![{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483349803377","width":679,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":501,"subsource":"done_button","total_editor_time":140,"brushes_used":0} {"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483349803377","width":679,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":501,"subsource":"done_button","total_editor_time":140,"brushes_used":0}](https://lh3.googleusercontent.com/-d8jAt0EArmE/WGotQ_VZS0I/AAAAAAAAm_U/jUb2HcoEPJ8/WELCOME%252520TO%252520KINDERGARTEN_thumb%25255B2%25255D.jpg?imgmax=800)
Persiapan… Mengalahkan orang nak masuk ke Sekolah Rendah dah gayanya!

. Agaknya yang nak masuk ke Sekolah Rendah pun tak seperti persiapan Iman Firash ni kot? Walaupun baru
level playschool… play tak
play jugalah… Mommy dia ni, melayan rasa diri sendiri bila pertama kali melalui pengalaman sebegini.
You can call it syok sendiri
or whatever that you think that you want to label it… As I don’t really care what other people perception or will talk about… Biarlah, pertama kali kan? Bukannya pernah merasa detik sebegini dan mungkin takkan berulang lagi pada waktu yang akan datang untuk Farah. Sobbbsss…

… Ha ha ha, drama pula ko kan Farah? Sebab itu, setiap
moments Iman Firash, Farah sangat-sangat nak nikmati semaksima yang mungkin sebab tak nak rasa rugi kemudian hari. Detik-detik yang berlalu tidak mungkin dapat diulangi semula. Jadi disebabkan itulah Farah suka sangat melayan perasaan diri sendiri yang teruja bila anak nak memulakan zaman persekolahan. Ini adalah
moment penting bagi Farah dan Iman Firash.
Life’s first kaedahnya.


Ini sebenarnya adalah
luggage tag dari Photobook Malaysia, tetapi Farah
convert kepada tag beg. Tiada siapa katakan yang perkara ini adalah wajib. Cuma, mungkin ini adalah caranya yang terbaik yang sehabis baik yang mampu disediakan untuk Iman Firash agar dia boleh identifikasi beg sekolah dia. He he he…

… Bukan dia tak kenal mana satu beg sekolah dia, cuma di samping sebagai petanda itu adalah beg sekolah dia, ada unsur-unsur
safety di situ. Di tag beg tersebut, terdapat maklumat hubungan kepada Mommy dan Babah. Senang untuk
teacher dia nak rujuk jika ada apa-apa kan? Sebenarnya tak perlu risau pun, sebab ada What’s App
group yang diwujudkan untuk guru kelas masing-masing sentiasa aktif berhubungan dengan ibu bapa.

. Tapi tak salah kan? Sebagai tambahan?

Selain itu, label berpelekat untuk alat tulis dan barang-barang lain juga disediakan dengan nama Iman Firash dan juga maklumat Mommy. Sama juga fungsinya, iaitu sebagai petanda untuk Iman Firash identifikasi barang-barang dia dan kononnya nak mengelakkan barang-barang dia dari hilanglah. Konon jer konon. Ahaksss…


Gigihlah Mommy dia ni melekatkan satu persatu pensil warna dia dan juga alat-alat tulis dia. Tapi… kanak-kanak… nak nak lagi baru berusia 3 tahun 2 bulan (kalau ikut bulan), kalau ikut tahun, 4 tahun… Memang belum pandai jaga barang-barang sendiri lagi.
I did not expect much on this dan dah boleh
anticipate pun kalau ada di antara barangan dia hilang. Bha ha ha…

… Kalau dah nak hilang tu akan hilang juga ya tak? Cuma usahalah, usaha, untuk latih dia supaya belajar menjaga barang-barang kepunyaan dia… Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Photobook Malaysia (
which I still owing an entry with regards to these two items by Photobook Malaysia) kerana menyediakan semua ini untuk Iman Firash.

Iman Firash pula tak habis-habis mengasah pensel… Hu hu hu…

… Alamatnya bakal cepat pendeklah pensel dia tu… Dah tajam pun dia sibuk dok asah dan asah dan asah lagi… Orang baru kenal dengan pengasah ais kacang ni… Seronok agaknya mengasah pensel tu… Ringannn tugas Mommy dia ni… Ha ha ha…

… Tak perlu nak asahkan pensel untuk dia lagi…Sebab dia sendiri dah siap-siap asah pensel dia…
Sibuk juga mengemas beg sekolah dia tu… Walaupun sebenarnya masih ada yang perlu dikemaskan di dalam beg dia… Iman Firash memang tak perlu bawa buku pergi ke tadika ataupun bawa balik dari tadika… Konsep tadikanya semua buku simpan di sekolah. Tapi ada beberapa
item yang perlu dia bawa… Taklah banyak mana pun. Iman Firash perlu bawa alat tulis dalam beg… dannnn… Ihiksss… Anak manja Mommy ni kan belum bercerai lampin sepenuhnya? Kena bekalkan lampin pakai buang berbentuk seluar sebanyak 3 keping.
Potty training Iman Firash akan disambung oleh
teacher di tadika nanti.

Tanda nama sulam di baju juga Mommy dah siap sediakan tampal dengan teknik yang telah Mommy jumpa dari ibu-ibu blogger lain yang telah berpengalaman sebelum ini. Ada yang Mommy jahit tangan (mesin jahit rosak…huwaaa…

). Tapi bila dah jumpa teknik ni… Apa lagi, praktikkanlah kan? Senang kerja jadinya… Belajar-belajarlah ya tak? Inilah proses ibu-ibu di dalam perkembangan pembesaran anak-anak.
Siap! Pakaian seragam dan baju sukan seragam tadika Iman Firash telah siap digosok dan digantung di dalam almari pakaian dia. Bila nak pakai nanti, terus ambil jer… Jadi tak adalah terkejar-kejar di waktu pagi-pagi, mana nak bersiap, mana nak siapkan dia, mana nak gosok baju lagi ya tak? Bersiap-sedia dari awal. Untuk pakaian seragam ada 4 pasang kesemuanya dan baju sukan seragam sepasang sahaja. Rutin baru setiap hujung minggu bermula pada tahun 2017 ni. Bertambah lagi tugasan Mommy ya tak? He he he…

.
Ada lagi yang masih belum selesai… kasut belum ditanda lagi. Kotak pensil, pensil semuanya belum ditandakan lagi. In Shaa Allah, by today Mommy akan siapkan segalanya untuk Iman Firash walaupun tarikh orientasi Iman Firash adalah pada hari Rabu, 4 Januari 2017. Untuk Iman Firash, selamat menempuh alam tadika…Semoga baik-baik sahaja Mommy doakan… In Shaa Allah… Amin
amboi baju sekolah die...
ReplyDeletePengalaman yang paling mengujakan setiap ibu..
ReplyDeleteWahh seronoknya... slmt menjalani alam persekolahan. Salam ceria tahun baru 2017 :) :)
ReplyDeletebukan selalu kan Farah??lagi2 anak sorang kita kena buat yang terbaik la..Rezeki anak-anak tu.Itu hak diaorang..kan
ReplyDelete