Little Caliphs Fast Reading Technique Seminar 2017! Bertarikh 11 Februari 2017 dan bertempat di Dewan UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang. Khusus untuk ibu bapa pelajar-pelajar Little Caliphs cawangan sekitar Shah Alam dan Klang.
Nama pun Fast Reading Technique, makanya dah tentu-tentu berkenaan dengan teknik pantas membaca untuk anak-anak kecil yang disekolahkan di cawangan-cawangan Little Caliphs. Alhamdulillah... berjaya meluangkan masa untuk aktiviti yang melibatkan pembelajaran serta perkembangan Iman Firash. Beginilah serba sedikit pengisian tambahan rutin kehidupan setelah Iman Firash memulakan alam persekolahan tadika. Jujur diakui, semakin hari semakin terkejar-kejar masa. Rasa seperti seolah-olah tak cukup masa 24 jam sehari tu. Ha ha ha...

Pertama kali menyertai seminar sebegini dan maklumbalas Farah? Awesomeness!

Kami para ibu dan para bapa telah diterangkan tentang pembelajaran anak-anak kami iaitu bagaimana serta apakah teknik yang diajarkan kepada anak-anak kami di Little Caliphs. Tujuannya untuk memberikan kefahaman tentang cara didikan yang digunakan supaya kami sebagai ibu bapa dapat menggunakan teknik pengajaran yang sama. Apa yang diajarkan oleh guru-guru nak-anak kami di Little Caliphs HARUS seiring ketika kami mendidik anak-anak kami di rumah supaya ANAK-ANAK TIDAK MENJADI KELIRU. Ini nanti karang, guru ke utara, ibu bapa ke selatan, lama-lama anak-anak yang jadi pening tak tahu yang mana satu nak diikuti ataupun segalanya menjadi jumble up. Dalam erti kata yang lain, synchronization in the teaching techniques.
In Shaa Allah, Mommy akan bersama-sama guru Iman Firash untuk menyokong perkembangan Iman Firash supaya objektif cepat membaca dapat dicapai. Beri tekanan pada anak? Bebankan anak? Tidak sama sekali, apa yang diajarkan melalui seminar ini adalah satu teknik yang tidak bertujuan untuk menekan atau membebankan anak-anak. Apa yang dididik adalah bersesuaian dengan weightage peringkat umur anak-anak di Little Caliphs. Sebab tulah penting ibu bapa memahami teknik yang tidak menekan serta membebankan anak-anak. Bukan bermaksud ingin anak berjaya sudah tentu-tentu menekan dan membebankan anak-anak sehingga mereka tidak dapat menikmati masa kanak-kanak mereka semaksimum mungkin. Pesanan Teacher Fari kepada ibu bapa, dannn... Farah sendiri pernah banyakkkk kali sangat sebut... sebagai ibu bapa kita perlu ada strategic planning.
Jujurnya kalau ikut research serta pemahaman sendiri, Farah faham phonics adalah phonics. Melalui seminar ini, Farah telah dapat memahami beberapa pecahan kepada jolly phonics. Makanya, jalan ke arah jolly phonics itu nampaknya telah disimbahi dengan cahaya lampu jalan dan bertambah cerah. Alhamdulillah.

Bagi sesi kedua seminar tersebut pula, kami ibu bapa, telah diberikan pendedahan tentang bagaimana anak lelaki dan anak perempuan belajar dengan cara yang berbeza. Bagaimana caranya untuk mendidik anak lelaki dan anak perempuan bersesuaian dengan sikap serta sifat mengikut jantina masing-masing. Anak lelaki begini cara pendekatannya, anak perempuan begitu cara pendekatannya. Di manakah fokus ganglian otak anak lelaki dan juga ganglian otak anak perempuan. Apakah yang menjadi tarikan anak lelaki dan apakah yang menjadi tarikan anak perempuan. Ini semua adalah bagi membantu ibu bapa memahami teknik untuk mendidik anak lelaki tidak boleh disamakan dengan anak perempuan. Sebab what is working with girls not necessarily works on boys. Terkadang ada ibu bapa yang tidak memahami, yang mana akhirnya could lead ibu bapa untuk membandingkan anak-anak sedangkan ibu bapa sendiri tidak memahami konsep yang sebenarnya di sebalik perbezaan anak lelaki dan perempuan belajar.

Sekurang-kurangnya bertambah ilham kan? Seronok memang seronok! Setengah hari yang sangat bermakna dan setengah hari yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat. Tak bosan langsung! Satu seminar yang membuatkan kita ingin mendengar setiap satu butir perkongsian yang ada. And Alhamdulillah, at least I know that I've made the right choice and the right decision for Iman Firash placement. Hu hu hu...
Memang Farah catatkan apa pengisian yang dikongsikan dan memang Farah mendengar dengan teliti setiap apa yang diperkatakan. Bawa buku nota sendiri yang dikhaskan untuk perkembangan Iman Firash dan tiba-tiba terasa seperti memasuki dewan kuliah semula. #ehhh...

Wah ash dah besar dah skung .. hehe semoga membesar dengan baik :)
ReplyDeletehttp://www.kataubaid.com/2017/02/cinta-tidak-boleh-di-jual-beli.html
Terbaik...
ReplyDelete