sebenarnya bukan anak, tapi--- YOU. Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu, mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka. And never deny what they feel. Peluk and tell them, "Don't worry. I am here with you. Everything will be fine.".
 

Hypercritical

Ibu bapa yang cerewet, terlalu banyak complaint, terlalu banyak yang tak kena di matanya. Anak comot sikit, marah. Anak terlanggar sikit, marah. Anak buat lawak sikit, marah. Anak nak rehat kejap, marah. Anak pakai baju lain seluar lain, marah. Anak silap baca sikit, marah. Anak pelat cakap sikit, marah. Anak dapat nombor 2 dalam kelas, marah. Semua benda, kalau tak perfect --marah.
 
Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint macam ini, sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat, tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terlalu banyak. So, cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak. Happy life is not about perfection. It's about embracing the imperfections, and cherish the small good things.
 

Kurang Memuji, Tidak Ucap Sayang Dan Tidak Menzahirkan Sokongan

Ada kan ibu bapa macam ini? Jarang sangat cakap I love you pada anak-anak. Sebab ego. Dan bila anak capai sesuatu, jarang ucap tahniah. Lagi teruk bila just respond, "Alaaa biasa jer tu. Abah dulu lagi hebat". Huk aloh! Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa, tak datang langsung masa competition berlangsung dan tak bagi kata-kata semangat pada anak. Sebab kita rasa tak penting.
 
If you are this kind of parent, jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti, mereka tak ucap terima kasih pun pada ibu bapa mereka. Sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai.
 

Mendiamkan Sesuatu Kesilapan Dan Menjadikan Ia Kebiasaan

Contoh, bila kita dapat aduan dari pihak sekolah, yang anak kita ponteng sekolah, atau anak kita buli rakan lain, kita buat tidak tahu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri. Kita lepas tangan. Kita tidak berdepan dengan anak, tak heart-to-heart talk dengan anak. Tidak bantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik.
 
Perangai parents yang macam ini, kalau dibiarkan berlarutan akan menyebabkan anak semakin "menjadi-jadi" kerana bagi anak, semua kesalahan yang dilakukan itu "tidak apa" dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka. Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan sebegini, better hantar anak-anak ni ke rumah anak yatim jer. Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? Baik jadi anak yatim. Entah-entah perhatian yang mereka dapat di sana lebih bagus. Haaa sekarang nak mengaku pula itu anak-anak kau!
 
So, itulah PENDERAAN-PENDERAAN SENYAP yang tak disengajakan, tapi banyak berlaku. Tak perlu tengok rumah orang lain, di rumah sendiri pun ada berlaku kannn? Jangan pandang remeh isu ini sebab kesan terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal. Cuma PENDERAAN SENYAP ini berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruknya akan datang.
 
Yang paling menyedihkan, it's consider NORMAL in our culture. Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak macam ini. So how to fix this? By changing ourselves, by fixing our relationship with our own children. By having more interaction and communication with them. Dan berdoalah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka. Let's stop this "quiet" abuse. And may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Allah.. Perkongsian yang menyentap hati..
    Ada yang kadang-kadang kita buat tanpa sedar.. tq sis untuk peringatan..

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah. As a young mom, saya akan cuba elakkan daripada melakukan penderaan kepada baby saya. Setakat ni, belum lagi sebab saya just dapat jumpa dia dua minggu sekali. Itu pun dua hari jer. Bila jumpa, benda-benda lain memang tolak tepi. Fokus hanya untuk dia dan husband.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
  3. Terbaik... Thankz farah atas perkongsian ni..

    Kengkadang kita sebagai ibu bapa tak amek berat pasal bende ni... Allahuakbar...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !