INFO UNTUK IBU HAMIL | Maksud KOD-KOD WARNA Pada Buku Kesihatan PINK Anda!

Farah Waheda Wahid
5
Info Untuk Ibu Hamil -Maksud Kod-Kod Warna Pada Buku Kesihatan PINK Anda!
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Jujurnya, tak pernah ada buku berwarna merah jambu ini disebabkan Farah tidak pernah melakukan pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan ataupun klinik kerajaan sewaktu hamilkan Iman Firash. Yang Farah ada hanyalah buku rekod kesihatan kehamilan yang berwarna biru. Tapi tak kisahlah kan? Biru ke? Merah jambu ke? Janji semua ibu-ibu hamil, pernah hamil, bakal melahirkan ataupun dah selamat dah bertahun-tahun melahirkan sihat walafiat seadanya. Itu semua bukannya tiket untuk perbandingan. Ianya lebih kepada pilihan peribadi masing-masing, mengikut keselesaan diri dan juga bajet yang diperuntukkan. Tidak perlu kita persoalkan ya tak? Masing-masing ada alasan yang tersendiri di atas pilihan masing-masing.

Cumanya, ni nak tanya ni… wahai ibu-ibu, bakal-bakal ibu yang sedang hamil… Sekiranya anda mempunyai buku rekod kesihatan ibu atau rekod kesihatan kehamilan yang berwarna merah jambu seperti paparan gambar di atas, adakah anda perasan yang ada pelekat berwarna seperti yang kelihatan? Anda memang dah tahu maksud warna setiap pelekat ataupun anda tidak pernah tahu atau tidak pernah ambil tahu? Kalau tak tahu tak mengapa…Farah pun baru tahu ni ha…. Tu yang nak kongsi tu…Kot-kot ada sesiapa yang serupa dengan Farah tak pernah tahu dan baru tahu yang setiap pelekat berwarna itu ada maksudnya yang tersendiri?

KOD HIJAU


INFO UNTUK IBU HAMIL_MAKSUD KOD-KOD WARNA DI BUKU KESIHATAN PINK ANDA! 2
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Berisiko tertentu seperti bakal ibu mempunyai RH negatif, berat badan ibu kurang dari 45 sebelum hamil, kandungan lebih dari satu, Hb rendah, bayi songsang dan lain-lain masalah lagi yang mana perlu dirujuk kepada doktor atau pegawai perubatan untuk tindakan lanjut jika perlu.

KOD KUNING


INFO UNTUK IBU HAMIL_MAKSUD KOD-KOD WARNA DI BUKU KESIHATAN PINK ANDA! 3
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Berisiko untuk ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan bersama dengan hospital, Hb kurang dari 9.5gm% dan lain-lain. Di mana ibu hamil dengan kod ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan keluarga atau O&G.

KOD MERAH


INFO UNTUK IBU HAMIL_MAKSUD KOD-KOD WARNA DI BUKU KESIHATAN PINK ANDA! 4
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Berisiko bagi ibu hamil yang menghidap sakit jantung, anemia, eklampsia, kontraksi rahim pra-matang dan lain-lain yang memerlukan kemasukan ke hospital dengan segera jika berlaku sebarang masalah di pihak ibu atau kandungan.

KOD PUTIH

INFO UNTUK IBU HAMIL_MAKSUD KOD-KOD WARNA DI BUKU KESIHATAN PINK ANDA! 5
Kredit: Gambar dari Sumber dari Google

Kod putih untuk ibu hamil yang tiada risiko dan boleh bersalin di mana-mana pusat bersalin termasuk rumah sendiri.

Phewww… kalaulah, kalaulah Farah buat pemeriksaan kehamilan bulanan di klinik kesihatan ataupun klinik kerajaan sewaktu hamilkan Iman Firash dulu… Dah tentu-tentu…Memang gerenti seratus peratus dua ratus peratus buku rekod kesihatan ibu yang berwarna merah jambu tu akan ditampal dengan pelekat kod merah. Hu hu hu…

Semoga bermanfaat buat semua ya? Winking smile

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kinah dulu kod hijau. Sebab ada gdm dgn drah tinggi

    ReplyDelete
  2. Thanks info ni. Baru tau.
    Kod saya skang hijau. Kena bersalin kat hospital besar.
    Jauh plak tu. :(

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah setakat nih putih lagi... Tapi pernah jgk dapat yg hijau tu...

    ReplyDelete
  4. Sy kuning..ibu berisiko tinggi...huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !