Manja Sampai Ke Tadika!

Farah Waheda Wahid
1
MANJA SAMPAI KE TADIKA!

My baby son isn't neither a baby nor a toddler anymore... He is a preschooler... However, he is still my baby son! Manja-manja juga... kena renungan maut kena juga! Open-mouthed smile Ha ha ha... Manja macam mana pun, salah tetap salah... kena marah tetap kena marah...mengada-ngada dia toksah cakaplah kan? Nenek dia selalu cakap, masa Mommy tak ada ok jer. Bila Mommy balik mulalah dia, itulah inilah, rengek itulah, rengek inilah. Memang manja! Manja sampai bawa ke tadika! Kau ghase? Flirt male

Minggu lepas timbul manjanya, nak hisap susu di tadika minta baring atas riba teacher. Pagi semalam, dua biji mata ni nampak sekali kejadian baring atas riba teacher hisap susu. Nampak kawan tadika tengah hisap susu, dia pun laju jer buka beg sekolah dan ambil botol susu. Sedar-sedar dah baring atas riba teacher. Surprised smile Owhhh emmm geeee! Firashhh! Facepalm... anak siapa tu? Anak Mommy lah! Anak Ba Bah lah! Kannn? Winking smile

Lepas tu dalam tengah hari... teacher hantar Telegram, beritahu perkara yang di bawah ini:

 MANJA SAMPAI KE TADIKA! 2

MANJA SAMPAI KE TADIKA! 3

Bukan teacher jer kata alahai Firash. Ni Mommy dia pun nak kata alahai Firash. Anak oh anak. Fakta bukan auta... Open-mouthed smile ha ha ha... Iman Firash kalau makan memang susah nak suap sendiri. Katanya dirty. Dia tak nak tangan dia kotor kaedahnya. Kalau nak suruh dia makan? Harus bersuap. Makan apa nak bersuap tu? Farah tanya teacher dia... makan biskut jejari.

MANJA SAMPAI KE TADIKA! 4
Kredit: Sumber dari Google 
Biskut jejari ni kalau main celup-celup dengan Nutella ni syok ni! #ehhh ha ha ha Open-mouthed smile. Bukan tak boleh suap sendiri... tapi memang dia kalau boleh nak orang suapkan. Hu hu hu... mujurlah teacher tu bersabar nak oiii! Teringat pula Mommy masa di tadika sewaktu umur 5 tahun dulu. Makan nasi lemak, suap sendiri, lepas tu bungkusan nasi lemak tu berwap dan basah, makanya kertas surat khabar tu lembutlah kan? Habis terbarai! Dan? Kesudahannya kena marah dengan teacher Mommy sebab taburkan nasi dalam kelas. Nama teacher tu, teacher Sapura. Sebab kena marah tu, ingat sampai sekarang. Haaa... tulah bahaya marah anak kecil tau! Sudahnya sampai dah beranak pinak masih ingat lagi dalam kotak ingatan. #selfreminder jadi kalau nak marah anak tu beringat-ingat. Bahasa kena jaga, tona suara kena jaga dan tindakan kena jaga. Kalau tidak, memang terkesan dalam diri mereka untuk satu tempoh masa yang panjang.

Nak kena pesan dan ingatkan Iman Firash ni! Bila makan sila suap sendiri nak! Tugas Mommy nak fikir bagaimana cara terbaik nak pesan dan ingatkan anak, yang bila makan atau minum di tadika untuk suap sendiri. Kesianlah teacher... Firash dah di tadika bukan di taska... kena belajar suap sendiri... Hu hu hu... #ehhh bukan Mommy dah pesan ke? Kalau makan suap sendiri kalau di school? Tapi tulah... he is just 3 years and 3 months... mungkin masih kurang faham konsep dan ikut suka dia jer... Firash kena matang cepat sikit tau? Sebab Firash dah school.

Yang nak sok sek sok sek berkata... "Dah tau anak nak masuk tadika, latihlah anak makan sendiri!"... Manusia ni kan punya pandangan yang berbeza-beza? Tapi kena ingat juga, terkadang tu bukan tak dilatih... dah dilatih... kids always kids... ada masa memang mereka begini, ada masa mereka ok. Berfikir dari sisi positif. Sometimes it is just a transition of change of environment. Berikan masa kepada anak-anak kecil kerana keanak-anakan itu sememangnya sifat semulajadi mereka yang bersesuaian dengan peringkat umur.

*Itu pentingnya komunikasi dengan guru-guru di tadika mahupun sekolah. Sekurang-kurangnya apabila kita tahu apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak di tadika atau sekolah, bolehlah kita merencanakan tindakan yang sewajarnya untuk memperbetulkan keadaan dengan mencuba sedaya upaya serta sebaik mungkin. Bukan bermaksud, hantar anak ke tadika dan serah bulat-bulat segalanya kepada guru-guru. Betul tak? Sebab ibu bapa kena mainkan peranan juga.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kat rumah dah biasa bermanja ngan mommy dia je..terbawa2 sampai school...dia kan anak manja mommy..bucuk sorang ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !