Kemaruk SAYANG PAPA SAYA TAK?

Farah Waheda Wahid
1
SAYANG PAPA SAYA TAK

Lama tak melayan telemovie… Kali ni rajin pula nak melayan Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan juga Emma Maembong serta si comel Seri Aileen… Winking smile… Jenisnya Farah, kalau tertarik baru tonton, kalau tidak… kirim salam…He he he… Open-mouthed smile. Selepas pada Suri Hati Mr. Pilot, lama juga tak melayan telemovie… Jujurlah tak nak tipu-tipu…tertarik nak tonton sebab abang Hisyam Hamid! dan juga Emma Maembong… Memang kalau Farah tonton satu-satu telemovie tu sebab dipengaruhi oleh, pertama! jalan cerita yang agak menarik pada perhatian Farah dan yang kedua disebabkan oleh pelakon yang melakonkan watak-watak di dalam sesuatu telemovie… Memang kalau ikut-ikutkan hari bekerja tak sempat nak tonton… Option yang ada adalah tonton secara marathon apa yang telah dirakamkan oleh PVR pada hari biasa. Walaupun mungkin orang dah mula jelak dengan telemovie atau drama bersiri adaptasi novel… Dan mungkin juga ada kata yang tak membina ke apa… Minat setiap individu kan berbeza? Ha ha ha… Open-mouthed smile… suka hati kakaklah nak tonton apa pun kan?

Sedikit sinopsis Sayang Papa Saya Tak? walaupun mungkin ramai yang dah mengetahui… Sinopsis ni Farah copy paste ajer tau dari SINI dan SINI… Satu sinopsis novel, satu lagi sinopsis siri telemovie ini yang ditayangkan di Astro Ria…

Sinopsis Novel

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
 
Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
 
“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya. Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?
 

Sinopsis Telemovie

Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.  Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.
 
Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri. Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
 
Makin ditonton, makin tak sabar nak sampai ke pengakhiran… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Dah tersampuk dengan Sayang Papa Saya Tak?… Tapi tulah, bila tonton telemovie macam ni, boleh jadi tak sabar nak tunggu sehingga ke pengakhiran episod…. Macam alahaiii, cepatlah habis… cepatlah nak tengok happy ending…he he he… Winking smileover kan? Ekekeke… sesekali bukannya selalu…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !