Berbelas tahun bergelar blogger, macam-macam asam garam dan rencahnya… Dulu kes orang kata Farah tak layak menggelarkan diri sebagai parenting blogger disebabkan anak baru seorang, yang kedua dan terkini… orang kata artikel di Bubblynotes.Com adalah ARTIKEL SAMPAH!
Malangnya jika yang meninggalkan komen itu berharap Farah ni menangis ke? sedih ke? down ke? atau marah ke? You are wrong! Pada Farah wujudnya orang-orang yang meninggalkan komen sebegini adalah sama ada kesakitan hati sudah tidak terbendung lagi mahupun sebenarnya sudah terlalu lapang sehinggakan tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan selain dari meninggalkan komen yang berbentuk provokasi.

Artikel yang dimaksudkan tersebut adalah artikel yang Farah muat naikkan pada tahun 2014 tentang air paip rumah yang berkarat.
Alahaiii… sedihnya awak ni tau! Hidup takkan 24 jam nak serius ajer? Sama juga dengan blog… takkan entri-entri senantiasa berbentuk info sahaja sehinggakan tidak ada kepelbagaian? Blog bukannya surat khabar digital… Blogger bukannya wartawan! Faham tak konsep tu?
. Saya ni manusia biasa yang tidak lari dari khilaf wak oiii! Saya juga manusia biasa yang ada masanya memuatnaik entri berbentuk santai dan sekadar meluah dengan cara bercerita. Awak faham tak konsep tu wak? Sedangkan surat khabar pun ada kepelbagaian cerita dan ada juga di antara berita-berita yang diterbitkan adalah berita sampah. Errrr… kenapa satu entri tu jer awak komen kata artikel sampah. Di dalam Bubblynotes.Com ada 4789 entri, kalau awak dah terlalu lapang sehinggakan awak boleh meninggalkan komen sebegitu… apa kata awak lihat satu persatu entri di Bubblynotes.Com kemudiannya awak buat pecahan berapakah peratusan artikel sampah berbanding artikel berinfo. Heee…
. Bagus awak ni! Prihatin dengan Bubblynotes.Com.


Kejap-kejap saya lihat memang sampah betul ke entri saya tu?
Menurut sumber di SINI, proses karatan berlaku apabila air melalui saluran paip besi. Mungkin dengan mata kasar karat ini tidak kelihatan tapi jika kita memasang penapis air di rumah kita, kita akan dapat lihat betapa cepatnya penapis menjadi kotor (warna karat). Macam kes Farah ni lah... Setiap hari kita minum air yang berkarat. Oh no!
Air yang bersih dan sihat penting untuk kita sebagai manusia... Tubuh manusia adalah 70% air, otak manusia adalah 74% air, otot manusia adalah 75% air, darah manusia adalah 84% air, tulang manusia adalah 22% air, gigi manusia adalah 5% air, hati manusia adalah 69% air dan buah pinggang manusia adalah 82% air...
Itu kira infolah juga tu kan? Ke itu tak kira info ke macam mana?
…. cuma tak adalah gayanya Farah nak bercerita macam Farah ni pakar sungguh bab air berkarat ni… Ok ok ok… Mungkin ada kekurangan Farah juga… mungkin niat Farah sekadar nak bercerita secara santai…Lepas tu awak mengharapkan sesuatu yang lebih dari entri Farah supaya awak dapat jawapan apa yang awak cari… Sebab awak tak dapat apa yang awak cari, awak pun rasa marah… tenang-tenang…

Dalam sampah-sampah artikel berkenaan, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada awak dan saya pandang dari sudut yang positif atas komen awak dan saya ambil sebagai sesuatu yang memotivasikan diri saya lagi di dalam penulisan blog saya di masa akan datang ya awak? Mungkin benar, saya sepatutnya sediakan informasi tentang cara mencuci langkah A-Z, peralatan yang diperlukan, waktu sesuai mencuci , preventive maintenance, dan lain-lain tu awak nak tau tentang apa ya? Nanti saya tanyakan pada suami saya ya? Sebab dia bekerja di Air Selangor… Boleh tak saya buat temujanji dan ambil gambar kontraktor mencuci tangki kemudian sediakan satu entri yang lengkap seolah saya pakar ya?
*Pssstttt…terima kasih tau…sebab bagi reminder dan alert kan saya… 

sabar jelah si anon tu, tp pada aju blog farah mantap dah sekarang ni
ReplyDeletedia jeles tu hehehe.. keep on writing farah.. ;)
ReplyDeleteYg komen tu ada blog x..cer tgok blog dia..sampah ke sampah masyarakat..kerja nak kondem org je
ReplyDeletehati die berkarat tu.. grrrr.. xdpt apa yg die cari..
ReplyDeleteRasa nak tergelak pun ada jugak bila baca komen tuh. Marah betul dia. Hihi. Takpelaa, chill je kak. Hak kita masing2 nak tulis apapun asal bukan benda yang membawa keburukan sudah. :)
ReplyDeleteSesadp hti jer komen mcm tu😤😤😤
ReplyDeletesekarang dah jadi lebih profesional dalam dunia blog.
ReplyDeleteade mslh paip karat kt rumah la tu kot..hihihi
ReplyDeleteAda masalah karat dekat hati dia kot. kena cuci dulu hati tu haha. apa benda entah takda kerja komen macamtu. nak serius selalu pergi main fb lah.
ReplyDeletekalau dikira mcm tu, blog saya lagi mmng sampah la.... ahh..pedulikan dia, kite punya blog, tak nk baca, sudah lah...mcm farah, blog ada gak info, kalau blog saya, tak serius memanjang, lebih kepada diari...erm.....kite bukan blogger sepenuh masa, kerja kita berlambak lagi...ermmmm
ReplyDeletehati dia dah hitam legam kut.
ReplyDeletehek eleh..sampah mendenya...mybe dia bukan blogger..atau jenis keyboard warrior..atau orang kurang kasih sayang..hahaha
ReplyDeletePanas sungguh tukang komen ni. Macam dia pulak yang kena kutuk padahal kiter komplen pasal air berkarat.
ReplyDeleteLatest from me, http://lynk.my/jlwD
Bila dah ramai pembaca blog mesti ada bberapa org yg sensitif dgn benda2 mcm ni..saja nk downkan kita hahaa..
ReplyDeletesi anon tu blogger juga la tu..jeles le tu sebab farah keluarkan artikel yang tidak tinggal dari info..emm
ReplyDelete