![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Duduk-duduk saja sempena cuti Thaipusam semalam, Iman Firash minta coklat. Sekarang ni kerap jugalah minta coklat, minta lollipop. Dah pandai dah... Tiba-tiba nenek dia kata, "Dik! Jangan ikutkan sangat...Mama tengok gigi depan atas Firash dah mula nak hitam! Jaga sikit...". Setepek kena dekat Mommy kan?
Ha ha ha... nenek dia punyalah jaga gigi dia supaya jangan jadi hitam. Alaaa...macam Mommy sewaktu kecil-kecil dahululah...apa kurangnya. Hitam juga dua batang gigi atas Mommy tu... Kondisi gigi hitam pada kanak-kanak ni bukan sesuatu perkara yang pelik kan? Sebabnya memang ramai jer kanak-kanak yang sedang membesar yang mengalami masalah gigi menjadi hitam dan kemudiannya rongak!


Yang Mommy pula terus membalas statement nenek dia... "Ha ah Ma, macam adik kecil dulu!". Nenek Firash jawab balik... "Adik tu sebab minum Ribena! Sebab tu jadi macam tu...". Itu hipotesis nenek Firash. Tapi ya ke?
Ha ha ha...Bukan nak melawan, tetapi sekadar tertanya-tanya...betul ke? Sebab Farah minum Ribena sebab tu gigi jadi hitam dan kemudiannya ronggak? Fakta atau mitos ni?

Alamak!
Nak menghitam ke gigi atas Firash yang satu tu? Alamak!
Nak jadi rongak ke gigi anak manja Mommy ni? Gosok gigi 2 kali nampaknya tidak menjamin gigi anak-anak kecil tidak akan ronggak ya? Bukan sekadar konsistensi memberus gigi untuk elakkan gigi anak-anak kecil dari menghitam. Akan tetapi, there's more to it sebenarnya.


Apakah Punca Gigi Menghitam Pada Kanak-Kanak?
Ibu bapa, jomlah kita fahamkan sebab apa ada di kalangan gigi anak-anak kita jadi menghitam:Makanan Manis Adalah Si Perosak!
Anak-anak kecil di usia 2 sehingga 4 tahun memiliki kegemaran makan makanan yang manis-manis. Betul tak? Termasuk Iman Firash.
Jika seseorang anak tidak mahu menggosok giginya dan ibu bapa kurang memberikan perhatian ke atas rutin untuk memberus gigi, maka dari kurang berikan perhatian atau tidak mengambil kisah tentang rutin memberus gigi itu akan membentuk karies kepada gigi anak-anak. Yang hitam-hitam tu adalah karies gigi ya kawan-kawan.

Kebiasaan Minum Susu Sewaktu Waktu Tidur
Jeng jeng jeng... inilah salah satu penyumbang kepada keadaan gigi yang menghitam. Kebiasaan meminum susu melalui botol susu sewaktu waktu tidur dengan menggunakan botol susu terlalu lama, boleh menyebabkan karies gigi. Ini adalah kerana, sewaktu anak kecil terlelap, mulut dan seluruh giginya akan terendam susu yang masih tersisa di dalam mulutnya. Kemudian, susu tersebut akan berubah menjadi asam, nahhh...asam inilah yang merosakkan gigi si kecil. Jika mulut terendam seluruhnya, maka gigi yang rosak pun boleh dikatakan menyeluruh. Kerosakan ini akan bertambah parah, bila susu yang diberikan mengandungi gula.
Mula-mula gigi menjadi kehitaman, kemudian secara perlahan-lahan bahagian gigi tersebut akan menjadi rosak dan nampak seperti gigi berwarna hitam. Terdapatnya karies gigi bermaksud terdapat kotoran di dalam rongga mulut dan gigi yang dapat menyebabkan infeksi dan boleh menimbulkan rasa sakit pada gigi, gusi serta rongga mulut. Jawapannya? Kena bawa berjumpa dengan doktor gigi dengan kadar segera untuk pemeriksaan serta rawatan.
DO VS DON'T
1. Makanlah makanan bergizi.
2. Jangan biarkan si kecil minum susu sampai tertidur tanpa dibersihkan.
4. Berus gigi setiap hari setelah bersarapan dan selepas makan malam dengan cara yang betul.
5. Gunakan ubat gigi yang bersesuaian.
6. Lakukan pemeriksaan berkala ke doktor gigi setiap enam bulan sekali.
*Sebelum melarat, memang nak kena bawa Iman Firash jumpa doktor gigi ni. Tidak boleh tidak. Hu hu hu... Habislah handsome bila gigi hitam dan rongak kan?
Wakakaka... Sebabnya, bab tidur malam sambil hisap botol susu tu memang tak dapat dielakkan. Rasa-rasanya boleh diselamatkan lagi ni... Mujurlah gigi susu ok? Ha ha ha...Boleh ganti dengan gigi baru nanti kan? Tapi nak tunggu tu lambat lagi lah...


gigi Aqil pon dh hitam sebatang. gigi yg bdarah ms dia jatuh buai.xtau mungkin rosak sbb jatuh atau karies gigi
ReplyDeleteAkak paling takut gigi anak rosak. Setahun 3 kali bawak pi dentist..haha
ReplyDeleteselain dari muka yg kena sentiasa bersih sebelum tido, gigi juga begitu.. inshaAllah didik awal, sampai besar pon dya akan igt..😊
ReplyDeleteBaru tahu pasal Kebiasaan Minum Susu Sewaktu Waktu Tidur pun salah satu puncanya hoho...
ReplyDelete