
Pengakuan ikhlas dari hati… ha ha ha…

…
memotong kuku anak sewaktu bayi adalah jauh lebih mudah berbanding sewaktu mereka telah memasuki fasa
toddler dan
preschooler. Serius! Walaupun jari jemari tu halus sangat dan kita risau kalau-kalau kita terketip daging jari mereka, sekurang-kurangnya kita boleh lakukan sewaktu mereka lena tidur. Kalau dah masuk fasa
toddler dan
preschooler ni ikut nasib-nasib kalau nak potong kuku mereka sewaktu mereka tidur. Kadang-kadang disebabkan dah semakin hari semakin cerdik, berketik sikit pun bunyi ketip kuku tu dah boleh terjaga dah anak-anak kecil di tahap
toddler dan
preschooler ni. Telinga lintahlah katakan… Muahahaha…

. Kalau sewaktu mereka terjaga pula… ada waktu-waktu tu… sila main kejar-kejar sekeliling rumah ya? Pandaiii… larikan diri sebab tak nak ketip kuku… Amboiii… Habis tu? Takkan nak biarkan kuku tu panjang dan kotor jer?
Nail trimming war! Memang kan? Mesti ada ibu bapa yang mengalami situasi ni dengan
toddler dan
preschooler masing-masing kan? Nilah yang nak cerita ni tentang cara memotong kuku
toddler & preschooler…
Memotong kuku Iman Firash adalah rutin mingguan yang kadang-kadang sangatlah mudah seadanya… Akan tetapi ada juga masa-masa yang sangat menguji kesabaran diri ini… Muahaha…

… Ikut angin dialah kan? Kalau tiba baik lakunya tu, memang senanglah kerja Mommy dia ni nak memotong kuku dia… tapi bila tiba angin tak berapa nak
steady, masa tulah Mommy kena istighfar banyak-banyak supaya tak jadi raksasa gorgon

… Ok setakat ni belum jadi raksasa gorgon

lagi… Sebab memahami yang keadaannya memang begitu…
You are dealing with toddler and preschooler…so what do you expect? Dalam fasa giat berekplorasi dan sememangnya tak reti nak duduk diam kan? Muahahaha… Itu dah
nature-nya… Maka, faham-faham ajer lah…
Apa yang Farah sering lakukan untuk memudahkan kerja-kerja memotong kuku Iman Firash pada setiap hujung minggu adalah:
Buka Siaran Kartun Kegemaran
Bukan saluran-saluran yang berkenaan yang menayangkan rancangan kartun kegemaran dia seperti Puss in the Boots ke? The Garfield Show ke? In Shaa Allah, duduklah dia menonton kartun kegemaran dia tu, tapi kena perlahan-lahan pujuk dia dan jelaskan pada dia sebab apa kena potong kuku. Alhamdulillah-lah setakat ini cara ni berkesan. Cuma ada masa-masa cari ni kurang berkesan juga. Jika cara ni kurang berkesan, Farah akan beralih pula kepada cara yang seterusnya.
Gajet
Memanfaatkan gajet dengan seadanya… Muahahaha…

… Memang sejak-sejak setahun yang lepas Farah dah mula kawal pemberian gajet pada Iman Firash. Jadi Farah gunakanlah kesempatan yang ada ni, umpan dia dengan gajet yang dia rindu-rindukan sangat tu. Bila dia nampak sesuatu yang dia suka, dia akan duduk, bila dia duduk, maka mudahlah Farah nak potong kuku dia.
Memahami Yang Terkadang Tak Boleh Potong Kuku Sekaligus
Dengan
toddler dan
preschooler ni, bukan sekali kita keluarkan ketip kuku, sekali boleh selesai. Terkadang tu, makan masa. Nak potong kuku 20 jari kaki dan tangan boleh ambil masa dari pagi ke tengah hari. Potong satu kuku di jari tangan, ada
break time sekejap…Lepas tu nanti agak-agak dah ok, sambung lagi… Senang cerita, demi nak lengkapkan kedua-dua puluh jari kaki dan tangan tu… makan masa beberapa ketika dalam sehari. Ha ha ha…

…kadang-kadang tu boleh masak dulu, lepas masak boleh sambung ketip #kuku anak lagi
uolsss… Macam tulah… Memang kena banyak bertabah dan bersabar di dalam menggendalikan anak-anak kecil ni… Macam-macam kerenah kan?
Ikut Arahan “Boss Kecik”
Ini kisah Farah dan anak manja Farah lah kan? “Ni…ni…ni… Mommy…”…. Ikut jer arahan boss kecik Farah tu… bila dia suruh potong kuku dia di jari ni, Farah ikutkan jer rentak dia potong kuku di jari ni… bila dia suruh potong kuku dia di jari tu, Farah ikutkan jer rentak dia potong kuku di jari tu… Bukan beri anak tiket untuk pijak kepala mak-nya, tapi just for the sake of nak ketip kuku dia… Biarlah sesekali dia jadi boss pula kan?
Bagi Farah, tak kisahlah cara yang mana pun antara salah satu yang Farah senaraikan di atas… janji yang penting, setiap hujung minggu kuku-kuku di jari kaki dan tangan Iman Firash semuanya selamat dipotong dan terjaga. Itu yang penting. Cumanya, inilah cara-cara yang boleh Farah kongsikan. Manalah tahu kalau-kalau boleh digunapakai untuk situasi anda juga kan?

…. Atau mungkin anda ada cara yang lebih baik? Kongsilah dengan Farah juga! Boleh Farah belajar dari anda juga…
So cute 😃😃.
ReplyDeleteAnak2 aida, most of the time ketip kuku dgn ayah diorang.
Dgn aida sgt playful!
tak sabaq lak nak ada anak kecik. nak rasa sma pngalaman ni. hehehe
ReplyDeletemasa baby saya suka potong kuku
ReplyDeleteguna gunting , save sikit rasanya..
Bila dah besar dan pandai memang agak payah juga nak potong kuku mereka.. nak kena pujuk orang buat sesuatu bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan kuku.. comel je baca arahan anak sis..
ReplyDelete