Lupakan sebentar cerita berkisarkan tentang keibubapaan dan kita masuk bab fesyen pula sekarang ini. Tentang pemakaian, tentang
jumpsuit. Fashion statement 2017? Bukan
fashion statement untuk dunia fesyen tetapi lebih kepada
fashion statement untuk diri Farah sendiri. Wakakaka….

walaupun
jumpsuit sudah agak lama bertapak di pasaran tetapi Farah tetap terasa yang ianya masih merupakan sesuatu yang
in dan relevan untuk dijadikan sebagai
fashion statement peribadi Farah untuk tahun 2017 ini.

. Ikut sukalah kan? Ikut selera masing-masing bila terasa nak berpakaian gaya mana sekalipun asalkan masih menjaga imej sebagai seorang yang berhijab kan?
Hati ni, hati ni… secara tiba-tiba memberitahu
go and get it! Ha ha ha…

… Setelah puas kubelek-belek, setelah puas kurenung-renungkan, terasa macam nak juga cuba memasukkan sebarang sepasang dua
jumpsuit ke dalam
wardrobe peribadi sekiranya ada rezeki lebih nanti. In Shaa Allah. Bermaksud bukan sekarang
lettew. Tapi, kalau ada sesiapa yang nak
sponsor Mommy Ash pun ok juga! Ekekekeke…

tak malu betul minta orang
sponsor kan? Pssst… tapi kalau ada yang sudi nak
sponsor tu kenalah bersesuaian dengan imej berhijab ya? Kakak ni berhijab dik non oiii, tak boleh sesuka suki hati main sauk ajer pakai! Kalau tidak…alamatnya memang jadi bahan buah mulut orang jerlah oiii…
Minat tu memang dah lama…tapi rezeki jer belum sampai lagi sehingga kini nak ber-jumpsuit…
Kena pula kalau padankan dengan
long cardigan or blazer kan? Perghhh… memang merecik kombinasi tu pada mata Farah! Kombinasi pakaian ya, kombinasi pakaian bukan
statement nak kata diri ini pasti merecik bila pakai
jumpsuit. Jangan salah tanggapan dan fahaman pula… Muahahaha…

… Makin
browse makin geram jadinya dan semakin tak sabar nak mencuba. Ceritanya, yang menjadikan Farah terminat dan tersuka kepada
jumpsuit adalah disebabkan tahun lepas waktu cuci-cuci mata di dalam H&M ternampak sepasang
jumpsuit yang memang menarik. Dah berbulan-bulan lamanya dah, awal tahun 2016 dan dah habis pun tahun 2016, tapi masih terbayang-bayang
jumpsuit yang Farah nampak di H&M dulu tu. Agaknya dah habis dah stok
jumpsuit tu, dah
obsolete dah pun di pasaran. Tetap ko kenang juga kan Farah? Tu maknanya minat sangat lah tu.
Cumanya sebagai wanita berhijab ada beberapa perkara sebenarnya yang perlu diberi perhatian ketika ingin mengenakan sesuatu fesyen. Iya… wanita berhijab bukan tidak boleh berfesyen tetapi ada beberapa batasan yang perlu dijaga supaya imej itu bersesuaian dan dikatakan tidak tercemar. Sebut saja fesyen seperti
jumpsuit, mungkin ada di antara anda di luar sana yang belum lagi mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memakainya. Mau tak risau kalau dilabel sebagai fesyen
TELETUBBIES? Ha ha ha…

…
TELETUBBIES? Siapa yang tak kenal dengan
TELETUBBIES, ni haaa dia
TELETUBBIES:
Sebenarnya bagi pandangan Farah, perkara pertama yang perlu kita tahu tentang fesyen pakaian seperti jumpsuit adalah potongan baju yang bersambung dengan seluar sekaligus ia dianggap pemakaian yang mudah. Siapalah kata wanita muslimah tidak boleh bergaya dengan jumpsuit kan? Untuk mengelakkan jumpsuit kelihatan seksi atau terlalu membentuk tubuh, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:
-
PEMILIHAN DARI SEGI WARNA adalah penting kerana warna memberi kesan pada bentuk fizikal seseorang. Dalam pemilihan jumpsuit, pilihlah warna gelap supaya tidak terlalu menampakkan bentuk tubuh badan kita. Sama ada kita ni kurus ke? gemuk ke? , warna gelap mampu menutup “cela” pada tubuh. Jika anda seseorang yang lebih gemarkan warna pastel, pastikan warna pastel bukan kosong sebaliknya bercorak.
-
TAMBAHAN SEPERTI CARDIGAN ATAU JAKET TIPIS adalah PERLU memandangkan kebanyakan jumpsuit adalah tidak berlengan. Sebagai wanita berhijab, pilihlah cardingan yang mempunyai potongan panjang yang boleh menutup sebahagian belakang tubuh kita ni. JIka anda jenis tidak gemar mengenakan cardigan, pilih jumpsuit berlengan panjang yang mempunyai potongan lengan jenis ruffle.
-
DARI SEGI SAIZ PULA, ELAK MEMILIH JUMPSUIT YANG HANYA MUAT PADA SAIZ TUBUH KITA. Adalah lebih baik memilih saiz jumpsuit sedikit lebar atau besar supaya pergerakan tidak terlalu terhad dan kita tak rasa kekok atau malu apabila berpakaian ketat. PEMILIHAN POTONGAN KAKI PADA SELUAR YANG BESAR adalah lebih selamat dan bukannya berpotongan skinny.
Oh ya! Jangan lupa aksesori seperti
rantai panjang dan gelang manik. Biar jadi penggemar fesyen
hippies yang sedikit “selekeh” tetapi masih mempunyai gaya menarik tetapi bukan fesyen
TELETUBBIES yang menjadi bahan ketawa orang sekeliling.

Satu alternatif baik untuk muslimah 😃 jumpsuit tu mesti tak melekap
ReplyDeleteTapi seeloknya tempat mandi wanita asing dengan lelaki. Itu lagi senang
Teringin nak pakai jumpsuit ni. Hari tu tertengok kat mall, berkenan tapi tinggal yang display je.
ReplyDeleteKalau beli gak time tu macam rugi je sebab confirm tak muat. Perut pun semakin membesar. Huhuhu...
Nanti2 boleh usha lagi.
jumpsuit mmg cantik.. e'in ade 1.. hihi
ReplyDeleteKalau akak mmg tak lah... Kecik2 dulu ada lah kot...
ReplyDelete