Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch

Farah Waheda Wahid
2
MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH

Kisahnya nak menaip, tak tertaip-taip sedari hari Ahad hari tu… sudahnya, baru sempat nak menaip tepat jam 11.43 malam – 20 Februari 2017. Tapi kisahnya adalah kisah yang telah berlangsung pada 15 Februari 2017 pada jam 6.30 petang bertempat di Talent Lounge, Damansara Perdana. Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch – gajet kecantikan terkini di pasaran tempatan yang dijamin selamat tanpa luka! Apakah gajet kecantikan yang dimaksudkan tersebut? Haaa… Winking smile mungkin ada yang telah melihat iklan yang disiarkan di kaca televisyen kan? Mungkin juga masih ada yang belum berkesempatan untuk melihat iklan yang Farah maksudkan… Tak apa… Apa susah? Bubblynotes.Com kan ada untuk anda? Baca ajerlah cerita Farah sepanjang Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch yang Farah hadiri pada hari Rabu minggu yang lepas.

Mula-mula nak cerita dulu, siapa yang Farah jumpa di Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch tempoh hari!

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 4

Pertamanya, masuk-masuk je ke dalam Talent Lounge, jumpa Kak Long Kawasan Blogger Kaki Makan iaitu Cik Lily Putih. Siapa tak kenal dengan Kak Lily kan? Kalau nak tau, Kak Lily ni lah blogger yang sangat bermurah hati membuka jalan kepada Farah untuk melibatkan diri di dalam acara-acara yang melibatkan blogger. Lama dah kenal oiii… Sepanjang hampir 10 tahun aktif berblog, sehari pun tak pernah lupa pada jasa Kak Lily. Kalau tak kerana Kak Lily dulu, memang tak kenallah acara-acara blogger ni semua… Yang Farah tahu adalah berblog dan berblog dan berblog sahaja… Ni nak ambil kesempatan juga ni, nak ucapkan juta-juta terima kasih pada Kak Lily disebabkan dialah, kita mula dapat jemputan untuk menghadiri acara-acara yang melibatkan blogger… Heeee… Open-mouthed smile… Tak kisahlah kak, kau nak kembang kempis semangkuk dua mangkuk…. Ikhlas dari hati, memang sangat-sangat terima kasih pada Kak Lily. You are awesome sis!

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 3

Yang kedua, dapat jumpa Mommy Marissa a.k.a. Sabby Prue blogger kecantikan Malaysia yang terkenal lagi humble. Memang selesa bila duduk semeja berborak dengan Sab ni tau… Tak cukup sepetang nak berborak… Ada-ada sahaja perkara yang nak dibualkan…Kalau boleh sambung nak sambung lagi… Lama sangattt kot tak jumpa dengan Sab… Kali terakhir jumpa pada tahun 2015 sewaktu pelancaran koleksi raya Bianca Mimosa pada tahun 2015. Memang sangat-sangat lama… Makanya kalau sekali dah jumpa tu, memang banyaklah cerita yang nak dibualkan kan? Kalau dah namanya Mommies memang tak sah kalau tak selit kisah tentang perkembangan anak-anak masing-masing.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1487500192959","width":749,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":683,"subsource":"done_button","total_editor_time":39,"brushes_used":0}

Ini mengaku, memang bukan gambar Farah tetapi Farah pinjam gambar Cik Lily Putih kita… He he he… Open-mouthed smile… Pinjam ya kakak? Antara barisan blogger yang hadir pada Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch…. ada Aida Sue, ada Nova Leeza, ada Bella, ada Fatin Bella… #ehhh mana Nannie dalam gambar ni? Tulah Nannie, bawa diri lagi duduk kat meja sebelah seorang diri…Hik hik hik… Winking smile Matilah nak…Mak kena kecam dengan Nannie lepas ni…

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 5

Yeayyy! Yang penting dapat bertentang mata dengan Selebriti Mommy, rakan seperjuangan di aplikasi PopDQ di mana kami sama-sama adalah experts yang telah dilantik oleh pihak pengurusan aplikasi PopDQ, supermodel dan juga pelakon Amber Chia! Seronok dan tak rasa jurang perbezaan yang dia adalah seorang selebriti pun sebab Amber memang seorang yang peramah dan down to earth. Yang ketara jurang perbezaan adalah saiz badan dan ketinggian jer… Ha ha ha… Open-mouthed smile

