Zaman sekarang ni, memang kena jadi sangat-sangat particular hampir setiap inci perkara dalam kehidupan. Sebabnya? Ringgit Malaysia nampaknya semakin hari semakin slumping down dan hakikatnya walaupun dikatakan ekonomi Malaysia masih stabil or what so not... poket ni tak terasa pula kestabilan itu. Ha ha ha...


Beza sangat dengan sebelum ni oiii... orang lain Farah tak pasti, tapi memang terasa keperitan poket itu. Era serba mahal. Ikan, sayur, daging, ayam semuanya mahal! Dulu kalau ke pasar bawa RM 100.00 macam-macam boleh dapat... nak-nak lagi ke pasar borong ya tak? Sekarang? RM 100.00 celah gigi jer oiii... Psssttt... tu pun ada yang berkira nak bayar blogger untuk tujuan advertorial atau pengiklanan... kesiannn blogger tau tak? #ehhh apa kes terselit kisah blogger ni?
Ha ha ha... Tapi kenyataanlah kan?

Bila bahan-bahan masakan semakin hari semakin mahal... Ini adalah di antara cara yang Farah lakukan untuk elakkan pembaziran lebihan makanan:
Masak Nasi Mengikut Kadar Pengambilan Normal Seisi Rumah
Kita masak, kita perhati isi rumah makan banyak mana dan kita perhati lebihan nasi yang dimasak selama ini. Jika masak 2 setengah pot banyak mana lebihannya? Jika masak 2 pot banyak mana lebihannya? Jika 1 setengah pot banyak mana lebihannya? Bila dah biasa dan dah boleh agak berapa banyak lebihan nasi yang akan terjadi, sebagai orang dapur kita memang dah boleh agak dah... banyak mana yang perlu kita masak supaya ngam ngam jer. Cara ni memang Farah gunapakai...
Masak Lauk Pauk Tak Perlu Meriah Sangat Aihhh
Dah zaman begini, tak perlu sangat kot nak demand macam-macam menu lauk pauk atas meja makan tu? Tak perlu nak masak macam nak kenduri sangat kot? Lauk berkuah satu jenis, lauk bergoreng satu jenis, sayur sejenis, sambal sejenis... Bagi Farah lah, tak tau orang lain bagaimana... kalau dulu atas meja makan terhidang 4-5 macam jenis lauk pauk... sekarang ni tak ada salah pun kalau kurangkan kepada 2 jenis lauk jer... Ok jer kalau makan 2 jenis lauk dengan nasi putih. Yang penting seimbang dan berkhasiat. Yang penting perut terisi dan kenyang. Ekekeke...
Kadang-kadang tu sejenis jer lauk Farah masak ok? Macam Farah memang tak ada masalah untuk makan sejenis lauk jer. Sebabnya Farah memang jenis yang tak reti makan lauk meriah-meriah ni. Kalau dah satu tu, satu jer lah lauknya yang ada dalam pinggan makan tu.

Hidangkan Lauk Sikit-Sikit
Tak perlu sekali hadap semua nak dicedok dan dihidangkan atas meja makan. Hidangkan portion untuk makan sahaja. Bukan apa, untuk elakkan dari lauk tu basi dan kekalkan kesegaran makanan. Kalau kita hidangkan sekaligus semuanya, dah dicedok dah dikacau-kacau lepas tu kita simpan sebab tak habis untuk makan keesokkan harinya, alamatnya potensi untuk cirit-birit itu akan ada. Hidang jer sikit-sikit dulu, bila tak cukup barulah tambah yang baru. Yang ada dalam periuk yang tak habis tu, kita boleh simpan dalam peti ais dan panaskan untuk keesokkan hari.
Simpan Dalam Peti Ais
Kalau dah tak habis tu... pandai-pandailah simpan dalam peti ais ya? Masukkan dalam bekas yang bertutup dan kemudian dalam peti ais. Tak ada masalah untuk panaskan semula keesokan harinya.
Projek Kitar Semula Lebihan Makanan
Ini memang selalu sangat ni! Ha ha ha...
Katakanlah ayam goreng ke? Daging masak kicap ke? Tak habis... esok pagi-pagi ambil lauk-lauk ni dan kemudiannya masak bersama nasi untuk menjadikannya menu nasi goreng. Ada orang, nasi yang tidak habis, walaupun tak sampai semangkuk kecil, mereka akan simpan dalam satu bekas di dalam peti ais. Bila dah cukup banyak untuk hidangan nasi goreng untuk keluarga, mereka akan masak nasi goreng.

Banyak sudut pembaziran yang boleh dielakkan dengan cara-cara sebegini. Dapat jimat perbelanjaan pembelian barang basah sebab kita simpan dan makan semula atau kitar semula. Dapat elakkan kita dari dengan suka ria memberi tong sampah makan. Farah pasti ada di antara anda yang pernah melakukan cara-cara di atas juga. Yang mana-mana belum lagi tu, bolehlah cuba-cuba ya?

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.