Ubat batuk di bawah preskripsi doktor sudah hampir kehabisan. Tapi batuknya tak juga menunjukkan ada tanda-tanda nak berkurang atau beransur pulih.

Minyak bawang putih bakar kelapa dara Farah dah cuba buat dan nampaknya seperti sekejap ajer kesannya walau konsisten. Selepas tu, jadi balik. Baru jer reda jadi balik. Selepas dari Farah memuatnaikkan status tersebut di laman media sosial Facebook, terus kakak What's App dan cadangkan supaya Farah mencuba minyak Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusoff ni.
Dengan serta-merta Farah What's App Wawa untuk bertanya tentang produk Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusof dan kalau boleh malam tu juga Farah nak jumpa Wawa serta ambil Aroma Health Cough Blend sebab tak sanggup nak lihat keadaan Firash yang batuk teruk. Cuma tak ada rezeki nak jumpa Wawa malam tu sebab Wawa ada urusan dan kalau nak jumpa pun dalam 11.00 malam macam tu. Tak apalah, Allah uji untuk lebih bersabar di dalam setiap urusan.
Esoknya, barulah berkesempatan jumpa Wawa sewaktu waktu rehat makan tengah hari. Lebih kurang dalam pukul 12.45 tengah hari macam tu. Syukur sangat sebabnya akhirnya dapat juga dapatkan Aroma Health Cough Blend tu untuk Firash. Tak sabar tunggu petang tu. Nak balik dan nak sapukan Aroma Health Cough Blend pada Firash. Di dalam masa yang sama? Tu diaaa... diri sendiri dah mula rasa tekak panas semacam dan mata panas semacam. Dah tau dah... dah tau... Farah pula ni yang bakal sakit ni. Hu hu hu... tapi tu tak apa, cerita lain nanti kalau sempat... In Shaa Allah... Ha ha ha... Kalau Farah rasa nak ceritalah kan?
Malam tu... Farah mula sapukan Aroma Health Cough Blend pada Firash.
Sapu pada bahagian belakang badan Firash dalam urutan menaik sepertimana yang Wawa ajarkan.
Sapu pada tapak kaki Firash dan cuba gunakan teknik urutan tapak kaki sepertimana yang pernah Farah baca di dalam satu artikel atas talian tidak lama dulu.
Kita cubalah, usaha, ikhtiar dan juga tawakal kan? In Shaa Allah, mana tahu dengan izin Allah berjaya untuk memberikan kelegaan kepada Iman Firash?
Apa saja yang patut, semuanya Farah cuba! Demi anak... selain tu Farah pun sapukan pada leher dan juga dada Iman Firash.
Awww... smexy sikit anak manja Mommy ni dalam gambar ni kan? Tak apalah sekadar nak tunjukkan contoh, bukannya niat nak menyimpang pun kan? Hasilnya? Syukur sangat-sangat, lena yang teramat lena dia tidur pada malam tu! Allahuakbar! Syukran Ya Allah.
Keesokan paginya bangun, ceria hari dia dan behave di tadika. Teacher dia kata pun, nampak ada kurangnya batuk dia. Memang Farah pantau dan lihat batuk Iman Firash sudah mulai kurang. Bak kata Wawa, kalau terdetik jer sapu pada anak. Tak perlu tunggu-tunggu lagi dah. Tulah juga yang Farah lakukan. Penyakit kan? Datang macam ribut, pergi macam siput. Macam tulah. Kenalah bersabar. Tapi sekurang-kurangnya progressing dan tak adalah teruk sangat keadaannya. Sebelum jadi lebih teruk? Eloklah bertindak cepat. Tak sanggup dah lihat anak warded sebab sakit. Kalau boleh memang nak elakkan.
Farah berterima kasih sangat pada kakak sebab syorkan Aroma Health Cough Blend by Wawa Yusoff ni dan sekarang Farah panjangkan kepada ibu bapa lain di luar sana tentang informasi ni. Sebabnya? Sebab saya seorang ibu dan saya memahami bagaimana perasaan apabila melihat anak kecil yang tidak sihat. Jika ada pilihan lain selain ubat-ubatan klinik yang sudah tentu mengandungi drugs tentulah kita nak pilih pilihan lain tu kan? Sumbat sampai habis sebotol ubat tetapi tak berhasil pun kita boleh susah hati dan risau hati.
Ibu mengandung pun gunakan Aroma Health Cough Blend ni tau. Terbukti memang memberikan kelegaan. Jadi sesiapa yang sedang hamil dan mengalami batuk tu boleh cuba hubungi Wawa dan cuba Aroma Health Cough Blend ni ya?

Harga yang Wawa jual pun mampu milik. Untuk Cough Blend, Farah beli dari Wawa RM 25.00 dan tiada yuran postage sebab COD. Jika termasuk yuran postage anda kena tambah RM7.00 lagi ya? Faham kan?
Untuk Maklumat Lanjut:
Salam perkenalan... blogwalking dan done follow blog nie. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah... Serasi lah tu.
ReplyDelete