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 6

Lepas dah puas berselfie sana sini sinun… Marilah kita jalan-jalan cuci mata dan cari pengetahuan tentang produk yang bakal diperkenalkan kepada para blogger yang hadir iaitu VEET Sensitive Touch. Macam nilah rupa gayanya peralatan kecantikan yang dinamakan sebagai VEET Sensitive Touch tersebut. Untuk apa? VEET… macam yang anda tahu, merupakan produk untuk rambut-rambut halus di kawasan-kawasan peribadi tubuh badan manusia dan sinonim dengan wanita. Jika dulu VEET tertumpu kepada produk hair removal cream yang sudah agak lama bertapak di pasaran Malaysia. Kini, VEET maju selangkah lagi dengan produk VEET Sensitive Touch yang dijamin selamat tanpa luka sebagai gajet kecantikan yang memahami keperluan semasa wanita pada masa kini.

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 7

Biar terang sedikit… Inilah dia set VEET Sensitive Touch yang Farah maksudkan. Untuk kegunaan di muka, bawah ketiak dan juga garisan bikini, kawasan-kawasan peribadi yang halus yang perlu diberi penjagaan oleh wanita yang mementingkan kebersihan serta personaliti diri yang kemas. Apa yang ditawarkan oleh VEET Sensitive Touch adalah sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh pencukur biasa dan juga tweeser pencabut rambut-rambut halus yang biasa.

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 8

Sempat jugalah Farah mencuba fungsi VEET Sensitive Touch untuk melihat sejauh mana keberkesanannya pada rambut-rambut di tubuh badan manusia dengan sampling yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Memang sangat mudah dan selamat. Pisau pencukur yang ada pada VEET Sensitive Touch adalah direka khusus untuk tidak menyentuh kulit seseorang individu seperti yang diwar-warkan … tanpa risiko luka!

Selepas dah puas bermain-main dengan gajet kecantikan yang awesome ini … Farah serta para blogger yang hadir berpeluang untuk mengikuti satu sesi khas oleh jurusolek selebriti Stevensunny tentang teknik-teknik perapian bulu kening dengan menggunakan VEET Sensitive Touch. Ada 3 jenis teknik perapian yang telah dikongsikan oleh Stevensunny iaitu:

Teknik Perapian Kening Stail Rock


MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 10

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 11

Teknik Perapian Kening Stail Korea


MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 12

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 13

Teknik Perapian Kening Stail Bohemia


MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 14

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 15

Sesiapa sahaja yang sukakan kecantikan pasti suka dengan sesi sebegini. Tidaklah bermakna Farah ni mencukur kening ya? Jangan salah faham… Ilmu… tak salah menggali dan mencari ilmu kan? Sekadar ambil tahu sahaja. Fokus Farah adalah perapian di bahagian-bahagian sensitif serta peribadi dengan lebih efektif dan selamat. Mungkin ilmu yang Farah kongsikan tentang teknik perapian kening ni bersesuaian dengan rakan-rakan lain yang bukan beragama Islam. Fikir positif ya rakan-rakan?

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 17

Supermodel Malaysia dan pelakon Amber Chia yang turut serta di Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch tempoh hari menyatakan di dalam perkongsian beliau yang VEET Sensitive Touch sangat memudahkan wanita-wanita yang sering kesuntukan masa seperti beliau di mana ianya sangat menjimatkan masa berbanding dengan cara perapian kening tradisional.

Kecantikan adalah sesuatu yang sangat penting buat Amber bukan kerana Amber adalah seorang selebriti tetapi untuk membuatkan Amber rasa cantik dan kelihatan cantik. Amber percaya bahawa kening yang kemas dan cantik adalah satu keperluan untuk melengkapkan penampilan seseorang individu. Secara jujurnya, Amber menghadapi masa yang menyukarkan untuk menguruskan kening beliau dan memakan masa yang lama dengan penggunaan tweezer! Jadual Amber sangat padat sehinggakan sukar untuk bernafas ada masa-masanya, VEET Sensitive Touch banyak membantu merubah segalanya dan memudahkan perapian kening Amber.

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 16

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 18

MAJLIS PELANCARAN VEET SENSITIVE TOUCH 9

“Gentle, precise and no fear cuts – this is what beauty should feel like,” Amber Chia
Ikuti perkongsian Farah yang selanjutnya tentang VEET Sensitive Touch dengan lebih terperinci di dalam entri yang akan datang ya! Winking smile

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai VEET Sensitive Touch:

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Waaaaaahhh bestnyaa, pink2.. ena seorang pengguna veet. Tapi untuk misai ena jela.. hiks

    ReplyDelete
  2. Bestnya sis boleh joint event macam nie.. Menarik juga produk baru Veet nie..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !