Hampir genap sebulan dah dia memulakan alam persekolahan tadika. Selama hampir genap sebulan, urusan penghantaran dan pengambilan dia diuruskan sepenuhnya oleh Mommy. Pagi Mommy hantar, tengah hari dalam pukul 1.00 petang Mommy ambil. Bila tiba-tiba, efektif dari 31 Januari 2017 dia diaturkan untuk menaikan van sekolah untuk waktu balik, jawapannya… I want Mommy! Berantakanlah jawabnya kan? Macam mana sekalipun, dia nak Mommy juga! Tak ada lain yang dia nak… Bila beritahu perkara ini pada Ba Bah dia…Komen Ba Bah dia… Adoiii…
.

Tak ada training-training pun untuk aturan naik van sekolah ni… Terus mengejut jer hari ni dia dinaikkan van sekolah. Ikut kata hati, ikut rasa hati, kalau boleh memang tak nak dia naik van sekolah dulu… Memang tak nak lepaskan dia naik van sekolah dulu. Lebih rela untuk rushing ambil dia sewaktu break untuk lunch. Lebih rela tak makan tengah hari dan menghabiskan peruntukkan masa sejam yang diberikan untuk rehat untuk urusan mengambil dia dari tadika. Tapiii… haihhh… apa kan daya… kerja nak kena jaga juga oiii! Dah rasa dah kan? Tanam anggur hampir setahun lebih… Takkan nak berulang kembali? Jadi terpaksa pilih satu antara dua… Sama ada Firash dan Mommy kena berkorban merelakan diri dan merelakan dia menaiki van sekolah ataupun Mommy ambil risiko untuk ambil dia juga.
. Sebelum ambil keputusan, sakit juga kepala memikirkan dan meredhakan tau tak? Al-maklumlah… Mommy kan sayang sangat dengan Iman Firash? Ha ha ha…
Itulah nyawa, itulah jantung, itulah hati, itulah intan, itulah payung segala bagai…Satu jer, satu, tak ada dua tak ada tiga…


Baru 3 tahun 3 bulan kot usia dia? Kecil sangat-sangat nak dibiarkan naik van sekolah bersendirian. Cuma yang akhirnya membuatkan Farah bersetuju dalam keterpaksaan adalah disebabkan pengusaha van sekolah tersebut adalah jiran di belakang rumah yang telah lama dikenali. Sebab tu jer! Itu pun pesan banyak kali, pesan sama pemandu van dan pesan sama teacher dia…Ha ha ha…
nasiblah mereka memahami. Pesan supaya naikkan dia ke van dan jangan lepaskan dia. Sebab Iman Firash ni, pantang nampak pintu terbuka, memang chooootttt…laju jer dia berlari…

Hari pertama menaiki van sekolah hari ini… Lebih kurang dalam pukul 12.28 tengah hari, Farah telefon teacher dia dulu…
tanya sama ada Iman Firash dah naik van ke belum. Sambil-sambil tu sempat boraklah juga dengan teacher dia tentang dia hari ni di school kan? Ha ha ha…
Mommy kan sibuk? Rajin nau tanya pasal perkembangan Iman Firash. Bukan sebab tak percaya pada teacher dia, tapi nak sentiasa tahu setiap perkembangan budak kecik yang tak pernah duduk taska ataupun rumah pengasuh yang tiba-tiba dihantar ke tadika tu. Kenalah ambil tahu dan ambil berat kan? Ayat cliche’ tulah satu-satunya anak iolsss… Muahahaha… 



Kemudian, selepas selesai dengan teacher dia… Next step… Telefon nenek dia tanyakan dia macam mana? Tak angkat… Kemudian nenek dia telefon Farah kembali… Tak sempat nenek dia cakap apa pun… Kedengaran suara dia menangis dengan tantrum yang maha dahsyat… I want Mommy! I want Mommy! Tu diaaa… Walaupun kedengaran suara dia menangis tersedu-sedu sakan macam tu… Sekurang-kurangnya hati lega sedikit kot? Sebab dah tentu-tentu dia dah sampai rumah dengan selamat. Bagus juga untuk dia sebenarnya… Tak perlu tunggu Mommy sehingga pukul 1.00 petang. 12.30 tengah hari dah sampai rumah dah. Ya tak?
Cumanya, adatlah tu, nak biasakan dia dengan rutin menaiki van sekolah sama seperti nak samakan dia dengan suasana persekolahan tadika. Semua benda-benda ni dia tak pernah dan baru pertama kali. Memanglah akan makan masa sedikit ya tak? Dengar…dia dok pung pang pung pang baling barang… I want Mommy! I want Mommy!
…

Dah faham sangat dah tu, bila dia rasa kecewa, rasa marah perangai dia memang macam tu… Mesti ada barang yang akan jadi mangsa balingan dia… Ha ha ha…Ikut perangai siapalah tu kan?
… Hamuk jer, hangin jer, baling barang…. Kesian dia…Tapi nak buat macam mana… Terpaksalah Firash…Firash pun kenalah belajar-belajar mengadaptasikan diri dengan keperluan sebegini kan? If not sooner or later, Firash kena juga lalui aturan sebegini… Sebab, bila Mommy bekerja, Mommy tak boleh nak commit yang Mommy akan ada 24/7 untuk Firash…Mommy pun kerja bound by rules and regulations juga….Macam Firash… School bound by regulation and rules… Lainlah kalau Mommy kerja sendiri kan? Itu tak apa…Itu mungkin boleh Mommy adjust masa untuk ambil dan hantar Firash bila-bila masa jer… Tak ada time boundary…

Kali kedua telefon nenek dia, dah selamat tidur dah… Tantrum disebabkan tidur tak cukup pun ya tu… Malam semalam mana lena sangat dia tidur…Batuk yang tak hilang-hilang lagi dari hari tu…Naik risau juga dibuatnya… Hopefully, batuk Iman Firash cepatlah sembuh… In Shaa Allah, Amin…
* Semoga esok dah mula ok sedikit naik van sekolah semasa waktu balik.
Alahai..kalau akak oun sama gak..memang tak leh la nak lepaskan dia naik van..sib baik Dania sampai sekarang atuk yang hantar dan jemput balik sekolah....
ReplyDeleteInsyaAllah nanti lama2 ok...
ReplyDeleteinsyaAllah ...lama-lama nanti ok la dia tu. Sementara nak biasakan diri memang kena banyak bersabar. Kita kalau dah duduk di opis memang payah nak keluar bekerja gi amik anak. Nak tak nak kena serahkan dan tawakal pada Allah. Moga Firash cepat sembuh ye :)
ReplyDeletekecik lagi...mesti la i want mommy kan....comel je dia...kjap je dah nak masuk 4 thun kan...
ReplyDeleteOh my god...Bagusnya Firash,pasti dia akan jadi lebih berdikari lepas ni...Saya rasa ini cara terbaik nak ajar anak berdikari...congrats Firash n mommy...So sweet
ReplyDeleteSalam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! lama2 oklah tu
ReplyDelete